04 July 2015

Imperfection.



Semalam ada hari bertemu waris or nama manjanya hari interaksi. Result aku.. Alhamdulillah. Even slip exam aku agak sedikit imperfect. *sigh* Dicemari dengan 2 alphabet C dan 1 alphabet D. C for sivik dan bahasa jepun. D for additional mathematic. Kahkah. Yang sivik tu memang patut digelak gulingkan dan ditahlilkan. Sampai that ustaz in charge yang ganti guru kelas aku pun tanya kenapa sivik aku ni teruk sangat. Okey. *Malu*. Rasa nak tutup je muka ni dengan tudung saji.

----------------

Imperfect. Imperfection. Lawan bagi kata perfect dengan masdarnya perfection. (note: masdar stands for kata terbitan dalam bahasa arab)
Imperfection ni bila digoogle translatekan maksudnya ketidaksempurnaan.
Ye.
Sepanjang aku hidup 16 tahun kat planet bumi ni, imperfection ni selalu jadi hot topic. 


"Eheh, muka I dah ada jerawat la. Jerawat batu jerawat lesung batu. Semua dok tempek kat muka I ni. Maigad. Nak buat apa ni. Muka I dah tak flawless dah. Ottoke. *sobsob*
" Ish, aku ni dahla miskin .Kais pagi makan tengahhari. Kais petang makan esok pagi. Kalaulah aku ni orang kaya anak tan sri, kan seronok."

And so on. Banyak lagi situasi orang duk mengeluh pasal imperfection diri sendiri 
yang aku rasa kalau disenarai memang takkan pernah habis.

To be honest, aku pernah jadi salah satu mangsa imperfection ni. Pernah waktu aku form 2, aku berdiri depan cermin toilet. Aku nangis. Nangis bila tengok apppearance aku yang tak sejelita perempuan perempuan lain. Aku nangis sebab aku ni tak berapa nak lawa,Tak berapa nak putih melepak qu puteh.  Dah la selekeh, comot pulak tu. And aku jugak pernah nangis sebab aku tak macam orang lain yang hebat buat presentation. Sebab aku ni ada satu jenis penyakit shaking tahap gaban macam dok kat gunung himalaya bila buat presentation atau bercakap di khalayak ramai. Aku nangis, nangis sebab dihurung pelbagai jenis imperfection.

Tapi bila aku dah besar, fikiran pun dah matured sikit. aku mula terfikir sesuatu.
"Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dalam bentuk sebaik-baik kejadian."
(Surah at-Tin 95: 4)
Kenapa kita perlu mengeluh merungut bersungut sedangkan Allah cakap kita ni sebaik- baik kejadian. Allah yang cakap. Bukan ke kita patut bangga ?


Ya. Imperfection kita yang menjadikan kita cantik indah unik. Cuba bayangkan kalau dalam dunia ni semua sama je, takde imperfection yang membuatkan kita berbeza, tak ke bosan dan hambar je hidup kita ?  Allah itu maha adil. Allah ciptakan manusia masingmasing ada kelebihan dan kekurangan masingmasing. Cuma kita yang mesti bijak mencari hikmah dalam setiap apa yang Allah jadikan.
Nak tau kenapa Allah cipta kita berbeza beza ?Allah ciptakan kita berbeza satu sama lain supaya kita saling kenal- mengenal. Saling lengkap melengkapi.
"Hai manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu dari seorang laki-laki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal-mengenal. Sesungguhnya orang yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertakwa di antara kamu. Sesungguhnya Allah maha mengetahui lagi maha mengenal."
(Al- Hujurat 49:13)


Allah yang cipta kita jadi Allah tahu apa yang terbaik untuk diri kita. Allah tahu kelebihan dan kelemahan yang patut ada dalam diri kita. Allah ciptakan imperfection pada diri kita supaya kita tak jadi orang yang sombong. Supaya kita sentiasa bersyukur. Supaya kita tahu tiada yang sempurna selain Allah. Kekurangan itu bukanlah sesuatu yang harus disedihkan wa dimenangiskan tapi kekurangan itulah yang harus kita perbaiki supaya kita dapat terus lakukan kebaikan.


Kalau sebelum ni kita comot selekeh, perbaiki kelemahan tu supaya kekemasan kita buat orang tertarik dengan indahnya Islam.
Kalau sebelum ni kita tak berapa nak berani nak cakap di khalayak orang ramai, perbaiki kelemahan tu supaya lagi mudah dakwah atau apa yang kita nak sampaikan masuk dalam hati seseorang.



See? Allah created the imperfection supaya kita hijrah. Kaizen. Henshin. Tak perlu kaizen jadi transformer kamen raider bagai. Cukup dengan hijrah kepada insan yang lebih better. (baca tentang kaizen kat sini)

Tak ada orang dalam dunia ni yang sempurna, jadi kenapa kita nak persoalkan ketidaksempurnaan kita ? No worries.Manusia tu sama je pada pandangan Allah. Allah tak pernah pun tengok pada imperfection kita. Yang Allah tengok adalah amalan kita. Sejauh mana cinta kita kat Allah.
"Sesungguhnya Allah tidak melihat rupa dan kekayaaanmu, tetapi Allah melihat hati dan amalmu"(HR Muslim)


Found this kat asefem. Betulbetul masuk dalam hati.



 Stop hating on yourself for not being perfect. If God wanted perfection, He would have made you an angel. 


Senyum :)
Imperfection itu cantik.



6 conteng-conteng:

Aisya A. said...

manusia kan, tak pernah puas dgn apa yang dia ada. huhuhu.
thnks for sharing ya.. :)

asha k said...

pernah jadi mangsa benda ni juga. kenapa org lain cantik, lagi pandai cakap, tak awkward macam kita.

tp bila stop fikir semua tu, and percaya Allah barulah naik confiden diri.

tq for sharing

Fadzi Razak said...

Samalah. Dulu pun asyik terfikir, nape die cantik, nape die hot, nape asyik2 dia yang jadi perhatian orang. Kadang-kadang teringin nak jadi macam orang-orang yang hot. Tapi, bila dah matang sikit, baru terfikir, I dont need to be cheap to get those attention :) just be yourself. True people will love you the way you are not the way how you faking it.

Jemput join giveaway http://www.fadzirazak.com/2015/07/giveaway-blog-fadzi-razak-launch-2015.html. 12 pemenang dicari!

Eellee Nana said...

Tak sempurna itu unik, bangga dgn diri kita sendiri tau :)

The Kehalusan Kelembutan said...

Assalam adik!
akak dtg dr segemen kak mia liana.
first akak suka entry ni.. selama mana kita duk tgk org alin lebih , or kita duk nmpk yang buruk je pada kita, selama tu kita tak bersyukur.

Alhamdulillah for everything He plan always the best InsyaAllah :)

Miss Xyz said...

entrii ni sgt suweet.. terima kasih atas kata-kata kapas yang telah meringankan beban di hati saya ;)