30 December 2015

Future.



Disember tinggal sehari. 
Fuh. Pahit sungguh kenyataan.


Baru tersedar yang tahun depan i gonna be a form five student. Rasa macam baru semalam je daftar masuk igop. K, statement tu cliche haha. Rasa macam tak layak pulak nak jadi hakak form five bila kau masih pakai tudung senget benget dan dikelilingi adik adik yang banyak bila kau sendiri berperangai tak ubah macam kanak kanak ribena. Rasa macam tak layak pulak jadi form five tahun depan ambik espiem bila mana kau masih terkial kial nak jawab soalan add math.

Dan tahun depan will be the worst nightmare ever. Terikat dengan full commitment. Dengan sekolah. Dengan batch. Dengan adik adik. Dengan study. Dengan spm. Tahun depan memang sangat sangat perlu sado hati sado fizikal sado mental berdepan dengan mehnah dan tribulasi yang pelbagai.


Fuhh. Tarik nafas panjang. 
*Mengeluh*

Ehh lupa pulak. Ada penceramah pernah cakap. 'Bila sekali kita mengeluh, satu sel otak kita akan terputus.
Wushh. Sedut balik keluhan tadi. Haha
K, hambar.
Dahh, jangan mengeluh.


Lately, puan ibu selalu ajak sembang pasal future. Pasal masa depan. And our conversation be like this.

" Ikah, nanti bila besar nak jadi apa. Habis spm nanti nak ambik kos apa."

"Entahlah mak. Orang tak fikir lagi"

"Apa pulak tak fikir lagi. Kena lah fikir dari sekarang. Jadi doktor je lah ambik medic."

"Duhh kenapa mesti medic. Tak nak lahh. Doktor dah ramai."

"Ramai apanya. Dah tu kamu nak jadi apa. Cikgu? Jadi cikgu susah, dah la budak sekarang ni jahat."

"Kalau nak orang jadi doktor, bagi orang pergi buat medic kat luar negara. Kat ireland ke."

" Kenapa pulak nak pergi sampai luar negara?  Dalam negara kan ada."


Nak taip lagi, memang panjang boleh buat novel bestseller paling epik ni. Mana taknya, bila seorang ibu yang perfectionist berdebat dengan seorang anak yang cerewet dia, masyaAllah memang tak boleh buat menantu pilihan ni, memang ada je hujah masing masing. 

Aku sangat respek, dengan kawan kawan aku yang masing masing dah ada masa depan masing masing. Ada yang nak jadi biologist. Doktor gigi. Philosopher. Dan paling aku salute nak jadi doktor pakar sakit puan yang ada klinik sendiri. Pergh memang jelas lagi jitu. Me? Bila orang tanya nak jadi apa, jawapan aku nak jadi cikgu, konon nak didik anak bangsa untuk berjaya demi nusa dan bangsa bla bla bla padahal sebab aku tak tahu nak jadi apa and cikgu adalah entiti yang paling dekat dengan aku.

Mak aku selalu propose aku dengan medik. Sampai kadang kadang aku jatuh hati kat medik. Rasa macam bahagia je melawat orang kat wad, check orang. bagi ubat. Tapi, bila fikir betapa banyaknya masa aku perlu ambik untuk belajar. Dengan masa yang aku spend kat hospital nanti. Dengan aku dengar orang boleh jadi gila belajar medik. Pergh memang seriau aku sebab aku ni tak cukup kuat. Dan aku terfikir, kalau aku belajar medik bila aku nak kahwin? Haha k, abaikan.

Aku saja cakap kat mak nak further luar negara sebab aku tahu mak takkan bagi. Even dulu waktu aku darjah enam, terpilih pergi jepun untuk pertukaran pelajar, mak tak bagi pergi. Sebab mak tahu, aku bukan spesis manusia yang pandai berdikari. And know what, bila aku cakap nak further medik kat luar negara, my mom seems like fikir dua kali. Macam tak nak bagi tapi bagi. sebab ianya medik kot. haha


Sampai endingnya aku tak larat nak fikir. Dan akhirnya berhenti berfikir.


Tapi, lately ni aku terfikir. Mungkin sebab aku dah matured haha.
Sampai bila aku tak nak berfikir kan kan?

Analoginya begini.
Nampak tak bunga cantik kembang berseri kat atas tu?
Cantik kan?
And adakah bunga tu lahir lahir terus kembang gedebuk tiba tiba je?
Tak kan?
Bunga tu kena jaga. kena siram. kena baja. Handle with care.
Barulah hasilnya jadi bunga yang indah.

Macam syurga. Kita nak syurga.
Tapi, adakah kita akan tengok je, tunggu syurga tu datang?
Tak kan. Kena ada rancangan susulan. 
Buat amalan. Buat baik.
:)


Maka, perancangan masa depan itu penting. Ye memang, Allah tu perancang yang terbaik. Tapi, hidup ni satu pilihan kan? Kita berhak memilih. Sebab Allah takkan ubah nasib sesuatu kaum melainkan kaum itu sendiri yang mengubahnya.




"Jadi puteri, apa plan masa depan anda?"

" Err, nanti nantilah fikir. Haha " *masih tak sedar diri*




Adios. Assalamualaikum.


0 conteng-conteng: