02 December 2015

Short thought.



Kita patut bersyukur ada tubuh badan yang sihat sebab kita boleh beribadah tanpa ada halangan.
Tapi kita juga patut bersyukur bila kita sakit sebab di saat kita sakit, dosa kita diampunkan.
Sakit tu kan kifarah dosa?

Kita patut bersyukur memiliki sepasang tangan sebab dengan tangan kita boleh sedekah, beri manfaat pada ummah dan juga menulis blog ehh.
Tapi kita juga patut bersyukur andai kita tak punya tangan sebab kita terhindar daripada dosa tangan yakni mencuri merompak membunuh dan yang sama waktu dengannya.

Kita patut bersyukur dikurniakan makanan yang banyak lagi sedap hingga menjilat jari sebab bila kita makan dan kenyang, kita boleh beribadah dengan cergas dan cerdas.
Tapi kita juga patut bersyukur andai kita kekurangan makanan sebab kita akan terhindar daripada perbuatan syaitonirrajim yakni membazir. Thus kita juga akan terhindar daripada obesiti dan diabetes melitus *keching*

Kita patut bersyukur andai kita ni orang yang berharta lagi berada sebab harta tu mampu bantu kita ke syurga Allah dengan cara kita menyedekahkannya.
Tapi kita juga patut bersyukur andai kita tak punya harta yang banyak sebab kita akan bebas daripada sifat takabbur sombong riyak ujub sum'ah dan bid'ah. Ehh.

Kita patut bersyukur andai diberi homework yang banyak pada cuti sekolah sebab dengan itu kita tidak akan membuang masa dengan perkara yang tidak berfaedah dan terhindar dari menjadi kutu rayau sampah masyarakat dan lalat di tong sampah.
Tapi, kita juga patut bersyukur dan melompat dengan riang lagi rianya andai tak diberi homework langsung di cuti sekolah sebab kita dapat spent time dengan family yang tercinta semahu-mahunya.

Kita patut bersyukur bila dapat result kaler terbang setinggi langit waktu exam sebab kita dapat lakar senyuman di wajah bonda dan ayahanda tercinta.
Tapi kita juga patut bersyukur andai tak dapat result exam gempak pak pak keboom keboom sebab dengan tu kita akan lebih struggle dan sentiasa sedar bahawa langit tak selalunya cerah, dan roda juga selalu pancit.

Kita patut bersyukur ada kawan yang ramai sebab kita boleh spent time bersama main pondokpondok bersama curhat bersama semuanya bersamalahh senang cerita .
Tapi kita juga patut bersyukur andai kita tak punya ribuan kawan mahupun followers di blog asefem twitter sebab apa? Sebab Allah nak kita sweetsweet dengan Dia je. Allah nak kita share masalah dengan Dia je bukan pada makhluk yang lain.

Kita juga patut bersyukur andai..

Ahh. Sambung sendiri.

Tak larat dah.


---------------------


In the nut of shell *acewahh*, bersyukurlah.

Sebab dalam dunia ni hidup ni, terlalu banyak benda yang boleh dan harus kita syukurkan.

Kadangkadang kita selalu pandang something yang buruk tu buruk kan?

Tapi apa kata kita ambil protractor, kita pusingkan dia 360 darjah.

Dan apa jadi?

Kita akan nampak something yang buruk tu indah, indah sangat :)

" Hadiah tak selalu terbungkus dengan indah.
Kadang Allah membungkusnya dengan masalah
Tapi di dalamnya selalu ada berkat "
You know what, bahagia ni nak main hide and seek dengan kita.

Dia nak kita cari dia dalam setiap duka.

Dalam setiap masalah.



"Sungguh ajaib dalam urusan orang mukmin! Sesungguhnya setiap urusannya baginya ada kebaikan dan perkara ini tidak berlaku melainkan kepada orang mukmin. Sekiranya dia diberi dengan sesuatu yang menggembirakan lalu dia bersyukur maka kebaikan baginya dan sekiranya apabila dia ditimpa kesusahan lalu dia bersabar maka kebaikan baginya." - (Hadis riwayat Muslim)

Kita patut bersyukur andai ditimpa berdozen dozen ujian sampai kita tak mampu nak tanggung.
Sebab apa ?
Sebab Allah sayang kat kita.
Allah tahu kita kuat.
Dan.
Allah nak kita datang kembali kat Dia :)


Maka, apa kata sekarang kita duduk.

Pejamkan mata.

Ucapkan Alhamdulillah.

Dan senyum :)





Maka nikmat Tuhanmu yang manakah yang kamu dustakan? -Surah Ar Rahman-





0 conteng-conteng: