26 June 2015

Down keteramatan.



* Crying is the only way your eyes speak when your mouth can't explain 
how things made your heart broken * 

Being home after having a week full of sadness. A week full of disappointment. 
Fuh.

Result ppt dah keluar. Hmm, bila sebut je pasai exam. result. Semua orang berharap untuk dapat result kaler terbang. Semua orang harap untuk dapat result ohsem daebak mantap tiptop dengan harapan dapat majukan diri keluarga sekolah bangsa negara bla bla bla so on. And, alhamdulillah. Result ppt aku masih mampu buat aku tersenyum even sikit. Lebih better daripada exam yang sebelum ni.

Tapi, time aku tengah gembira tetiba Allah datangkan aku satu ujian yang membuatkan aku jatuh tergolek lagi tersembam dush gedebuk adush sakit. Bayangkan korang tengah riang rianya bermain di hari yang panas, tetiba. tetiba je hujan ribut taufan angin monsun kilat guruh petir datang. Boleh bayang tak feeling dia cammana. Down. Down keteramatan.

Add math.
Ye add math. kata lainnya matematik tambahan.
The thing yang jadi worst nightmare budak sekolah menengah.
The thing yang orang dok gelar as killer subject.
Indeed, its true. Add math dah membunuh kegembiraan aku.

Time tengok result tu, aku tergamam. Ehh, ni markah aku ke? Aku tengok lagi sekali. Haha. Betullah tu aku. Add math D. Aku terus pergi bilik persalinan. Tak tahan. Air mata ni rasa tengah maraton nak keluar. Keluar je bilik persalinan, mata aku merah. Bukan sebab nangis, tapi sebab tahan nangis.
Time kelas bio lagi haru. Zaman tu pulak la air mata ni keluar. Sampai cikgu bio pun pandang pelik.

 And guess what. Aku dah plan nak nangis bila sampai dorm petang nanti.
Tahu apa jadi ? Aku tak nangis.
Siyes tak nangis. Amatlah pelik bin hairan bila puteri tak menangis sebab result exam dia teruk.
teringat pulak time form 2, aku nangis teruk sangat amat sebab dapat sejarah B.
Tapi, sekarang perghpergh tak sangka aku kuat. Allah kuatkan aku.

After that day, aku selalu rasa down. Kawan2 aku semua cakap
" Lek arr. Kamu banyak A pluss"
" Ala, ni baru permulaan. Chill."
Macam macam la. Memang takkan habis kalau disenarai. Tapi, to be honest, aku sikit pun tak makan dengan nasihat pujuk rayu diorang. Tapi, this one day, aku terima satu sentapan super extra luar biasa. Bukan satu tapi dua.Sentapan that makes me motivated untuk teruskan perjuangan ni.

Time tu kelas Quran sunnah. Ustaz tanya, apa ujian paling berat yang korang dah alami? Ceh, semua orang yakin je jawab 'fail Add math'. haha padu je suara. And ustaz pun jawab. 'Imam Ahmad bin hanbal ni lagi berat ujiannya. Kena penjara kena sebat.' Lebih kurang cenggitulah ayatnya. Zapp. Aku betulbetul sentap. Ye tak ye, apalah sangat fail add math tu. 

And on the same day jugak time tadarus ikut dorm. Time tu ahli dorm aku tengah baca. Tetiba je aku terdetik untuk tengok tafsir kat sebelah. And, zapp. ada satu ayat tu betulbetul buat aku tersentap sesentap sentapnya. *tak ingat ayat apa* Tepat kena batang hidung sendiri.

Time tu betulbetul rasa nak nangis.
Sebab aku pertikaikan planning Allah.
Sebab aku tak bersyukur dengan apa yang aku dapat.
Sebab aku mengeluh dan mengeluh dan mengeluh.
Sebab Allah tegur aku directly macam tu. Feeling terharu tu tetiba masuk dalam hati. Terharu sebab Allah bagi ujian ni. Terharu sebab Allah sayang aku.

Since then, aku get motivated. Even aku masih dihantui rasa bersalah kat cikgu sebab add math aku D, aku jadikan rasa bersalah tu satu pendorong untuk memotivasikan diri aku. And, yang paling aku bersyukur, mak aku tak marah dengan result aku even aku tahu dia sedih. And now, aku mampu tersenyum macam selalu dan belajar add math dengan penuh semangat :)

Found this kat asefem.


Dapat D add math buat aku terfikir yang kejayaan tu takkan cukup manis bila kita tak rasa kegagalan.
Huhu.

Image result for quote tentang ujian

Senyum. :)
Dan percaya.
Perancangan Allah itu yang terbaik.



5 conteng-conteng:

Zizie Zack said...

add math is one of my favourite subject... banyakkan latihan, selalu rujuk cikgu kalau x faham.. insyaAllah kaler terbang, dan diri sendiri pun terbang... banyak A+ ea.. alhamdulillah... itu menandakan rezeki awak tu banyak.. jangan kerana 1 ini, berasa sedih.. bak kata orang, kita fikir kita berada di bawah.. sebenarnya, ada lagi di bawah kita yg nasibnya lagi x baik :)

Puteri Afiqah said...

Zizie Zackbetul. add math pun subject favourite saya. cuma masih taktau nape susah sgt nak kuasai add math. tak faham konsep and tak buat latihan banyakbanyak mungkin. btw, thanks atas advicenya.

fifie feyca said...

muhasabah diri.. thank u for sharing! n lets keep fighting!

Aisya A. said...

add math, fav subject tu.. dulu bykkan buat latihan je, bila tak faham tanye cikgu terus.. pastu buat study group dengan kawan2. alahai, rindu plak zaman skolah. hehe..

all the best ye, insyaAllah, ganjaran yg manis utk org yg berusaha. makin byk kita berusaha, makin manis lah hasilnya. :D

Puteri Afiqah said...

fifie feyca Yeah. Fighting !
Aisya A. Yup.Cikgu pun selalu pesan cam gitu. Thanks atas nasihat. InsyaAllah :)