16 December 2016

Sentimental .


"too bored to do nothing, too lazy to do anything.." -Anime: Hyouka || #karunase -Edit by Karunase:

masa terbang, laju sangat. dah tujuh belas hari hari, jadi penganggur tak bergaji. dan selepas tujuh belas hari, baru tersedar yang diri ni dah banyak betul buang masa. heh.

so today, instead of doing the same routine over and over again, bangun pagi, gosok gigi, cuci muka, makan, garu pipi yang tak gatal, goyang goyang kaki, i decided to do something extraordinary. acewah, acah je ni. takde la extraordinary mana pon. tetiba hari ni, feeling nostalgic tu datang, so saya pun decide untuk selak selak diari, baca baca surat orang bagi dan sebagainya. haha.

orang cakap, saya ni ada sentimental value yang tinggi. haha, okey itu saya admit tanpa malu dan segan. mana taknya, time orang lain rakus mengoyak pembalut meja atas meja kat dalam kelas, saya dengan cermatnya mengoyak, konon sayang dan nak simpan buat kenangan. eheh, ni memang satu tabiat yang tak sengaja ada. so, dalam rumah, saya akan jadi orang yang sangat amatlah banyak barangnya. barang barang kenangan. 


so, tengah tengah menyelak barang, tetiba rasa macam 'ehh, apehal sepah sangat ni?'. maka, bermulalah satu adegan kemas mengemas yang memang tak pernah jadi pon before ni dan tak pernah termimpi pun untuk jadi ehh. dan sepanjang sesi mengemas, banyak gilaa benda pelik yang saya jumpa.


pen dan set alat tulis. haha, jujurnya, saya ni memang orang yang sangatlah suka membazir. mana taknya, sikit sikit beli pen, even pen tu dakwat sangkut sikit je, terus je tangan campak keluar dari pencil box. haha, nasib lah. okey, mungkin pen tu something yang biasa, tapi yang banyaknya saya jumpa, pen pen yang dah takde dakwat. lagi parah, ada satu box magic pen, tapi semua dah habis ink. aigoo. masih tak habis fikir kenapa simpan semua pen pen ni. sayang nak buang, kot?

buku nota,macam macam saiz ada dari yang kecik sampai lah yang besar. and mostly, banyak yang tak guna lagi. sebab dulu time kecik-kecik, selalu join pertandingan pastu dapat buku nota yeay. tapi, end up sayang nak guna. pastu jumpa notebook lawa lawa lagi, mulalah rasa nak beli, dan beli pastu sayang nak guna. huh. am i the only one to face this kind of situation. paling epik, ada satu buku nota ni, selak selak tulis '3 berlian' ohh buku nota darjah tiga. pastu selak selak ehh ada lirik lagu action song, lirik lagu nasyid time sekolah agama. haha, pastu kat situ, ada tulis, 'solo: puteri nur afiqah'. ehh, solo nasyid aku ni rupanya. haha, sumpah lawak, dengan tulisan mak gajahnya.

plastik cekelat. haha, ni pun banyak jugak. dari coklat kecik, sampailah cekelat tango yang besar. habit kutip plastik cekelat ni memang ketara sampai mak pun tahu dan mak pernah tanya, 'kamu nak sambung course teknologi makanan ke besar nanti?' haha, okey mak. sebenarnya, bukan aku sengaja nak simpan, cuma malas nak cari tong sampah err.bila fikir balik, rasa sayang nak buang plastik cekelat tu, jadi aku fikir why not kalau jadikan plastik cekelat tu jadi penanda buku, jimat duit kan?


actually, saya pun tak tahu apa yang cuba saya sampaikan kat sini, mungkin sebab bosan yang melampau sampai i tend to write this kind of thing dalam blog ni. haha, maaflah, terpaksa baca this pointless entri. so, meh sini saya kasi moral value sikit, supaya takde lah rasa pointless sangat kan?

satu, buat adik adik yang sedang bercuti tu, manfaatkanlah masa yang ada ni baik baik. buatlah something yang bermanfaat, mungkin tak sampai tahap bagi manfaat pada ummah, tapi at least biarlah bagi manfaat pada diri sendiri.contohnya, studylah rajin rajin sampai tahap rasa nak muntah pelangi, sebab ni jelah masanya nak hadap buku puas puas, sebab nanti kita akan rindu semua tu trust me. uhuk. takpun, bukaklah youtube, dengar ceramah ke, tak pun baca buku ilmiah ke, memancing ke. instead of tidur, layan cerita korea *haha, rasa macam cakap dengan cermin* and keep repeating the same time over and over, why not kita ubah angin,buat something yang kita tak pernah buat, kan? dan buat spm graduaters sekalian, saranan saya pergilah cari kerja. selain dapat sara diri, anda juga tidak akan jadi mereput seperti saya. --"

Allah dah sumpah dengan masa and that shows how masa tu sangat important untuk kita.
maka, mohon untuk rasa teruk bila kita dah sia-siakan masa tu dengan tak sepatutnya.

dua, berbaktilah sebaiknya pada ibu bapa, selagi mereka masih ada. time cuti nilah masanya, untuk kita tolong mereka, kononnya bila sekolah kita bagi alasan, duduk asrama lah, penat, banyak homework bagai. tolong lah mereka, tolong basuh baju ke, masak ke, kemas rumah macam saya ke. ahaha, k gurau je. ringankanlah beban mereka, bayar balik jasa jasa mereka yang kita takkan pernah mampu bayar tu, at least biarlah ibu ibu kita rasa sejuk je perut mengandungkan kita, okey? *angkat kening*

tiga,
Eventually all things fall into place. Until then, laugh at the confusion, live for the moments, & know everything happens for a reason. #quotes #mantra:

being a person who have a sentimental value yang tinggi ni bukan satu kesalahan, srs. seronok kot, bila kita kumpul kumpul something yang boleh kita simpan sebagai kenangan, nanti sampai satu masa kita dah tua nanti, bolehlah tunjuk kat anak cucu, 'ehh, nilah surat cinta yang nenek dapat time form five dulu', ha, kan sweet begitu. haha. tak salah k nak simpan barang barang untuk dijadikan kenangan, tapi berpada-padalah. janganlah sampai sampah habuk pemadam pun nak simpan, konon nak buat kenangan nilah habuk pemadam time jawab spm err tu memang kronik.simpan lah apa apa pun yang korang suka yang penting, jangan sesekali buat rumah sepah, dan buat alam sekitar tercemar. arasso?


paling bagus,
biarlah sentimental value kita pada ingatan yang tak pernah pudar,
pada hati yang sentiasa ingat setiap cebis memori.
dan pada doa yang tak pernah putus. *keching :)






06 December 2016

A dedication ( part 2 )


Sbp integrasi gopeng. Seketul bangunan yang dah jaga aku for about the past five years. Mungkin pada orang lain, bangunan ni cuma satu bangunan usang yang boleh ranap dihempas angin bila bila masa je. haha hiperbola melampau. tapi untuk aku, bangunan ni bangunan tempat aku membesar, bukan setakat membesarkan lemak tepu dan tak tepu kat badan tapi jugak membesar menjadi seorang yang matang. ehh.

Aku ingat first time aku sampai gate sekolah, aku tengok fulamak, sekolah besar. Time tu riak ujub sum'ah semua bersarang dalam hati, yelah bangga kot dapat duduk sekolah lawa. aku masuk, dapat dorm bawah, haha berdouble double bangga sebab tak payah nak panjat tangga tinggi tinggi.  masuk dorm pulak, ya Allah. Katil double decker. Haha, aku mengucap banyak banyak, sebab aku tak pernah dan tak reti pon naik katil tu. mak ajar aku cara nak panjat katil gergasi tu, dan aku kena gelak dengan senior form five tahun tu. haha, terhiburnya mereka k dah bye tutup cerita. tu cerita dulu, zaman kanak kanak okey sekarang aku hidup aman bahagia dengan katil double decker sebab in fact, aku 3 tahun dapat katil bawah.


form 1 aku dapat dorm bawah, dan time form five pon, aku dapat dorm bawah jugak. aku tak tahu kenapa, tapi aku rasa there's something special behind yang aku tak tahu apa, tapi aku rasa, aturan Allah untuk aku sangat indah.

aku ingat, awal awal aku kat igop dulu, aku selalu sesat, lagi lagi pulak aku ni seorang yang pemalu. malu bertanya kan sesat jalan haha okey aku tahu takde kaitan. especially bila nak pergi bilik guru, tudia feeling dia tak ubah macam hang baru first time jejak kaki kat korea selatan. sebab bilik guru tu ada dua, bilik guru satu dan dua, dan sampai sekarang aku masih tak tahu nak beza tu bilik guru yang mana.

nak dibanggakan, sepanjang setahun form one, aku jarang homesick yeay dan aku tak tergolong dalam kalangan mereka yang menangis kat public phone haha comel je mereka aku tengok dan aku selalu jadi tukang pujuk mereka. tapi homesick aku getting worse bila aku makin tua, lagi lagi waktu form five, memang menjadi jadi, sikit sikit nangis, kat surau nangis, kelas nangis haha.tapi paling selalu aku nangis, dalam toilet haha aku pun tak tahu kenapa tapi bila keluar toilet je ceh aku buat lek buat piece je macam takde apa jadi. dan time form one, aku seorang yang sangatlah senyap, duduk celah celah locker kayu, tengok orang tapi terbalik time form five, kebisingan aku memang wajar diberi lempangan yang laju.

duduk kat igop, macam macam aku belajar. aku belajar untuk pegang amanah, dari sekecik kecik duty kat dorm sampailah sebesar besar jaga dewan makan dan hal ehwal pemakanan pelajar pelajar. kat sini, aku belajar how to treat others well, especially adik adik yang sangat memerlukan kasih sayang. haha, terima kasih adik adik dan kanak kanak igop, selalu spend masa dengan akak ni eheh. dan kat sini jugak aku belajar macam macam istilah pelik such as 'after', 'capub' haha macam macamlah istilah alien yang lain.

Some flowers grow best in the sun while others grow best in the shade.
Allah knows us best, so He puts us where we grow the best.

suka sangat quote ni. really mean something tu me.
Allah campakkan kita ke satu tempat, mesti ada something yang Allah nak kita belajar.
maybe from the place, from the people there atau mungkin dari peristiwa yang jadi kat kita kat tempat tu.
so igop, you did teach me something. terima kasih banyak.

oh lupa, aku turut belajar makan megi asam laksa tomyam dan megi kari.
dan aku jugak belajar, nak masak megi tak perlu taruh air banyak sangat, hanya secukup rasa.
haha, noted.


Tenji. tak perlu aku ulas panjang panjang siapa mereka. cukup tahu bahawa mereka adalah kesayangan aku. time aku taip ni, aku teringin sangat nak semua 139 orang baca, so that korang tahu, apa yang dah lama aku simpan dalam hati ni. tapi, aku tahu that won't happen. 

Tenjiku sayang, kita start jumpa empat hari bulan satu. 5 tahun yang lepas, time tu muka semua sememeh je, tudung selebeh. haha, memang amatlah tak matured. we faced the orientasi sama-sama, kalau masih ingat ada satu game ni kena calit tepung kat muka. haha sumpah macam apa je. time tu, aku pendiam, sampai aku rasa aku macam angin, kehadiran yang tak disedari. sebab aku, bukan jenis yang cepat adapt dengan situasi baru, orang baru. 

fuh.

tiga tahun kot, kita cuba cari keserasian, tapi memang susah sangat nak jumpa. kita selalu gaduh gaduh, masing masing ego, interaction sesama kita pun ke laut. time tu, i didn't sense anything special about this batch.form three, kita jadi tikus makmal, bahan eksperimen, buat kertas pbs berbundle-bundle, dapat tahun ada exam about three months before kot. Time tu, Allah je yang tahu tabahnya kita. kita masih macam dulu sampailah this one kem change everything. thanks to csq, kem diorang yang buatkan kita mula kenal sesama kita, tahu apa itu semangat batch, tahu apa itu ukhwah. i bet, ini memang percaturan Allah, untuk satu jalan cerita yang sangatlah indah.


form four, ukhwah makin kuat. dan kita jumpa saudara baru dan tenji makin ramai. honestly, mula mula memang tak ramai yang mampu terima kehadiran orang baru dalam batch ni, yelah once bila ukhwah kita dah kuat pastu tetiba kita kena renewkan balik ukhwah tu dengan adanya orang baru, ambik masa, k. Aku pun salah seorang yang tak boleh terima, sebab aku susah nak adapt. lama jugak aku ambik masa, dan lama lama, aku mula boleh hadam dengan situasi sekeliling. it was great to know, and to be dalam satu batch yang ramai orang. dan satu lagi kem csq, hujung tahun yang berjaya seal ukhwah kita ketat ketat. Kita mula ada lagu batch, walaupun orang kata lagu batch tu tak sesuai untuk naikkan semangat. it's more on our friendship and we just love it the way it is, kan? dan csq jugak puji kita, for being a great batch walaupun orang lain tak nampak. puji depan adik adik kot. haha.

form five, senior year, spm year. mula mula tak rasa apa pon, tapi nak dekat dekat hujung tahun, barulah rasa macam macam. 'oh pasni tak jumpa kawan dah', 'ehh, nak keluar sekolah dah', haha baru nak rasa, kan? tahun ni, banyak benda kita tempuh, pergi kem kat sahum, belajar ramai ramai kat dewan, hadapi kelas demi kelas sampai rasa nak bunuh diri sebab penat yang melampau, yelah batch kita kurang kat akademik, jadi kita terus dipush dan dipush. ditimpa satu ujian bila kita tak buat salah apa apa, tapi kita yang dipersalahkan, but that ends well, sebab kita tempuh semua sama sama. Dan aku, banyak sangat menangis tahun ni, time restu ilmu ngan cikgu, last kalamunnisa' ,jamuan prefect the moment kat tangga merah, jamuan batch,every perjumpaan batch. sebab rasa sayang tu dah mula melekat dalam hati, sampai aku risau nak buang rasa sayang tu, takut kesan dalam hati tu jadi dalam dan kena operate kat hospital. Aku mengaku, time akhir akhir spm mula tarik kebersamaan kita sikit demi sikit, yang rapat mula jadi renggang. haha aku faham, masing masing struggle untuk result masing masing. tapi, aku tetap nak sedih jugak, haha degil betul. and the last week, spending time dalam satu dorm yang semuanya fivers, tu memang the best, dan aku takkan pernah lupa.

Tenji, mungkin aku bukanlah sesiapa dalam batch ni, yang kehadiran aku kadang kadang orang tak sedar, yang tak mampu nak sumbang apa apa dalam batch. Aku bukan orang yang tahu banyak pasal batch, yang sumbang tenaga untuk batch, yang fikirkan masalah batch. mungkin aku senyap, ye aku senyap sampai orang kata, i'm a bit off pasal batch. tapi, senyap aku bersebab, aku tak nak terlalu rapat dan simpan terlalu banyak memori dengan korang, sebab aku tak cukup kuat untuk kenang semua memori tu nanti. kalau korang tahu, aku struggle belajar, its korang, yang jadi salah satu sebab. trust me, korang yang mendorong aku kuat untuk terus kukuh kat igop ni.

Tenji, terima kasih banyak banyak atas semua momen kita, yang manis yang pahit dan masam, yang baik dan buruk, semua aku hargai. every person yang hidup dalam batch ni, dah tempekkan satu chapter dalam hidup aku even mungkin kita tak pernah sekelas, atau mungkin tak pernah bertegur sapa sekalipun, part korang tetap ada dalam hidup aku. thanks atas segala ilmu yang korang bagi walaupun korang tak sedar, segala makanan dan paling penting segala kasih sayang korang.

Aku rindu, aku tak tahu apa yang aku rindu. Rindu sekolah ke, rindu asrama ke,rindu nak belajar bio ke, rindu kucing dm ke, pakcik dm ke ups. Tapi aku rindu something, mungkin rindu korang kot? Dan aku tak tahu macammana nak ungkapkan, dia macam soalan math yang suruh ungkapkan x dalam sebutan y padahal takde y pon kat situ haha ajaib kan. Tapi tenji, aku teringin nak cakap satu benda ni depan korang, tapi aku tak pernah ada peluang. Aku nak cakap yang aku sayaaaaaang korang sangat sangat. Aku harap korang baca.

Tenji, mungkin permulaan kita hanyalah satu permulaan yang biasa.
Tapi pengakhiran kita, satu pengakhiran yang sangat luar biasa.
Ukhwah kita, ukhwah yang diakhiri dengan sujud pada Ilahi.
Dan zikir wahdah plus doa rabitah. uhuk, sebak kot.
Dan mungkin, bertemu kita bukan kerana Allah, tapi berpisah kita kerana Allah.



Ada orang cakap kalau kita berukhwah sebab Allah, kita takkan rasa sedih. sebab apa? sebab kita letakkan mereka sepenuhnya pada Allah, biar Allah yang jaga mereka. ye, dan aku akan cuba untuk tak bersedih atas perpisahan kita.

Last tenji, aku harap ukhwah ni takkan putus, walaupun digunting. Aku harap kita, dapat selitkan nama tenji dalam doa kita dan aku doakan korang, berjaya capai apa yang korang nak, dapat stret a pluss, kerja bagus, kahwin cepat ehh. haha. 

Lastly, moga kalian sentiasa dalam jagaan Allah.
Saya sayang tenji saya. <3








01 December 2016

A dedication ( part 1 )


Image result for images of flowers tumblr

Yesterday brought the beginning, tomorrow brings the end. 
and somewhere in the middle we became the best of friends


Sejam lebih aku menggodam pendrive ups i mean menggodek pendrive. Konon nak tengok tengok gambar mengimbau kenangan masa lalu but the pendrive really sucks, kejap boleh detect kejap tak boleh. entah berapa ratus kali lah dia makan sumpahan sang kelambai aku muahaha siapa suruh buat pasal dengan aku. last last, aku tamatkan riwayat hidup pendrive tu dengan satu klik kat 'format' dan tadaaa, bahananya aku terpaksalah transfer semua gambar dalam pendrive lain. baru perasaan macam macam ada dalam pendrive tu almaklumlah orang kata i'm kinda person who have a high sentimental value. fuh *tarik nafas*


maaf, bebel panjang.



so, nak bagitau sini, spm dah habis. haha, macam tak percaya when spm yang kau duk countdown selama ni tiba tiba ada depan mata, pastu habis camtu je, haha serious macam mimpi. awal awal balik rumah, boleh kata excited betul tapi tetiba bila dah tiga hari, mulalah rasa rindu kat semua benda dari sebesar besar blok akademik sampai lah sekecik kecik mesin gedegang kat aspuri, mulalah rasa gila bayang kat kawan kawan, oh pahit sungguh rasanya.

dan, aku tak niat pon nak buat entri imbau kenangan ni, aku cuba sedaya upaya nak tahan, tapi fuh, tiga hari je aku mampu dan aku dah tak mampu nak tahan.


aku rindu mereka.

ni lah mereka, kekasih buah hati pengarang jantung aku. yang tiap tiap pagi aku bangun nampak mereka, yang tiap tiap petang aku study dengan mereka. okey, rindu tak tipu. korang selalu mintak suruh aku tulis pasal korang kat dalam sketch book aku, suruh lukis lukis untuk korang, haha. mintak maaf sampai dah keluar sekolah pon aku tak dapat nak fulfillkan permintaan korang, but don't worry i will still write pasal korang on my sketchbook and this entry, was specially dedicated for you.


okey, tak nak guna 'aku' dah. 'kita' seems nicer for person like korang.


Buat seorang hannah syazwani.
Jujur, time tengok list nama dorm tu, kita terkejut. Ohmaigad, kd garang. haha takut kot. dengan tak berapa nak ngam ngan korang berduanya, huhu kita terfikir macam mana lah nak survive setahun dalam ni. but, semuanya terbalik 360 darjah, takdelah teruk sangat dorm ngan korang dua, malah antara dorm paling best sejak kita kat igop. Hannah ni, emm dulu cam garang tapi tahun ni she's totally different, jenis yang mesra alam, suka gila tengok perubahan hannah. Hannah was an alarm clock for me, tak jemu mengejut setiap pagi pukul 5 walaupun kita end up bangun pukul 5:30 haha segan gila. Pastu kita selalu bebel kenapa tak kejut, dan jawapan hannah sentiasa sama, 'hey, aku dah kejut korang, okey' haha, ampun pak. awal awal tahun, hannah selalu sakit, sampai kadang kita jahat malas nak layan, maaf and somehow that's what make you stronger, sampai jadi doktor untuk kita dan nab. kita takkan lupa the moment hannah kerat dua cool fever dan tempek kat dahi kita ngan nab time kitorang demam time spm aww, so sweet. Hannah ni jenis yang teliti, everything she plan, dia akan sebut kuatkuat, sampai kita pernah fikir, ehh dia ni sengaja nak tarik perhatian aku ke apa? Haha, tak pon, dia memang begini orangnya. haha. kd yang sangatlah caring terhadap ahli dorm, especially bila adik adik dorm sakit dan sebagainya. and the thing i respect you the most, hannah selalu rasa bersalah bila nak kutip duit dorm, duit baju dorm. dan kegigihan hang uruskan baju dorm, memang wajar di applause sampai the last day of school, kita berjaya dapat baju dorm yang lawa haha.ohh, lupa. hannah seorang yang pemurah juga, suka bagi makanan dan hannah ni, garang garang dia pun, hati sangatlah lembut bak kaca. ingat tak, kita ada makan sekali kat luar dm, time tu dah nak spm, and you cry and i cry too, haha k tak yah ingat dah. dan hannah selalu jadi pendorong untuk kita tulis buku, haha sekarang ni rasa nak kubur je angan angan tu, tapi doa doalah kita dapat publish buku emm.dan last, satu dorm ngan hannah was a great experience.

Buat seorang siti nabila,
Kita berdua balik sehari awal, as we both prefect. Dan tahu tak, sangatlah akward time nak sembang awal awal dulu dah la katil sebelah, masyaAllah. Haha, tapi lama lama okey dah. Nab seorang yang teramatlah rajin study, boleh kata pendorong study untuk akak akak spm yang lagi dua orang ni. Haha, memang idola untuk seorang hannah dan puteri. Kadang sampai tidur pun dia statik pegang buku, haha kita rasa katil tu memang ada sumpahan lol haha. Kadang, kita tegur, dah la nab tidur jelah, and you was like, 'mana ada kita tak tidur pun' haha memang kelakar. Has a really great nota bio sampai dijaja dan diphotostat ke satu batch. oh lupa, nota chemist dia pon jadi rebutan adik adik. haha, salute la hang nab. her enthusiasm nak buat buku bio untuk dipublish sangat lah tinggi menjulang julang dan i support dari jauh. nab, i will never forget the moment jadi exco dematin bersama, pasang lagu, buat laporan kualiti makanan tiap tiap hari, uruskan budak budak puasa dan kita selalu tension haha tapi sekarang rasa rindu pulak nak ulang semua tu. nab ni seorang yang sangat gigih, terutamanya dalam hal ehwal mengorek rahsia orang, sampai habis semua rahsia aku dia gali. haha. lagi,, loker kayu dia banyak buku, banyak sangat sampai nak balik haritu, dialah yang paling sengsara nak kemas barang. dan nab ni jenis yang susah sangat nak buat keputusan sendiri termasuklah nak study apa kat rumah, nak pakai kasut apa esok, semuanya kena ikut majoriti, kan kan. haha, selalu kena marah ngan kita, sebab susah nak ada pendirian. dan lagi, nab suka puji kita comel, haha kembang hidung kejap, k bye. dan satu, nak mintak maaf sangat sangat sebab tersebarkan virus demam kat hang time spm, haha sian hang. kita demam dulu, tapi hang yang sakit lagi teruk. sori nab. dan last, you and yourself are really indescribable.


Banyak nak tulis, banyak jugak nak luah tapi tak mampu. Sori sangat sangat, nak bagi something kat korang before balik tapi tak sempat sebab cuak chemist banyak tak baca lagi.

Apapun, bunch of thanks. Sebab sudi lengkapi hidup seorang puteri. For all the memories, gelak tawa, suka duka juga kasih sayang yang korang sudi pinjamkan, hanya Allah yang mampu balas. Harapnya korang takkan lupa, the moment kita jerit jerit kat dorm especially before nak pergi dm, the moment kita argue siapa lagi gemuk haha tapi i terkecuali, the moment kita janji nak kurus sama sama, the moment korang marah sebab kita tak suka makan sayur dan tak suka beriadah, the moment kita jadi orang orang dorm, tatkala semua orang berpusu pusu pergi kelas study kat kelas, kita je yang suka study kat dorm sama sama, the moment kita bazir duit beli sosej banyak banyak, *okey korang tak, kita je yang selalu bazir duit beli makanan banyak- banyak*. the moment kita tangkap gambar bersama dan setiap jugak momen yang kita hadapi sama sama, semoga benda ni, akan jadi bahan rindu yang kita simpan sampai bila bila.

mintak maaf la, selalu jadi spoiler gambar gambar kita.


last, this keyboard, these small fingers typing and this short writing, won't be able to express the feelings inside my tiny heart. but please,

do believe.

i do love hannah syazwani and siti nabila sangat sangat.

tak percaya, belah la hati ni.




k, penat.
adios.
sambung nanti.



13 September 2016

Trial and error .


cari aku. yang pakai sweater tu. tengah kesejukan haha.

5 days past. After having weeks of trial.

trial yang indeed sangat penuh dengan dugaan dan cabaran. dah la trial tu sendiri ujian, tambah pulak dengan berjuta jutan ujian yang terselit dalam ujian tu. memang sumpah ohsem.

dan trial ni buat aku sedar, hidup tu awalnya Allah, 
pertengahannya, ada Allah. 
dan pengakhirannya jugak kembali pada Allah. 

realiti yang kadang aku selalu lupa.



flashback balik beberapa minggu lepas, kami batch 99 menghadap satu exam kedua terbesar, which is trial spm. ulang , trial spm kot. haha. nampak tak kebesarannya di situ. aku ada call satu senior before tu, mintak tips nak menghadapi trial. acewah. know what, she said, "jangan risau sangat. trial tu memang susah'. haha. aku pun chillax jelah, sekali bila aku face trial tu depan depan, fulamak memang susah tak terkata.

a week before trial, satu week yang penuh dengan rendaman air mata. entah, dan dan tu jugak, we had banyak banyak perjumpaan. dan aku, sort of people, yang takleh kumpul ramai ramai, nanti mulalah segala imbauan masa lalu menerpa dalam minda. dan yes , aku salah sorang yang mata berair tiap kali perjumpaan. mula terbayang saat berpisah la, saat terakhir la. heh.

dan that week jugak, aku struggle yang teramat-amat sampai my body itself tak boleh nak hadam dan adapt dengan situasi yang sedang terjadi. badan mula lenguh lenguh, kepala pening pening. tambah pulak aku tersilap langkah pergi tidur kat lantai night before exam, memang semua sakit nak datang dekat aku.


first day exam, day paling win. aku melangkah masuk dalam dewan dengan cukup tenang. time tu, exam bm kertas satu. masa menjawab mula. aku bukak paper dengan tenangnya dan mula menjawab. tetiba, blank tu datang. aku jadi kosong tetiba, idea semua terbang melangit. ah sudah. aku rasa nak jerit tapi takde suara yang keluar. yes, situation ni lazim bila aku jawab karangan. aku habiskan masa yang lama untuk buat karangan yang first tu. *note: bm kertas satu, ada 2 karangan kena buat*. aku mula cuak. masa tinggal lagi sepuluh minit. know what, ada lagi dua perenggan aku tak siapkan. yes, aku panik tahap gaban. haha, memang tak boleh jadi doktor, kalau orang tengah nazak separuh mati, mahu gelabah aku dibuatnya. aku teruskan jugak menulis dan sampai satu masa, aku nak angkat kepala, nak tengok jam pukul berapa. dan oh tidak, kepala tak boleh angkat mata berpinar pinar. aku gagahkan jugak menulis. dan masa pun tamat, aku gagal siapkan karangan aku dengan perfect. -,-

rasa nak nangis time tu, tapi tak mampu keluar.

petang tu bm paper 2. dan aku taknak ulang kejadian yang sama. aku mintak kat cikgu, taknak jawab exam kat situ, sebab aku sakit kepala, sejuk tak tahan aircond. tapi cikgu tak bagi, sebab takde siapa nak jaga. dan end up, aku jawab exam kat belakang sekali sorangsorang. aku rasa nak marah, sebab takde orang faham apa yang aku rasa. aku menangis, sambil jawab exam, dalam kesejukan yang teramat. oh lupa, diiringi dengan batuk berpanjangan.

worst day, and me getting worser, dan akhirnya, aku tak jawab exam esoknya tu.
cikgu semua tegur aku, cakap 'ni kalau spm sebenar kamu kena jawab jugak ni'. haha. tapi mungkin sebab aku menangis kesakitan, cikgu cikgu kesian kat aku.
dan Allah bagi peluang kat aku, sebab honestly, aku tak banyak pun baca quran sunnah malam tu, sebab sakit kepala sangat sangat.

One day, The pain and hardship will make sense to you. Just don't give up.

minggu seterusnya, me getting better. sebab aku tak nak jawab exam sorangsorang tanpa ada tenji di sebelah. aku tak mampu nak jawab bila kekuatan aku, takde kat sebelah.minggu tu berjalan lancar, although add math, subjek yang aku memang tak boleh nak ngam tu berjaya buat aku stres separuh gila.dan minggu ketiga, the toughest week. sebab kena hadap three killer subjek dalam tiga hari berturut turut. fizik chemist biologi. omg. dan aku nangis sebab tak dapat jawab fizik dan kimia. okey, mesti rasa menyampah sangat sebab asyik nangis kan? haha.



so, its the end of three weeks full of trial.
trial yang aku tempuh dengan sakit dan air mata. can't really imagine kalau exam sebenar, same situation happened.


Bukan semua yang kamu takutkan itu akan terjadi.

honestly, aku sangat takut. takut untuk hadapi keputusan exam yang aku dah tempuh. tipu la kalau kau tanam biji benih, kau tak harap hasilnya bunga yang kembang segar mekar, kan?
dan dalam takutnya aku nak dapat result exam, especially bm yang aku betul betul tak tau nasib aku, Allah bagi aku satu hadiah. know what, I pass my bahasa melayu dengan cemerlang. far better than my expectation. Aku sangat bersyukur, sangat sangat bersyukur yang aku takkan mampu ungkap dengan katakata. Baiknya Allah, tak henti henti tolong aku.

dan lagi sekali aku ulang, Bukan semua yang kamu takutkan itu akan terjadi. srs.




this trial really teach me, reliability to Allah is far more important than anything. no matter how hard you try, how struggle you are. if your reliability to Allah if zero, then its zero.when you are stucked to choose between Allah and your study, choose Allah. sebab apa? sebab study, benda yang tak kekal. bila dah kerja nanti, you wont open back your biology book, tapi Allah, Allah tu kekal abadi.

and indeed, our reliability to Allah is just like a rope. just imagine how can we pull success towards us if we doesn't have a rope ? kan. our reliability is like a rope for the success.
success is from Allah, so seek it from Him.

So tenji, dah habis trial. maka apapun yang akan dapat lepas ni, tempuhinya dengan hati yang tough dan qawiy. Sebab apa yang kita dapat, percayalah, tu yang paling indah yang Allah bagi.
Tak salah kalau nak tempuh dengan air mata, tapi pastikan air mata tu, air mata kebangkitan.
Kebangkitan dari satu kegagalan. Fall up seven, stand up eight.

aku taknak nangis dah. srs,tolong aku. *kesat air mata.



Bukan mengaku kalah, tapi kadang2 kita kena faham situasi,
Biar jatuh terletak, daripada jatuh terhempas & berkecai.
-Teme Abdullah.

fall in love with this teme. haha.
siapa yang belum baca lagi hasil tulisan beliau, i suggest you to go and read pelukis jalanan.
its srsly inspirative. haha.


Last, doakan saya.
doakan tenji. doakan batch 99. :))





09 September 2016

Fake .

akward.
Image result for hot air balloon tumblr

siapa yang suka bila orang sekeliling selalu pandang kita baik, padahal hakikatnya cuma kita yang tau diri kita macammana. bila orang pandang kita macam malaikat yang suci bersih, padahal in fact kita tak ubah macam syaitan yang hitam dan gelap.

fake, hipokrit. tu kata mudahnya.


ketahuilah, Allah sedang berbaik hati menutup segala aib dan hina kita. ketahuilah dipandang baik oleh orang lain tu sebenarnya satu nikmat, yang kita tak pernah sedar.

cuba bayang, kalau Allah sikit pun tak tutup aib kita. dan cuba bayangkan kalau kita manusia ni, masing masing boleh tengok hati masing masing, hati orang lain. apa jadi? geli. konfom geli. geli dengan hati sendiri, geli dengan hati orang lain yang penuh dengan karat daki dan kehitaman yang kalau kita sental dengan dinamo sekalipun, takkan pernah hilang. mungkin hilang, tapi bekas tu tetap ada.


ketahuilah, dipandang baik tu satu peluang.

kita selalu rasa bila orang pandang kita baik, kita seolah olah hipokrit, fake bagai. dan mula cari alasan, tak nak jadi baik sebab takut nanti hipokrit.
mohon, buang that thought jauh-jauh. why not, pandang segala apa yang jadi dengan sudut pandang yang positif. kenapa tak alang alang orang dah pandang kita baik, orang respek kita, kita jadi baik betul betul? see, baiknya Allah. Allah bagi sentuhan lembut bak sutera untuk suruh kita ubah diri. Allah bagi chance yang tersangatlah besar, kenapa kita tak lumba laju laju untuk rebut peluang tu?

nak jadi baik ni bukan mudah.
nak makan pon susah, kena gerakkan tangan, kena bukak mulut kena kunyah kunyah.
nak naik basikal lagi susah, kena jatuh, kena rasa sakit dulu.
sebab benda yang payah tu, endingnya akan jadi satu kemanisan yang sangatlah manis. lagi manis dari kek red velvet secret resipi. yang mampu buat kita diabetes,



Allah tutup aib kita, dan Allah bagi chance untuk kita berubah.
tulah namanya sentuhan yang penuh kasih sayang :)



dan ketahuilah, takde istilah fake dalam jadi baik. yang ada cuma istilah cuba dan berusaha untuk baiki diri.
sebab manusia dan kebaikan tu memang takkan boleh dipisahkan. 

tu fitrah.

02 July 2016

Fear .



Dia mengutip serpihan kaca yang bertaburan di lantai. Masuk kali ini, lima cawan dah berjaya dipecahkan olehnya. Ini memang win, boleh masuk dalam malaysia book of world record. eheh.

Sindrom tu datang lagi. Entah sejak bila, dia sendiri tak tahu. Lately, tangan dia selalu terketar tanpa ada sebab and lagi parah, kadang kadang her whole self dari atas kepala sampai lah hujung jari kaki akan jadi shaking tahap gaban. Tanpa sebab dan tiba tiba je. Tahap getaran tu kalau nak dibandingkan, memang kalah segala makhluk yang duduk kat banjaran alps. Dan lately jugak, tangan dia selalu berpeluh, sejuk semacam je. 

Penat, penat dia tanya semua orang. Ada orang cakap dia ni ada penyakit, penyakit parkinson lah apa lah. Suruh buat check up kat doktor. Dan ada orang lain pulak cakap, ada makhluk halus nak datang melawat. heh.

Macam macam spekulasi orang buat.

Dan dia dah teramat sangat penat.
Penat nak dengar.



Recall balik zaman dahulu kala. Dulu, sindrom tu tak pernah serang dia. Yes, sindrom kalut tu. Dulu, dia orangnya tenang, penuh dengan keberanian. Story telling, kalam jamai'e, semua pertandingan dia masuk dengan beraninya. Ohh, tak dilupakan, pertandingan mewarna pun dia masuk jugak haha. Dalam kelas pulak, dia will be the one yang bagi respon atas setiap pertanyaan cikgu.

Tapi sekarang semua dah jadi lain, in the blink of an eye. Empat ratus lapan puluh satu darjah berubah. Since masuk sekolah menengah, dia jumpa dengan ramai sangat manusia. Sangat ramai manusia yang hebat hebat belaka. Start tu, dia jadi rendah diri.Dah la rendah, rendah diri pulak tu. Dalam kelas,dia jadi orang yang bila dia ada, orang tak nampak, dan bila dia takde, orang tak pernah sedar. Huh, syahdu sungguh lifenya. Dan sikap berani dia hilang, sikit demi sikit dan diganti dengan sifat malu yang masyaAllah sungguh tak kena pada tempat. Malu nak cakap depan orang ramai. Low self esteem bahasa saintifiknya. Dia jadi orang yang memendam, yang lebih suka menulis daripada bercakap.



Dia rimas, benci dengan hidup yang macam tu. 



sampai satu hari, dia tekad nak buktikan yang dia seorang yang hebat sebenarnya dan exam tu, Exam first yang dia ambil kat sekolah tu. Exam tu berjaya buktikan. Day by day, people started chasing her, mula merapatkan diri dengan dia. She gain her confidence sikit demi sikit. Dia makin berani bercakap depan orang. Zaman kemuncak dia time form three bila dia berjaya jumpa balik diri dia yang dulu. Orang terkejut tengok perubahan drastik diri dia dan dia happy dengan life dia sekarang.


Dan tiba tiba sekarang, after five years dia duduk kat situ, sindrom tu datang balik dan makin parah jadinya. Makin parah sampai jadi bahan bualan cikgu cikgu dalam meeting. Ceh, bukan senang kot nama nak naik dalam meeting. Isu besar je yang masuk dalam meeting ni. Kan dah terfemes tanpa sengaja. Haha
Setiap hari, dia dijadikan bahan bualan cikgu. Sampai bila dia masuk bilik guru, satu bilik guru kenal siapa dia. People started giving her attention. Macam macam label dicampak kat dia. panik, kalut, kabut. penakut. heh.
Padahal, orang tak tahu dan tak pernah cuba nak ambil tau, dah memang fitrah yang dia bukan orang yang jenis suka bercakap depan orang. Bukan dia tak cuba, dia dah cuba sedaya upaya tapi dia memang tak mampu. Bukan dia tak menangis kenangkan nasib dia yang macam tu, dah kering air mata dia.


Dan akhirnya, dia take decision untuk mula jauhkan diri daripada semua orang. Especially her own classmates yang dia pandang sangat hebat, jauh lebih hebat daripada diri dia. Yang jauh petah berkata daripada dia. Tipu kalau dia tak segan, dia sangat segan hidup dalam kelas tu, rasa macam tak layak sangat.


At the end, sepucuk surat layang hinggap atas meja dia.

"Janganlah kamu berasa lemah, dan jangan pula kamu bersedih hati.Sungguh, kamu yang paling tinggi orangnya jika kamu orang yang beriman."


