21 December 2015

Kerana cinta dia bernafas.



Aku ada seekor kucing. Tak bukan seekor tapi banyak ekor.

Tapi ada this one kucing yang dah berjaya tarik perhatian aku.

Kucing ni kecik je. Kira sebaya lahh dengan kanak kanak umur tiga empat tahun.

Nama dia kitorang tak bagi lagi. But we often call him aby. Shortform untuk baby.

Sebab dia comel macam baby.

Semua family aku sayang sangat kat dia especially one of my sister and my ayah.

Aku ? Haha. Entahlah.

Rasa sayang aku pada kucing kucing aku sekarang cuma rasa sayang yang biasa. Bukan sayang yang luar biasa.

Mungkin sebab aku dah lali. Sebab mereka datang dan mereka pergi.

Patah tumbuh hilang berganti kata orang.

Dan kehilangan kucing aku yang paling aku sayang waktu aku umur enam tahun buat aku serik untuk sayang mana mana kucing sesayang sayangnya.

Dan mungkin jugak sebab aku duduk asrama, jarang nak spend time dengan mereka.



Aby ni habit dia pelik. Tiap tiap malam dia suka tunggu dekat toilet nak tangkap lipas.

Pastu dia gigit lipas tu bawak sampai ruang tamu. Kadang kadang kalau aku tengah buat homework add math, dia akan letak lipas tu tepat atas kertas add math aku. Depan mata aku.

Dan aku menjerit dengan penuh ketakutan.

Fuh. He really ajar aku erti sabar.

Dan aku tak tahu apa nasib lipas lipas tu sama ada innalillah atau sakit jantung sebab culture shock.


*************

Aku jarang main dengan aby. Jarang sangat.

Keagresifan dia bukan aku gerun nak main dengan dia. Malah nak dukung dia pon aku kekok.

Untillah this one day, aku tetiba terniat nak main dengan dia.

Aku ambik lidi main pusing pusing dengan aby.

Dan dia kejar aku.

Dengan gembira.



Dan aku tak sangka. Itu yang pertama dan itu yang terakhir.

Sejak haritu dia terbaring lemah.

Badan dia panas. Demam panas mungkin.

Makan tak lalu. Hidung dia berlendir. Tengkuk dia macam patah. Badan dia jadi kurus sangat sebab tak nak makan. Sampai jalan pun terhuyung hayang tak larat mungkin.

My emak kata, mungkin dia keracunan sebab mak aku nampak kulit lipas merata rata. Mungkin dia makan lipas tu sampai hancur.

Dan ada satu hari tu, dia memang nazak. Tak nampak harapan dia untuk sembuh. Sungguh.

Tapi ayah dengan my sister memang tak pernah putus asa.

They keep jaga kucing tu. Suapkan dia minum air penawar even dia tak nak bukak mulut.

Mandikan dia. Shower him dengan kasih sayang.

And guess kesudahannya,

Aby sekarang dah boleh berjalan even dengan penuh perlahan lahan. 

Dah boleh makan dan minum even sikit.

And dah boleh cuba untuk bermain sama macam dulu.

Kerana apa?

Kerana cinta.

Kerana cinta dia masih bernafas.

Kerana cinta jugak dia berusaha untuk hidup.

Kerana cinta ayah  dan kakak yang setia jaga dia.

Kerana cinta orang orang sekeliling dia.

Aku harap dia akan terus hidup. Macam dulu.
Dan terus bernafas.
Dalam jagaan Allah.


************


And guess what,
Kerana cinta Allah pada kita juga, kita masih bernafas sekarang :)




2 conteng-conteng:

Nurmujahidah Ismail said...

kucing memang diperlukanlah di rumah muja sebab adik muja suka sangat dengan kucing.. hehe..

Nafa said...

first-first baca takut ending nya kucing tu pergi but lega... Puteri ni.. buat orang cuak je. Juara buat orang cuak ni. Pandai buat ayat. Ohsem!