10 December 2015

Pensel kayu, pemadam pensil dan penulis.


Image result for quote about pencil and eraser

Boleh bayang tak macam mana perasaannya bila korang dengan penuh eager lagi beria dan eksyennya berkata korang dah siap tulis karangan bm dan bi tup tup tiba tiba je korang baru dapat tahu yang kena buat 3 karangan instead of satu karangan.
Fuhh --" *tarik nafas panjang.

--------------

Pernah dengar tak cerita tentang pemadam dengan pensil ?
Ha, yang tak pernah dengar, rapatkan saf dan dengar.
Yang pernah dengar, mohon amnesiakan diri anda, Rapatkan saf juga dan dengar lagi sekali.

Ehh bukan dengar, tapi baca :)


Suatu hari, sang pensel kayu sedang menulis karangan bahasa melayu. Dengan terkocoh kocoh lagi tergesa gesanya si pensel menulis, memandangkan prep malam dahh nak habis, karangan bm pulak kena hantar esok. Maka disebabkan kalutnya, maka berlakulah kesalahan tatabahasa yakni bahasa modennya 'typo'. Bukan typo, tapi 'wripo' ehh. Maka, si pemadam datang lalu memadamkan segala kesalahan yang dilakukan sang pensel kayu. 

Maka, berlakulah dialog yang demikian.

Pensel : Saya minta maaf....=(

Pemadam : Maaf untuk apa? Awak tak buat apa-apa yang salah pun dengan saya.


Pensel : Saya minta maaf sebab awak selalu tercedera kerana saya. Setiap kali saya buat silap, awak sentiasa ada disamping saya untuk memadam kesalahan saya. Tetapi apabila anda membuat kesilapan, saya pasti hilang. Awak sanggup kehilangan sebahagian daripada diri sendiri awak. Disebabkan awak selalu memadam kesalahan saya, awak pasti akan menjadi kecil dan bertambah kecil.


Pemadam : Itu betul. Tetapi saya tidak tak pernah kisah tentang itu, saya ikhlas. Lihatlah, saya memang diciptakan untuk melakukan memastikan awak sentiasa dalam keadaan baik. Saya telah dicipta untuk membantu awak apabila awak melakukan sesuatu yang salah. Walaupun satu hari nanti, saya tahu saya akan pergi dan anda akan menggantikan saya dengan yang baru, saya sebenarnya gembira dengan kerja saya. Jadi tolonglah, jangan risau akan saya. Saya akan turut sedih kalau awak sedih..

------------------

The end.

Cerita yang pendek.

Ibrahnya banyak.


Maka sekarang letakkan diri anda di tempat mereka.
Di tempat seorang pensil dan seorang pemadam ehh.

Pensil kayu

Cuba tengok pensil. Banyak manfaat pensil kat kita. Menulis. Menulis surat untuk parents kawan untuk buat mereka tersenyum. Menulis diari luah perasaan. Menulis karangan bm ehh. 
Menulis kebahagiaan :)
Maka, jadilah kita seperti pensil. Sentiasa bermanfaat pada orang lain. Sentiasa berusaha untuk tulis kebahagiaan untuk orang.

And tak dinafi, pensil kayu pun ada flaws. Pensel kayu ni boleh tumpul. Tapi, apa yang pensel ni buat? Dia cepatcepat mengasah diri dia dan kembali tajam untuk menulis. Wush, kau ingat tak sakit kena giling giling dengan pengasah ?
Sama juga macam kita manusia. Kadang kadang kita sedih down jatuh bergolek golek. Dan di saat itu, jadikan diri kita macam pensel. Bangun dan tulislah kebahagian untuk orang lain walaupun time tu kita sedih. Bangun dan beri manfaat untuk orang lain. Sebab kadang kadang kita tak tahu, mungkin kita ni adalah sebab untuk orang sekeliling kita tersenyum.
Kechinggg :)

Image result for quote about pencil and eraser

Pemadam

Maka, andai tak mampu jadi pensel yang membahagiakan, yang bermanfaat. Maka tempatkan diri anda sebagai pemadam. Manusia yang berusaha memadam. Memadam kesedihan orang. Memadam dan membetulkan kesalahan.
Kadangkadang mungkin sakit. Bila kita cuba betulkan salah orang, kita dimarah dimaki dihina dicaci dipandang slack dibuat muka seposen ehh macam macam lahh.
Tapi cuba tengok pemadam. Sanggup berkorban dan mengecikkan diri untuk membetulkan kesalaham. Maka lagi sekali, jadilah macam pemadam. Yang tahan sakit dan sanggup berkorban demi membetulkan yang salah.
Kechinggg.

Penulis

Dan sekarang, tempatkan diri kita sebagai penulis yang ada pensel dan pemadam.
Dalam hidup kita, mesti Allah akan hadirkan orang spesis pemadam dan pensil ni untuk kita, kann.
Untuk tulis kebahagiaan kita.
Untuk padam kesedihan kita. Untuk betulkan salah kita.
Tapi kadang kadang kita ni ego sombong takabbur sum'ah lagi bid'ah. Haha.
Cuba korang bayang time kita tengah exam. Exam add math pulak tu. Dan dan tu pulak lahh pensil pemadam korang hilang. Perghh, memang epik habis lahh.

We don't met people by accident. They are meant to cross out path. *acewahh*
Allah tak letak someone dalam hidup kita saja saja. Sia sia tanpa sebab.
Tapi mesti ada sebab. Konfem wajibul ghunnah.
Maka, hargai mereka. 
Pemadam dan pensil dalam hidup kita.


Maka, konkelusinya.

Setiap yang tercipta kat bumi ni, mesti ada sebab.

Perhatikan dan take ibrah ambil pengajaran.

Untuk hijrah.

Untuk kaizen.

Untuk move on.

To be a better person.

Senyum :)

Jadilah pensel yang tulis kegembiraan orang lain.
Jadilah pemadam yang memadam kesedihan dan membetulkan kesilapan orang lain.
Jadilah penulis yang menghargai kewujudan pensil dan pemadam dalam hidupnya.

-----------------------

Wahyu pertama yang turun, surah Al- Alaq ayat 1-5 yang menekankan kepentingan membaca. 
Tapi, kalau takde yang menulis, mestilah takde yang membaca, ye dakk?

Lately ni ramai sangat yang mula tulis blog. *tepuk*
Maka.
Wahai jiwa jiwa yang menulis, Teruskanlah menulis.
Supaya ada yang membaca.

Tapi jangan lupa tulis karangan bm pulak. Haha *gelak jahat*


Till then, assalamualaikum.




3 conteng-conteng:

Adi M. said...

kira hebat la siap satu karangan -.-

Puteri Afiqah said...

Adi M.
Satu pun tulis separuh mati kot.

Miss Xyz said...

Bukan addmath kena guna pen ke dgn liquid tape ke? Ahaha, i like your writing