21 July 2015

Gelap



Aku terjaga. Aku lihat sekeliling. Gelap.  Sungguh gelap. Cuma kadangkadang je suasana gelap tu diterangi guruh kilat sabung menyabung. At this moment kakak aku tengah drive kereta on the way balik rumah. Jujur aku takut. Aku takut something bad happen to us. Accident ke nauzubillah. Sungguh, aku benci kegelapan ini.

----------

Gelap.
Tak ramai orang suka dengan suasana gelap ni.
Aku pun.

Cer bayangkan tengah korang syok melayan cerita korea. Air mata baru je keluar seinci. Konon feeling habis la. Tetiba..... Pop *err, sound effect tak jadi*  Blackout. So apa perasaan korang. Takut. Konfom ada kan? Yelahh, sedang korang bersuka ria di hari yang terang tetiba je korang terpaksa hadapi fasa sunyi bergelap krik krik je. Sekali muncul pulak syaitan durjana bagi bayangan hantu pocong pontianak langsir bagai. Lagi berdoubledouble cuaknya.

Gelap. Manusia akan jadi takut bila berdepan dengan kegelapan. Even yang seberani berani iron man hinggalah yang sepenakut penakut seorang Puteri Nur Afiqah. Ye, kita tewas dengan kegelapan. Tapi kita tak sedar, ada satu lagi kegelapan yang kita patut takut. Gelap hati. 

Kita selalu terlepas pandang pasal hati kita. Sebab apa? Sebab hati tu kita tak nampak. Kita mungkin terlalu selesa. Selesa ingat hati kita putih suci bersih macam dicuci dengan daia sampai bila satu tahap Allah tarik kita ke lembah kegelapan, kita berdegil untuk yakinkan diri yang kita ada kat tempat yang terang. Atau mungkin kita dah terlalu lama bergelap sampai kita rasa sangat selesa dalam kegelapan tu. Nauzubillah.

* Sejak bila hati gelap ni jadi big issue *

"Sesungguhnya dalam diri manusia itu ada seketul daging. Jika daging itu baik, maka baiklah seluruh anggota badannya tetapi seandainya daging itu rosak dan kotor, maka kotor dan rosaklah seluruh anggota badannya. Daging yang dimaksudkan ini adalah hati."(Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)
 Gelap hati = Gelap diri.
Equation ni hadam lumatlumat, masuk exam add math nanti.

Aku pernah dengar satu quotes. "Teko hanya akan mengeluarkan isi teko" Betullah tu. Kalau isi teko air teh, takkan nak keluar air epal kot ye dakk? Sama jugak kat sini. Kalau hati ita busuk berkarat bertahi lalat hitam legam, takkan kita nak expect to have akhlak yang baik kot?

Tanda hati gelap
Hati tidak merasa bersalah apabila terlibat melakukan dosa dan maksiat.
Tidak terasa untuk melakukan taubat apabila melakukan kesalahan.
Merasa seronok bergelumang dalam dosa.
Tidak mempedulikan perintah Allah, malah suka terbabit pada larangan-Nya.
Benci kepada kebenaran dan cuba menghalang kemaraannya.
Benci kepada orang-orang soleh atau mereka yang suka melakukan kebaikan.
Suka bertengkar pada perkara yang tidak memberi manfaat untuk agama.
Menerima rasuah, sogokan, riba dan perkara haram serta merasakan keseronokannya.
Takut kepada orang yang gagah, tetapi sedikit pun tidak takut kepada Allah.
Benci kepada perkara makruf dan suka kepada perkara mungkar.

Bila dah gelap blackout, konfom kita akan cari cahaya kan supaya hari kembali terang dan kita boleh sambung tengok cerita korea semula ye dakk? Same goes here. Andai rasa hati kita gelap, cepat cepat cari balik 'cahaya' yang dapat terangkan hati kita.

“Alif, laam raa. (Ini adalah) Kitab yang Kami turunkan kepadamu supaya kamu mengeluarkan manusia dari gelap gulita kepada cahaya terang benderang dengan izin Tuhan mereka, (yaitu) menuju jalan Tuhan Yang Maha Perkasa lagi Maha Terpuji.” (QS. Ibrahim[14]:1)
Al- Quran. See? Betapa sweetnya Allah kat kita sampai Allah turunkan ayat- ayat cinta Dia untuk kita. Untuk kita cari balik cahaya yang dah hilang dari hati kita. Baca dan hayati. And kita akan jumpa ayat yang menyentuh hati kita. Kita akan rasa ayat tu special untuk kita sorang je. Dan kita akan rasa kita sedang berbicara dengan Allah.

*Kenapa kau tulis entri ni? Untuk bash orangorang hati gelap? Atau supaya orang ingat kau baik suci bersih?*

Highlight perkataan 'kita' dalam setiap perenggan di atas. Kita. Means kau aku. Entri ni aku tulis untuk diri aku sendiri. Sebab aku rasa lost. Rasa gelap yang teramat. Sampai aku tak boleh nak berjalan. Jujur, teramat amat lalai aku cuti ni. Beraya sakan. Bermedia sosial bagai. Sampai one day, Allah tegur aku. Allah hantar satu rasa takut pada kegelapan on that day aku nak balik rumah. Ye, memang aku takut time tu, takut accident. Allah heret aku dalam kegelapan supaya aku fikir balik. Allah nak aku, Allah nak kita kembali pada Dia. And, aku takut pada expectation orang pada aku. Orang yang menghormati aku sebab mereka tak tahu segelap mana hati aku yang penuh dengan dosa.. Aku takut.

And, to be honest, aku tak sabar nak balik igop. Sebab suasana kat sana. Biah kat sana. Ada kawankawan yang sudi tarik balik aku bila aku lalai. Ada adikadik yang buatkan aku sentiasa berusaha untuk jadi contoh yang baik. Aku bersyukur tercampak ke bumi gopeng. Bukan aku nak kata, biah kat rumah ni tak bagus ke apa. Cuma, too many attraction yang buat aku semakin lalai. Lalai dan tercampak jauh ke dalam kegelapan.



Sebab mereka yang buat hidup aku jadi terang.







" Kerana itu ingatlah kamu kepada-Ku nescaya Aku ingat (pula) pada kamu..."
(Al- Baqarah- 152)




2 conteng-conteng:

Montana said...

amin..terima kasih atas peringatan..dan perkongsian..Allah Zidka Khaira ;-)

rabiatul adawiyah said...

hai salam kina singgah sini ya