Dia tersenyum sendiri, Ya, cuma itu yang dia nak. 
Satu sokongan.
Bukan hentaman.


Manusia, berhentilah menghentam. berhentilah menjadikan seseorang itu bahan bualan hanya sebab satu kecacatan kecil yang ada pada dia.
Mungkin pada certain orang, hentaman kutukan boleh menjadikan seseorang tu lebih kuat. Tapi bukan pada certain orang yang hentaman itu membuatkan dia makin down dan rebah ke lantai. Berhenti judge orang dengan hanya melihat apa yang ada di luar. Padahal kita tak pernah tahu, betapa dia sedaya upaya cuba untuk hadapi ketakutan dia sendiri. Betapa dia cuba untuk melangkah ke depan. 


Jangan pandang dia terlalu rendah dan jangan pula pandang dia setinggi langit. Pandanglah dia dengan pandangan yang biasa.

Tolonglah.

Cuma itu yang dia mintak.



06 June 2016

Thoughts .



aku mimpi .

waktu tu kat dorm. 17 januari. a day before my birthday. 
atas katil, berlambak lambak hadiah. from azimah ngan timah, they gave me hadiah, pembalut kelabu bunga-bunga. dalam tu ada satu frame.
dalam frame tu ada gambar aku. dan tenji. 
hanis pun bagi hadiah. cekelat ferrero rocher. ada kertas warna kuning sekali, tulis wish.
adik adik dorm pun bagi hadiah, berterabur apollo atas katil.
and they sang birthday song to me.

esoknya, 18 januari.
aku masuk kelas macam biasa. just then, ada someone masuk. dia letak satu beg kertas kaler hitam atas meja.
bila dia kira satu, dua tiga. semua orang nyanyi.
aku terharu. aku senyum.
aku bukak beg kertas hitam tu. *senyum* dalam tu ada jam. jam besi kaler kelabu, muka biru.
cantik. sangat.

aku terjaga .

sebab dengar bunyi bising dari dapur. 
aku cuba sambung tidur balik, konon nak sambung balik mimpi tadi.
tapi, mak datang, kejut bangun sahur.
ceh. --"


and indeed .
the most beautiful dream ever sejak aku lahir. dan aku ingat jelas every single thing dalam mimpi tu, kaler and the people there.

being love by everyone.
uh , its about the feeling. 
seronok .
sangat .

---------

aku rindu. rindu untuk hidup kat era kanak kanak dulu. where people semuanya sayang menyayangi. berkawan, riang gembira main loncat loncat sama sama. sekarang , makin lama aku membesar, makin aku sedar kasih sayang tu dah makin hilang.
now , people with hatred, jealousy, revenge everywhere.
kutuk mengutuk, cari kesalahan satu sama lain.

no, i'm not talking about you. 
i'm talking about us. ye, kita semuanya.

mana hilangnya sifat kasih sayang kita.
laut china selatan atau kat tong sampah jiran rumah sebelah ? uhuk.

Berpegang teguhlah kamu sekalian pada agama Allah, dan janganlah kamu berpecah belah. Ingatilah karunia Allah kepadamu, ketika kamu dahulunya bermusuh-musuhan, lalu dipersatukan-Nya hatimu, sehingga kamu dengan karunia Allah itu menjadi bersaudara. Dan kamu dahulunya berada di tepi jurang neraka, lalu Allah melepaskanmu dari sana. Demikianlah Allah menjelaskan keterangan-keteranganNya kepadamu supaya kamu mendapat petunjuk. Al-Imran: 103

Allah persatukan kita , dengan kasih sayang.
jadi wahai sayangku. daku menyeru disini.
ayuh, cari balik sifat penyayang yang dah hilang dalam hati ni. sebab kasih sayang tu, layaknya ada dalam hati.


aku tak tahu kenapa aku menulis sekarang.
mungkin sebab aku rindu, rindu untuk balik kat mimpi tadi, where people there at that time penuh dengan sifat kasih sayang yang dah makin mati sekarang. 
*sumpah rasa nak ulang balik mimpi tadi dan hadam lumat lumat.*

dan aku bersyukur, sebab Allah pinjamkan the feeling of being loved by everyone.
even sekejap.



sebab rasa aman, bahagia dan kasih sayang yang abadi tu, semuanya ada kat syurga.

Dan mereka mengikuti jejak kaum Muhajirin dan Anshar sampai hari kiamat, mengucapkan doa: "Ya Tuhan kami, ampunilah dosa saudara-saudara kami yang telah beriman lebih dahulu dari kami. Dan janganlah Engkau biarkan kedengkian sampai bersarang dalam hati kami terhadap orang-orang yang beriman. Ya Tuhan kami, Engkau sungguh-sungguh Maha Penyantun dan Penyayang. Al-Hasyr: 10

teringat waktu kecik-kecik. lepas sahur je mak mesti paksa suruh gosok gigi.
sekarang, dah tak payah paksa dah. dah pandai buat sendiri.

heh .
baru sedar diri dah umur 17 . --"






05 June 2016

Puasa .



dikisahkan jauh sebelum penciptaan manusia, dua makhluk telah dicipta.

yang nantinya dua makhluk itu akan ditanam dalam diri manusia.


makhluk pertama dipanggil menghadap Allah. dan makhluk itu taat, lalu maju menghadap Allah.
makhluk itu ditanya oleh Allah, "siapa aku dan siapa engkau? "
makhluk itu menjawab, "Engkau adalah Tuhan yang menciptakan aku, dan aku adalah hambamu yang lemah."
"Sesungguhnya, Aku menciptakanmu sebagai makhluk yang mulia daripada yang lainnya." kata Allah.

Selanjutnya, makhluk kedua dipanggil menghadap Allah. egonya makhluk tersebut, makhluk tersebut langsung tak berpindah dari tempatnya, seolah olah tak mendengar perintah Allah, hingga beberapa kali diulang, barulah makhluk itu datang menghadap Allah.

makhluk itu ditanya soalan yang sama seperti makhluk pertama.
"siapa aku dan siapa engkau"
"engkau adalah engkau dan aku adalah aku" jawab makhluk itu dengan angkuh.

mendengar jawapan tersebut, Allah menghumban makhluk itu ke dalam neraka selama 100 tahun. Setelah seratus tahun, makhluk itu dipanggil semula menghadap Allah.
"Engkau telah aku hukum dan aku siksa di dalam neraka selama 100 tahun, sekarang jawab pertanyaanku, siapakah aku dan siapakah engkau?" tanya Allah.
"engkau adalah engkau dan aku adalah aku" 

dan Allah melempar makhluk tersebut ke dalam neraka lapar dan dahaga selama seratus tahun. seratus tahun berlalu dan Allah memanggil kembali makhluk tersebut.
"engkau telah aku hukum selama 100 tahun dalam neraka lapar dan dahaga, masihkah engkau bodoh dan tidak tahu siapa aku dan siapa engkau?" tanya Allah.
"engkau adalah Tuhan yang menciptakan aku dan aku adalah makhluk ciptaanmu".

--------

makhluk pertama itu akal, yang taat pada Allah tanpa banyak soal.

dan makhluk kedua itu nafsu, degil keras kepala macam batu, dan lagi keras dari batu.

---------

Tinggal berapa jam je lagi. Jadi, untuk semua umat Islam, selamat berpuasa.

rebutlah segala ganjaran special yang Allah tawarkan untuk kita, yang specialnya lebih daripada discount 70 percent baju raya kat shopping mall.

gunakan nikmat ramadan ni, untuk kita basuh dan cuci nafsu kita sebersih-bersihnya.
supaya pada akhirnya nanti, akal kita mampu untuk kawal nafsu kita.

Puasa ni hadiah daripada Ilahi. appreciate and take it for granted. 

