12 December 2015

Haihhh manusia.




Bukak bukak asefem tiba tiba jumpa soalan ni. Haha.


Wahai jiwajiwa anon sekalian, terima kasih sebab bagi idea.
Daku tunaikan permintaan kamu.
Cuma daku tambah lagi satu 'h' dalam tajuk tu sebab daku suka tulis huruf 'h' banyakbanyak.
Dan daku tak menulis tajuk tu dengan caps lock.
Mohon incik anon terima ye. :)

---------------------

Manusia.

Perkataan pendek. Maknanya berjuta.

Ragamnya pulak masyaAllah memang macammacam. Mungkin perbezaan DNA yang membuatkan fi'il manusia ni berbagaibagai.

Korang tahu, sepanjang aku hidup bernafas 16 tahun ni, Allah kurniakan satu sifat pada aku. Sifat suka memerhati. Kadangkadang bila aku rasa tension buat add math rasa bosan tak tau nak buat apa, aku suka toleh kiri toleh kanan tengok gelagat manusia. Kadang kadang aku senyum sorang sorang. Ehh jangan lari bukan sebab aku tak waras ke jatuh cinta pandang keseribu ke. Tak tak tak. Sebab aku kagum, kagum melihat manusia yang pelbagai.

Dan, sepanjang hidup aku 16 tahun jugak, aku jumpa macam macam jenis manusia.
Contohnya.

Manusia sastera suka berperibahasa.

Manusia jenis ni sangat suka buat perumpamaan pembagaian perbandingan dan tak lupa pembezaan ehh. Manusia jenis ni sangat suka membandingkan diri dengan orang lain. Dan manusia jenis ini memang cukup pantang tengok manusia lain lebih sikit walaupun 0.01 mol. 
Asal manusia lain cantik putih melepak flawless sikit dari dia, mulalah dia cari cermin tengok diri sambil berkata dalam hati, 'elehh. Aku lagi cantik'
Asal manusia lain dapat result exam kaler terbang setinggi langit, mulalahh mandi tak kenyang, makan tak basah even bezanya cuma 1 markah. Dan bila manusia tersebut jatuh sejatuh jatuhnya, dia menjerit kegirangan seolah olah dunia ni dia yang punya.
Manusia jenis ni, manusia yang tak bersyukur.

Manusia penuh drama cerekarama.

Manusia jenis ni bukan manusia yang suka tonton cerekarama mahupun sinetron buku harian baim ehh tapi manusia yang sangat suka berdrama. Drama air mata.
Baru digigit semut api sikit dah menangis. Apatah lagi kalau kena gigit nyamuk aedes, menangis enam puluh hari enam puluh malam tak henti henti.
Baru kena tinggal dengan kawan tak pergi koop samasama, dah dia tarik mucung sepanjang enam sentimeter. (note koop means koperasi dalam bahasa igop)
Manusia jenis ni,, haha tak mampu nak cakap apa,

Manusia jenis kebal bak besi

Manusia jenis ni sungguh dahsyat kekebalannya. Lebih dahsyat dari iron man iron lady dan iron aras dua igop. Manusia jenis yang tak makan nasihat. Yelahh dia makan nasi je ehh haha.
Manusia jenis ni, nasihat lahh macam mana pon memang dia takkan terima.
Sebab dia ni degil keras kepala. Hanya rasa dia je yang betul tip top perfect ten.



Macam macam lagi lahh jenis manusia yang tak mampu nak dihurai.
Dan manusia jenis yang kat atas ni,, aku tak pandang jauh pon.
Aku tengok cermin je, aku jumpa mereka.
Fuhh *tarik nafas panjang*


Duhai manusia,
Kenapa perlu melihat dan membandingkan diri dengan orang lain.
Sedangkan yang paling ohsem di sisi Allah itu adalah yang paling bertaqwa.
Allah yang cakap :) *Al Hujurat ayat 13*
Bukan yang paling berharta mahupun yang paling cantik bergaya.
Dan duhai manusia, Allah jugak dah cakap.
Siapa yang bersyukur, nescaya Allah akan tambah nikmatnya.
Maka kenapa perlu kita merungut jika kita punya banyak flaws. Sedang mereka juga punya flaws.
Sebab Allah tak cipta manusia tu sempurna.
Allah campak kekurangan pada diri kita sebab Allah tahu yang terbaik untuk kita.
Allah tu penulis cerita hidup yang paling terbaik. Percayalah.
Kechingg :)

Duhai manusia,
Kenapa kau perlu selalu menangis dan berduka.
Sedangkan ujian itu diberi tanda sayang Allah pada kita.
Sedangkan andai beribu manusia berlumba lumba meninggalkan kita,
Kita tetap masih punya Allah, yang takkan tinggalkan kita no matter what.
Ye, kadang kadang tak salah menangis sebab air mata tu sendiri Allah yang cipta.
Mesti ada sebab kenapa air mata tu hadir.
Tapi, sampai bila kita perlu menangis. perlu lemah.
Sedangkan kita punya Allah.
Andai kita bergantung kat Allah kita takkan lemah.
KIta kan umat Islam. Umat Islam kenalah kuat.
:)

Duhai manusia,
Kenapa hati kita begitu keras untuk terima nasihat.
Sedang manusia tu dicipta untuk saling memperingati.
Kita selalu tengok siapa yang bercakap tanpa lihat apa yang dia cakap.
Duhai manusia, jikalau kita mencari yang perfect untuk menegur kita.
Maka ketahuilah kita takkan jumpa sebab manusia itu tak perfect dan takkan pernah perfect.
Sampai bila pun kita takkan ditegur.
Dan ketahuilah, teguran itu hakikatnya bukan dari mereka.
Teguran itu dari Allah dan mereka pengantara.
Allah hadirkan mereka sebab Allah sayang kita.
:)

---------------------

Dan korang tahu, sepanjang aku hidup, aku jugak jumpa manusia.
Manusia yang baik hatinya.
Manusia yang sentiasa tarik aku balik pada pencipta walaupun berat aku 40 kg.
Kuatnya mereka tarik aku.
Dan jujur, aku admire mereka.
Sumpah takk tipu.


Dan kata kata akhir aku manusia,

Berbeza apapun kita,

Kita tetap manusia.

Kita tetap hamba Allah.

Kita tetap pegang tugas khalifah.

Maka manusia sekalian,

Kita berubah sama sama.

Jadi baik sama sama.

Supaya kita boleh masuk syurga sama sama.

Syurga Allah tu luas kan ?

:)



Dear anon,
Permintaanmu sudah ku tunaikan. Balik sekolah nanti payung aku oishi tau. Muahaha *gelak jahat*
Maaf andai terkasar bahasa.
Maaf entri ni tak menepati apa yang incik anon nak.
Entri ni sekadar mengingatkan. 
Sebab kau aku kita manusia.
Sebab kau aku kita mudah lupa.




Till then, assalamualaikum.




3 conteng-conteng:

lichtundschatten0 said...

Sytle2

Nafa said...

Assalamualaikum, boleh tak buat list keperluan ke asrama, list ni jarang ada. Saja nak search. Terima kasih.

Nurmujahidah Ismail said...

perghhhhh.. deep sungguh.. tajuk pun dh deep.. hehe