13 June 2015

Ramadhan tiba~



Ramadhan tiba . Ramadhan tiba . Ramadhan tiba .
Marhaban ya ramadhan~~

*tetiba rasa feeling nak nyanyi semerdu opick. lalala*

Pejam celik pejam celik, bulan ramadhan betulbetul hampir tiba. Dashboard blog dah makin penuh dengan entri2 tentang ramadhan. Pakcik facebook pun tak nak ketinggalan zaman, tak nak digelar kuno wa kolot wa kalat *err*, maka penuhlah post tentang ramadhan di dinding2 muka buku.

" Yea! Puasa dah nak dekat ! *smile emoticon*"
" Macammana ni, puasa dah nak dekat. Tak habis ganti lagi. Adumakaii~ *masam emoticon*"
"Esok balik Igop. Tak nak balik. *Emoticon annoying + description 'feeling annoyed'*

kbai. abaikan. saja nak kasitau esok balik igop.

See ? even media sosial pun begitu meriah dan excited, punya nak sambut ramadhan punya pasai. Kita ? Takkan tak excited kot.
"Ehh, mesti la excited. Ada bazaaarrr. Murtabak maggi, kuih koci, karipap pusing, karipap tergolek. Yummy!"
" Excited. Kalau puasa penuh, mak bagi duit raya lebih."
" Lepas puasa kan raya. Boleh melaram puas- puas."
" Entah. Aku pun tak tau. Orang lain excited, aku pun excited la."

Okey. Mahaluk yang last ni cam aneh sikit. So, bila ditanya soalan 'excited tak nak puasa', maka berbondong- bondonglah orang dengan yakinnya menjawab 'ehh, konfom' dengan macam-macam asbab yang menjadikan dia excited nak puasa. Tapi, kenapa sebenar-benarnya kita kena excited nak jumpa ramadhan ni. Buat biasabiasa macam kita sambut bulan februari mac, april je tak boleh ke.

Puasa tu hadiah daripada Allah. *highlight hadiah tu dan save dalam ingatan.
Anafora ups analoginya begini. Cer bayangkan korang dapat hadiah, hadiah apa-apa jelah, yang korang teramat- amatlah idamkan sampai mandi tak kenyang makan tak basah. Tup tup je hadiah tu ada depan mata. Apa korang rasa ?  Mesti rasa excited gegila tahap petala kelapan dengan elektron valensnya seratus lapan *eheh, tetiba chemist pulak* sampai rasa nak loncat- loncat terjun bangunan okey dah over sangat tu.

Macam tulah sepatutnya kita rasa excitednya kita nak sambut Ramadhan. Malah lebih dari itu patutnya kita excited. Hadiah kot. Bukan dari orang biasa-biasa. Dari pencipta kita. Ulang. Pencipta. Patut malu kalau kita masih excited sebab bazar ramadhan. Allah sayang kat kita. Dah macam- macam hadiah yang Allah bagi kat kita selama ni, pastu Allah tambah lagi dengan hadiah yang special lagi osem daebak gempak pak pak kebum kebum. Kita memang harus excited. Siyes talk.

Sabda Rasulullah s.a.w :“(Allah s.w.t berfirman) : Sesungguhnya dia (hamba) meninggalkan makan dan minum serta syahwatnya kerana-KU. Puasa (yang dia kerjakan adalah) kerana-KU. Puasa adalah untuk-KU. Sedangkan, AKU memberi balasan setiap kebaikan itu dengan sepuluh kali ganda sehingga 700 kali ganda kecuali ibadah puasa. Ini kerana, ia (puasa) adalah untuk-KU dan (sudah tentu) AKU sendiri yang akan memberi balasannya”(Diriwayatkan oleh Imam Malik dalam al-Muwaththa’Kitab al-Shiyam – no: 603)
Bulan puasa je ada solat terawih, lailatul qadar, pahala amalan berganda-ganda, Tak ke special tu?
 So, tajdid (perbaharui) niat excited puasa anda sekarang. Done. Okey, good job. Next.. Nak jadikan puasa kita benar benar mantopp, mestilah kita kena tahu dengan sedalam- sedalamnya tentang puasa ni ye dok. Bak kata orang, tak kenal maka taaruf. Jadi ayuh kita bertaaruf dan merisik apa itu puasa.

Maksud puasa
Puasa dari segi bahasa ialah menahan diri.
Puasa dari segi istilah bermaksud menahan diri daripada melakukan perkara yang membatalkan puasa bermula dari terbit fajar hingga terbenam matahri dan disertai niat.
Note: Puasa ni bukan hanya tak makan dan minum. Puasa ni tahan diri. Tahan diri daripada mengumpat. Tahan diri daripada marah. Tahan tahan dan tahan diri daripada melakukan perkara maksiat. Barulah puasa kita mantap.

Pensyariatan puasa.
"(Masa yang diwajibkan kamu berpuasa itu ialah) bulan Ramadhan yang padanya diturunkan Al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia, dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk dan (menjelaskan) perbezaan antara yang benar dengan yang salah. Oleh itu, sesiapa dari antara kamu yang menyaksikan anak bulan Ramadan (atau mengetahuinya), maka hendaklah ia berpuasa bulan itu...." Al-Baqarah: 185
Ada 2 sebab ayat ni diturunkan. Saya bagi satu je yerk. *ekceli, tak ingat lagi satu*
Apabila turunnya ayat ke 184 surah Al-baqarah, *boleh rujuk terjemahan* ada sebahagian yang memilih untuk berpuasa dan ada sebahagian lagi yang memilih untuk berbuka dan hanya bayar fidyah. Maka Allah turunkan ayat di atas bagi mewajibkan umat Islam berpuasa dan memansuhkan ayat sebelumnya.

*Yea, saya tak tidur time kelas syariah. Clap clap*

Lastly, sekadar peringatan, perbanyakkanlah amalan kita di bulan ramadhan yang mulia ni. Bukan sebab pahala yang berganda- ganda, tapi sebagai tanda terima kasih kita pada Allah atas hadiah yang teramat- amat special ni. Tanda cinta kita pada Allah.

Barangsiapa yang berpuasa dalam bulan Ramadhan dengan penuh keimanan dan pengharapan, akan diampunkan dosanya yang telah lalu. (Hr bukhari muslim)
Wahai orang-orang yang beriman, diwajibkan kepada kalian berpuasa sebagaimana diwajibkan kepada orang-orang sebelum kalian agar kalian bertakwa (Al-Baqarah: 183)


Moga- moga pengakhiran puasa kita adalah takwa.
InsyaAllah.

Lastly, senyum. :)
Dan Selamat berpuasa. *ching* 



0 conteng-conteng: