16 July 2015

It's raya :)


Sabtu panggil ahad suruh bisik kat isnin beritahu selasa 
cari rabu suruh cakap kat khamis yang jumaat ni dah raya :)

Sedar tak sedar hari ni hari last kita berada di bulan ramadhan. Lagu- lagu raya dah mula berkumandang di corong corong radio. Status fb yang dulunya asyik pasal 'menu berbuka' sekarang dah transform jadi 'menu di pagi raya'. Kawasan perumahan aku pun kini disinari dengan bunyi bunyian mercun yang dimainkan oleh kaum cina dan india. Yeah, inilah namanya perpaduan kukuh rakyat sejahtera. Bersatu teguh bercerai roboh. Cubit paha kanan paha kiri terasa. Melayu nak raya, cina india lebih excitednya.

So, last day ni adalah hari yang terbaik untuk kita muhasabah balik segala amalan kita di bulan ramadhan. For me, Alhamdulillah this ramadhan is much better than all the Ramadhan yang aku dah jumpa sebelum ni. Puasa aku tahun ni lebih bermatlamat bukan hanya puasa semata- mata tahan lapar dan dahaga dan bukan jugak semata mata nakkan duit raya. Cuma aku terkilan sikit. My last solat terawih kat sekolah would be like Subhanallah. That night aku betulbetul taktau apa yang dah rasuk aku sampai kepala aku betul betul rasa teramatlah berat. And guess what, aku tertidur waktu sujud time solat witir. Malu bila aku bangun dari sujud, semua orang dah bangun. Malu lagi kat Allah.

-------------

So, that's it. Otakku dah tepu dengan lemak tepu sampai tak tau nak tulis apa. Lastly, selamat hari raya aidilfitri. Maafkan diri yang menulis ni andai ada tersalah taip bicara. tersalah komen. terguris mana mana hati. Jadikan raya ni satu kesyukuran sebab kita dah berjaya kembali kepada fitrah. Fitrah kita yang suci tanpa sebarang dosa. 

"Dan sempurnakanlah ibadah puasa kamu mengikut bilangan hari dalam bulan Ramadhan (29 atau 30 hari), dan bertakbirlah (membesarkan Allah) atas petunjuk-Nya yang diberikan kepadamu, supaya kamu bersyukur."
Al-Baqarah:185

Senyum :)
Jom kita bertakbir.



"Tok. tok."
"Sape tu?"
"Syai"
"Sape syai?"
"Syaiton. I'm coming home, tell the world i'm coming home."
"Speechless"


Haha. 
Deep.

2 conteng-conteng:

Aisya Ahamad said...

Salam aidilfitri. Maaf Zahir Batin. :-)

Noor Najwa said...

done follow sini..follow back...
slmt hri raya
http://muslimahsejati96.blogspot.com