Moga puasa kita tahun ni, jadi puasa yang lebih baik daripada sebelumnya. 
Moga puasa kita tahun ni, adalah puasa yang ikhlas kerana Ilahi.




dan, moga pengakhiran puasa kita nanti adalah taqwa :)





31 May 2016

Guru .


Ustaz once told me this story time kelas quran sunnah.

-----

Seperti biasa petang itu, orang ramai memenuhi masjid kufah untuk mengikuti majlis pengajian ilmu hadith. Sedang beliau mengajar, seorang yahudi datang. Beliau terus bangun dan tunduk hormat. 

Lalu beliau berkata dengan penuh rasa hormat, "Adakah apa-apa yang dapat saya bantu?"

"Sebentar tadi saya singgah di kedai kamu untuk membeli sehelai baju. Saya tidak cukup duit mahu membelinya kerana harganya di luar kemampuan saya. Pekerja kamu tidak setuju apabila saya minta diturunkan harga."

"Selepas saya selesai mengajar, saya akan datang. Tuan tunggu di sana dan tuan akan dapat baju itu,"

Semua yang berada di majlis itu terkejut. 
"Tuan guru, bukankah lelaki itu cuma soerang lelaki yahudi. Mengapa tuan begitu hormat kepadanya hingga berdiri menyambut kedatangannya?"

Beliau menjawab, "Dia guru saya kerana itu saya menghormatinya. Lelaki itu banyak memelihara anjing dan saya pernah bertanya kepadanya cara untuk mengenal anjing yang telah cukup umurnya. Lelaki itu memberitahu saya bahawa seekor anjing itu sudah cukup umurnya apabila ia sudah kencing berdiri. Sesiapa saja yang mengajar saya walau satu ilmu, dia adalah guru saya."

Dipendekkan cerita, beliau menghadiahkan baju yang diingini oleh lelaki yahudi tersebut. Dan lelaki yahudi tersebut menyatakan hasrat untuk berguru dengan beliau.

------

Beliau, imam abu hanifah. Seorang ulama hebat, yang tinggi ilmunya mampu hormat pada seorang yahudi yang hanya mengajar sekecil kecil ilmu.
tapi kita, ilmu cuma sekecil sel, ke mana hilangnya hormat pada guru yang mengajar kita?

Jika hari ini seorang perdana menteri berkuasa
Jika hari ini seorang raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa saja menjadi dewasa
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
dengan lembut sabarnya mengajar tulis baca

Guru. Profesion yang kadang kadang orang pandang remeh. konon takde class. konon gaji tak boleh bawa ke mana. heh, inilah dia mentaliti manusia zaman sekarang.

 Kadang kita tak sedar, sebesar besar kerja yang ada kat dunia ni, sebesar besar gaji yang kita dapat sekarang ni, semuanya bermula dari sekecil kecil guru tadika. can we just imagine, kalau takdanya seorang guru tadika yang sanggup ajar abc, kita takkan boleh membaca, takkan boleh pegang ijazah bergulung gulung, takkan boleh duduk pusing pusing kerusi dalam office yang ada air cond. kan?

Banyak.
Banyak sangat jasa dan bakti mereka yang kita selalu pandang sebelah mata. dan mungkin dua dua mata kita pejam rapat. fikir balik
Each time kita tak mampu buat soalan add math, siapa yang tolong kita selesaikan?
each time kita rasa homesick nak balik rumah, siapa yang tolong bagi kata semangat untuk kita?
each time kita dah takde duit nak beli makanan, siapa yang tolong pinjamkan atau kadang kadang tolong sedekahkan duit mereka untuk kita.
siapa lagi kalau bukan mereka?


Teringat masa dulu kecik kecik, each time hari guru, selalu ajak mak pergi kedai beli hadiah untuk cikgu. buat kad hari guru. sampai kadang kadang bila tak dapat nak beli hadiah yang mahal mahal untuk cikgu, mulalah tarik muncung empat belas inci. Sekarang, each time hari guru dari form 1 sampai form 5, tak pernah langsung bagi hadiah kat cikgu cikgu. konon dah besar, hadiah hadiah ni standard untuk budak budak kecik je. Heh. Dah masuk form 5, baru nak sedar. Kenapalah selama lima tahun aku duduk kat sekolah ni, tak pernah sekalipun aku bagi hadiah kat mereka, bagi kad untuk mereka.
Huh, sungguh terkilan.


mungkin sekarang kita dah makin tak rasa betapa banyaknya jasa guru kat kita. sebab apa? sebab kita dah makinn besar. konon semua benda yang kita buat ni adalah usaha kita sendiri. konon dah boleh berdiri atas kaki kita sendiri.
mohon.
mohon sangat sangat.
siapa pun kita sekarang, jangan pernah buang rasa hormat pada seorang yang namanya guru tu, k ?


Hargailah cikgu- cikgu kita. sebab merekalah asbab kita berjaya sekarang.


kadang kita tak sedar, kenapa susah sangat ilmu tu nak masuk dalam otak kita. mungkin, sebab kita tak pernah cuba untuk rendahkan diri dan hormat mereka. mungkin sebab kita pernah mengguris hati mereka.


Walaupun dah 17 hari berlalu, tapi takde istilah terlambat untuk buat sesuatu kan?
jadi eventhough you are not reading this,
dengan penuh rasa rendah hati, saya minta maaf cikgu.
maafkan saya atas kesilapan yang pernah saya buat sepanjang lima tahun saya timba ilmu kat sini. maafkan saya yang memang pernah menyakiti hati cikgu.
terima kasih. berbaldi baldi jasa yang cikgu dah curahkan untuk saya yang takkan mampu saya balas sampai akhir hayat.
hanya Allah yang mampu balas. moga kepenatan kalian dibalas dengan syurga Allah yang maha luas.


Buat kita yang bergelar pelajar, pandanglah mereka, tataplah mereka dengan penuh rasa cinta. Hargai mereka, sayangi mereka dan berterima kasihlah pada mereka.

Buat mereka yang ingin menjadi seorang guru, teruskan niat murni kalian. ummah ini masih sangat perlukan insan insan yang tabah seperti kalian. yang tak pernah lokek curahkan ilmu dan bakti.


Buat guru, selamat hari guru, cikgu,
kami sayang cikgu lillahi taala :)






01 May 2016

Migrasi .



Allah campak kita
Kat satu tempat. Satu situasi yang kita tak pernah expect kita akan berada kat situ.
Puas kita pujuk hati. Pujuk hati kuat berdiri. 
Bukan mudah.
Ambil masa berhari, berminggu malah berbulan lamanya.
Hingga akhirnya satu masa.
Hati dah mula berdiri sendiri.
Tanpa perlu ada diri yang memujuk hati.
Hati dah mula berlari riang, gembira dan tertawa.
Mula senang dan sayang dengan situasi yang kita diami.

And
Sampai satu masa.
Allah suruh kita injak kaki, 
Pergi tinggalkan situasi yang kita sayangi.
Allah suruh kita migrasi,
Puas kita menangis meronta meraung meratapi 
Sungguh dunia ini kejam dan tak pernah ada simpati.

Migrasi itu terkadang terlihat  kejam. Terlihat tak indah.
Bukan mudah.
Nak adaptkan diri semula. Nak pujuk kembali hati.
Mungkin ambil masa yang lebih lama, berminggu berbulan malah tak mustahil bertahun lamanya.

Namun wahai hati.
Di balik migrasi itu ada something yang Allah nak ajar kita.
Allah bukan cuma nak kita migrasikan kaki.
Tapi Allah nak kita migrasikan diri. Migrasikan hati.
Migrasi diri menjadi diri yang baru. Migrasikan hati menjadi hati yang baru.
Tajdid balik niat yang dah luput dah expired.
Seiring sejalan serentak senada dengan situasi yang baru.

Migrasi itu bukan untuk ditangisi. Tapi migrasi itu disyukuri.
Sebab di setiap migrasi itu tersembunyi sesuatu yang indah.
Andai dilihat dengan mata hati yang indah.


