26 December 2015

Usratun Sa'idatun .

Ini cerita aku. Cerita tentang diri aku.
Jangan paksa diri membaca sebab ini sungguh memang kisah aku.

Image result for love tumblr

Aku ada family. Family yang lengkap. Seorang ayah. Seorang emak.  Empat orang kakak. Seorang abang. Adik? Okey tak lengkap sebenarnya sebab aku takde adik. Haha. Life aku. Life family aku hmm We are not like the other family. Betul tak tipu. Even aku tak pernah lagi tengok life family orang lain depan mata aku sendiri, tapi sumpah aku rasa family aku ni lain dari family yang lain. Macammana yer nak terangkan? Dia macam... Macam lain la. Heh. Pedulikan.

Dan aku memang jenis manusia yang senang lupa. Lupa pada memori. Bukan aku tak treasure memori tapi dia emm memori tu cepat sangat pupus dari ingatan. Jangankan memori tahun lepas, memori minggu lepas pun aku dah tak ingat. Ni memang sah spesis kacang lupakan kulit ni haha. Kalau disuruh throwback balik memori masa kecik aku, memori dengan family, tak banyak yang aku dapat cerita.

Mak kata, aku start berjalan waktu aku 2 tahun ehh kalau tak silap lah. Tapi time tu, aku terlalu gemuk haha obes kot sampai last last aku tak dapat jalan sebab kaki aku tak cukup kuat untuk tampung berat badan aku. So, I end up jalan guna lutut siyes sakit kot tapi aku buat donno je. And my kakak and abang be like jahat yang teramat diorang will tangkap kaki aku time aku tengah jalan guna lutut and i end up jatuh berguling guling haha.

And tiap tiap petang kitorang akan main kat luar main badminton main basikal bagai and aku mesti akan jadi penonton duduk kat tepi tiap tiap kali diorang main basikal sebab aku tak reti naik basikal. Haha kenyataan pahit yang memang aku terpaksa telan.

Dan aku rindu yang terinfiniti zaman kanak kanak meloncat riang gembira aku.


And ada kakak aku yang sorang ni. Beza dua tahun je dari aku. Dan kakak kakak aku yang lain always cakap kitorang ni kawan baik hahaha. Ramai orang cakap kitorang kembar ehh padahal muka memang tak sama berapa kali aku tengok cermin memang betul pon tak sama. Dia ni, sekolah rendah sama sama aku, sekolah menengah pon macam miracle gilaa dapat sama sama and yet aku dah nak form 5 sekarang, dia ada kat matrik gopeng sebelah igop. Haha memang jodoh kuat. Aku ingat lagi, waktu dia form 5 aku form 3. Seniority dia masya Allah kuat betul even bila kitorang terserempak be like dia tak kenal aku dan aku pura pura tak nampak dia sampai orang keep asking kitorang ni adik beradik betul ke adik beradik tiri haha. Paling aku ingat sekali, ada satu hari ni senior form 5 bagitau kakak aku nangis sebab jeles markah arab aku tinggi ehh haha. Aku gelak berguling guling bila dapat tahu. And she end up always mintak duit aku bila dia tengah takde duit.

And time flies. Sekarang semua orang dah ada life masing masing.  Dah jarang nak dapat peluang kumpul ramai ramai satu family. Mesti akan ada yang takde. Dan mesti akan tak lengkap. Kalau lengkap pon selalunya time raya. And this week, baru aku dapat rasa family aku lengkap berkumpul once again after a long time. Baru dapat rasa sempitnya rumah bila semua bergelimpangan beramai ramai kat ruang tamu. Baru dapat rasa lambatnya line internet sebab semua orang berebutkan internet yang sama. Baru rasa kegembiraan main kad sama sama. Baru rasa kegembiraan bergelak ketawa bersama. Baru dapat rasa nikmat bergambar sakan berjemaah kat tengah tengah restoran even orang usha pelik. Haha

And i'm starting to miss this moment again bila semua orang dah mula pulang ke haluan masing masing.

********

Kita selalu fikir yang sahabat tu lah segalanya. Hidup tanpa sahabat will be like malam tanpa bintang, umpama mp3 tanpa lagu kan kan? Tapi kita selalu lupa.

Siapa yang sanggup tunaikan segala permintaan kita bila kita merengek mintak something tak ubah macam budak 3 tahun mintak botol susu kalau bukan mereka. Siapa yang sanggup tegur kita suruh tidur bila kita stay up online sampai 2 pagi kalau bukan mereka. Siapa lagi yang sanggup bangun dari tidur semata mata nak basahkan sapu tangan letak kat dahi kita bila kita tengah demam kalau bukan mereka.

Siaap lagi yang sanggup payung kita makan spagetti chicken chop kalau bukan mereka. Siapa lagi yang sanggup share tudung kasut semua kalau bukan mereka. Siapa lagi yang sanggup tahan dengan perangai kita selama berbelas malah berpuluh tahun lamanya selain mereka.

Tak payah cari jauh. Tu ha yang tengah tengok cerekarama tu. Parents kita. Siblings kita. Family kita.
Aku tak nafi yang sahabat tu yang paling terindah. ya, tapi famiy. Family tu anugerah. Kita boleh cari sejuta malah seinfinitan kawan. Jumpa kat kem senyum cakap hai dan terus jadi kawan sesimple itu, tapi family, apa yang Allah bagi, itulah yang kau dapat. Itulah yang akan hidup dengan kau,

Dan betullah kata orang, keluarga itu fungsinya melengkapi.
" Hai orang orang yang beriman, peliharalah dirimu dan keluargamu dari api neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu..." (At-tahrim 66:6)

See Allah cakap apa? Peliharalah dirimu dan ahli keluargamu.Nampak tak betapa pentingnya keluarga. Even dakwah Rasulullah sendiri bermula dengan Rasulullah dakwah kat keluarga dan kaum kerabat. Nampak tak sekali lagi betapa pentingnya keluarga kat situ?

Maka, hargailah mereka. Selagi mereka masih bernyawa. Selagi mereka masih bernafas.
Dengan cara apa? Pakai topi keledar dan ingat orang yang tersayang?
Haha, k hambar.
Bawa mereka. Masuk syurga bersama sama mereka.
Sebab syurga tu luas. Boleh bawak keluarga sedara belah mak sedara belah ayah sepupu sepapat ipar duai besan biras dan tidak dilupa moyang dan juga cucu cicit.
Sebab bond of family tu bukan hanya kat dunia.
Tapi sampai syurga.
:)

tumblr_mdhvtbyvNs1qfm87to1_500
Comel.

Baru sedar tinggal lagi seminggu cuti sekolah duduk rumah bersama ibu ayah dan adik beradik.
Lepas ni, duduk sekolah jadi fivers dikelilingi adik adik yang ramai.
Fuhh *tarik napas berat*



Tempat paling penuh cinta itu bukan di paris, namun di tengah keluarga :)



3 conteng-conteng:

Miss Xyz said...

Ohh awak pun beza dua thun dgn kkk awak.. Mcm jarak umur saya dgn adik saya. Family mmg xde penggantinya, darah dging xkan sama dgn kawan-kawan. Hargailah family kita sbb takde depa, siapalah kita

Nurmujahidah Ismail said...

rasanya memang setiap daripada kita akan anggap keluarga kita lain daripada yang lain. jangan risaulah. sebenarnya normal je. rindu juga masa kecik time semua adik beradik ada. :)

Azura Madi said...

Kak puteri punya entry best la , bnyk yg saya dpt :)