27 November 2015

Destination.



Bila kau rasa nak menulis, tapi dan dan tu la otak kau sumpah kosong sekosongkosongnya,
it'll be like kau rasa nak hempas je buku add math.
Ehh, jangan hempas.
Ilmu tu, k.

---------------------

Pernah tak kau rasa down yang teramat sangat sampai kau rasa nak tutup je saluran oksigen pernafasan kau.

Pernah tak kau rasa buat apa kau belajar add math padahal bukannya guna simultaneous equation bagai nak hidup bila besar nanti.

Pernah tak kau rasa lelah, lelah yang teramat dengan hidup sampai kau taknak buat apa apa langsung. Kau cuma nak duduk termenung sepanjang hari sepanjang masa.

Pernah tak kau rasa kau seolah olah takde destinasi, takde hala tuju, takde tujuan hidup.

Jika kau pernah, kita sama.

Aku pernah rasa.

Kesemuanya.



Korang nak tahu,, aku rasa dalam banyakbanyak manusia yang pernah aku jumpa selama hidup ni, akulah manusia paling pelik yang pernah aku kenal. Korang tahu kenapa?
Aku rasa. Aku selalu sangat rasa. Yang aku ni tak hidup. Yang aku ni cuma bayangan dan halusinasi diri aku.
Aku yang hidup belajar bergembira kat sekolah tu, cuma bayangan diri aku.
Aku yang sedang menaip ni cuma halusinasi yang aku cipta dalam otak aku.
Aku tak minta rasa ni datang. Tapi rasa tu, datang sendiri.
Sebab tu, aku bukan jenis manusia yang boleh duduk sorangsorang. Aku perlu sentiasa bersama orang lain. Supaya rasa tu tak datang mengganggu ketenteraman hidup.
Aku tak pernah nafikan kewujudan Allah, tapi aku selalu nafikan kewujudan diri aku.
Pelik, k. Aku tak nafikan.
And sampai satu tahap. Aku akan nangis semahu mahunya.


Dan aku pernah ditanya satu soalan,, 'Apa perancangan masa depan awak ?'
And I was like masyaAllah. Terlopong dua ratus enam poloh lima saat.
Haha, aku takde perancangan masa depan. Harap maklum.

*K, hentikan promote diri sendiri sekarang.*

So adik adik kakak kakak sekalian, hidup ni biar ada tujuan. Sebab apa? Sebab kalau takde satu, kau akan cepat rasa down, futur, tergelincir, tergolek, tersembam koma dan terus innalillah.

Ada satu quote cakap. "Life is not about destination. Its about the journey".

Aku kurang setuju.

Pada aku, hidup ni kena ada destination, barulah journey kau ada destination. Susah untuk tersasar.

Bila kau aimkan something, maka usaha kau akan bergerak ke arah apa yang kau aim.

Contoh, bila kau aim nak kenyang, kau akan makan banyakbanyak.

Bila kau aim nak lulus addmath dengan A pluss, maka kau akan hadiri kelas add math walaupun waktu cuti sekolah. Ehh.

Bila kau aim kau nak berjaya, kau akan struggle sehabis baik sebab kau nak berjaya.

That's it.


And kalau nak aim something,, biarlah kita aim pada something yang kekal.
Kenapa?
Contohnya begini. Bila kau aim nak berjaya, kau akan belajar sungguhsungguh. Tapi bila kau dah berjaya, belajar ke laut bersungguh sungguh ke langit.
Padahal belajar tu wajib,, kan?


Contoh bila kita aim syurga Allah.

Bila kita aim syurga Allah, kita tak akan berhenti belajar untuk penuhi kewajipan kau sebagai seorang muslim.

Bila kita aim syurga Allah, maka amal kita akan seiring menuju syurga Allah.

Percayalah.

Itu yang lebih bernilai.






Maka solusinya apa?
Kau duduk sebentar.
Pejamkan mata.
Fikirkan semula tujuan hidup kau.
:) 






Entri yang pendek.
Melalut sikit mungkin.
Harap take something walaupun sikit.







3 conteng-conteng:

Sheila Adziz said...

that is right sis... all the best...

Izzhar Hamdan said...

Phenomenal

May said...

Awesome! God bless always ^_^