*********


Dalam hijrah itu sentiasa ada kebaikan. Jadi, jangan takut andai satu hari nanti kita terpaksa keluar dari satu situasi yang kita dah rasa sebati. 
Sebab bumi Allah ni terlalu luas. Masih banyak yang kita belum dan boleh kita belajar.
Dalam situasi yang baru. Tempat yang baru. Suasana yang baru.
Dan jangan pernah takut untuk melangkah. Kerana langkahan yang keseribu itu bermula dengan langkahan yang pertama.


Some flowers grow best in the sun, while others do well in the shade.
Allah knows what is best for us so He puts us where we grow the best. 
:)



Somehow, i just miss the old class and the old environment.
Will try to adapt dengan suasana kelas yang baru.
Haha.



16 April 2016

Everyone can fly~



" Men have ever dreamed of flying ever since they learned to walk. "

He thought to fly just as high as the bird flying in the sky.
He started his first step by just seeing a bird flying freely in the sky. 
Hanya dengan melihat sekecil kecil kejadian di udara, dia mencipta nama. 

------------

Abbas ibnu Firnas, lived in the golden age in andalusia that is called cordova in our modern days.
Hidup pada zaman pemerintahan Khalifah Umayyah.

852 masihi. Abbas ibn Firnas menyaksikan satu pertunjukan penerbangan oleh seorang yang berani iaitu Armen Firman. Ketika itu, Armen Firman melakukan percubaan untuk terbang dari sebuah menara di cordova. Jubah lebar seperti sayap digunakan untuk melambatkan kelajuannya,

875 masihi. Ibnu Firnas muncul dengan penciptaan baru iaitu pelayangnya sendiri menggunakan sepasang sayap yang diperbuat daripada bulu dan rangka kayu untuk terbang di udara. Di sebuah menara, disaksikan berjuta juta orang Cordova, Ibnu Firnas melompat dan terbang, terbang melayang di udara beberapa ketika hingga akhirnya, jatuh ke bumi. Hanya kerana pelayang yang dicipta beliau tidak mempunyai ekor yang digunakan oleh seekor burung untuk mendarat, beliau gagal dan mengalami kecederaan di bahagian belakang.

However, he was the first man to fly like a bird although for only a short time.

---------------

I've read about him sejak dari kecil lagi. Tapi waktu tu masih tak tahu nak ambil iktibar atas apa yang dilihat apa yang dibaca.

Banyak yang boleh kita ambil from this great Ibnu firnas. 
Keberaniannya. Kebijaksanaannya.

And how many times he fail and fail sebelum berjaya cipta satu alat yang membolehkan kita terbang. And how many times dia bangun dan terus bangun dari kegagalan.
Even at last he fail, at least he made a great contribution towards the ummah. This great person berjaya membuka ruang kepada pencipta selepasnya untuk hasilkan satu jentera yang membolehkan manusia terbang di ruang udara. Ketika orang barat sibuk mengajar anak anak mereka tentang Wright Brothers, kita harusnya mengajar generasi kini tentang Ibnu Firnas, di mana seribu tahun sebelum Wright menerbangkan kapal terbang mereka, Ibnu firnas telah berada di udara. 

Tanpa kegagalannya, kita takkan pernah merasa duduk dalam Air Asia, takkan pernah merasa terbang di langit yang biru. 


Tak penting untuk mengira berapa kali kita jatuh.
Yang penting adalah berapa kali kita bangkit selepas kejatuhan.
Fall up seven, stand up eight.



Dan orang yang bijak, ialah orang yang sentiasa memikirkan sesuatu yang bermanfaat.
Bukan hanya buat diri, tapi buat ummah.
Sekecil kecil kejadian, akan jadi sesuatu yang besar. Untuk orang yang berfikir.

Tidakkah mereka memerhatikan burung-burung yang mengembangkan dan mengatupkan sayapnya di atas mereka? Tidak ada yang menahannya di udara selain Yang Maha Pengasih. Sungguh, Dia Maha Melihat segala sesuatu.
Al Mulk : 19



19 March 2016

Expectation .



Malam malam buta tetiba mood update datang. mungkin sebab esok dah nak balik hostel balik. haha. melankolik sungguh. 

..............

Seorang doktor bergegas masuk ke ruangan bedah. tanpa semena mena, seorang lelaki, ayah kepada pesakit yang bakal dibedah datang menghampiri. " kenapa lama sangat baru doktor sampai. doktor tahu tak, nyawa anak saya dalam bahaya kalau pembedahan ni lambat dijalankan " herdik si ayah. 
herdikan tersebut dibalas dengan senyuman, lantas doktor tersebut menjawab, dengan penuh sabar, "maaf. saya takde kat hospital tadi. waktu pihak hospital telefon saya tadi, saya cepat cepat datang ke sini." doktor tersebut terus berlalu, masuk ke dalam ruang bedah.

Setelah beberapa jam, doktor tersebut keluar dari ruang bedah dengan senyuman dan menemui si ayah. "Alhamdulillah, anak encik selamat, dan keadaan anak encik stabil." Tanpa menunggu jawapan si ayah, doktor tersebut menyambung, "kalau encik perlukan apa apa, encik boleh jumpa jururawat saya." lalu doktor tersebut pergi meninggalkan si ayah yang masih terpinga pinga.

Si ayah, dengan rasa yang tidak puas hati, bertanya kepada jururawat dengan nada yang cukup tinggi, jelas menzahirkan kemarahan. "kenapa doktor tu sombong sangat ha. dia sepatutnya memberikan penjelasan tentang keadaan anak saya." dengan air mata berlinangan, jururawat tersebut menjelaskan "anak doktor tersebut baru sahaja meninggal semasa, dia sedang mengebumikan anaknya sewaktu kami menelefonnya tadi. sekarang anda sedang gembira kerana anak anda sudah selamat, sedangkan dia sedang bersedih atas kematian anaknya ."

Si ayah terdiam.

................ 


Sangka baik tu penting, kawan. belajar. belajarlah untuk selalu bersangka baik dengan orang sekeliling. sebab sangka baik tu cara terbaik untuk hidup.

contohlah kita tanam pokok, pastu dalam hati kita asyik fikir, 'ala pokok ni takkan hidup' 'takyah tunggu lama, esok pun dah mati'. agak agak pokok tu nak hidup tak. heh. takkan. trust me.

hari tu ada baca satu buku, and i found this word dalam buku tu
' Sangka baik yang salah itu lebih baik daripada sangka buruk yang betul.'

see. sangka baik wins, even sangka baik at a certain time yang salah. nampak tak betapa besarnya sangka baik tu.

manusia yang baik, yang dalam hati penuh dengan sangka baik, campak je kat mana mana, ke lautan hindi yang ombak bila bila masa je boleh datang telan hatta ke gurun sahara yang panas terik boleh mati sebab takde air, he will still be able to survive. manusia yang baik, yang penuh sangka baik, dia akan selalu nampak benda benda yang baik. fikir yang baik. cakap yang baik. tapi beza dengan orang yang tak baik. apa yang dia akan nampak, semuanya yang buruk, yang jahat, yang jelek, yang busuk. sebab apa? kita melihat dengan mata hati dan orang yang baik akan pandang sesuatu dengan mata hati yang bersih.

sangka baik, especially dengan Allah. try to accept semua yang Allah bagi dengan penuh sangka baik. Allah campak ujian banyak banyak tanda Allah sayang kat kita. rindu seinfinitan nak dengar kita menangis manja, nak tengok kita sujud panjang lama lama. In every situation yang kita lalui, berjayanya kita dalam exam, susahnya kita nak buat kerja add math, sangka baiklah dengan Allah.

Sebab Allah itu adalah atas sangkaan hamba hambaNya.
And indeed Allah is the best planner. :)


Do pray for me. My peperiksaan awal tahun. My espiem.
All the trials and hardships that i'll be facing for my entire life.
Moga Allah permudahkan dan moga dapat tempuh dengan penuh sangka baik.

200316
1252 hours.
Rumahku syurgaku.