01 January 2016

Infiru .

Bismillah.


Berangkatlah kamu baik dalam keadaan merasa ringan atau merasa berat, dan berjihadlah dengan harta dan dirimu di jalan Allah. Yang demikian itu adalah lebih baik bagimu jika kamu mengetahui 
[ 9:41 ]

Entri baru. Hari baru. 
Tahun yang baru.

Alhamdulillah, Allah masih bagi kita peluang bernafas hari ni. Allah bagi kita rasa nikmat cinta orang orang yang ada kat sekeliling kita. Allah bagi kita peluang nak bermanja dengan Dia mengadu mintak macam macam every single time kita nak.
Tu semua tanda Allah sayang kita, k.

2015, 
every single thing yang happen on this year banyak sangat mengajar. 
Bila mana hidup bahagia yang dipinta yang diidam, tetiba je dapat ujian yang super dahsyat.
Ditimpa amanah berbondong bondong yang buat kau sesak. Gagal jatuh berkali kali tak ubah macam jatuh tertimpa ekskalator bersama lif.
Tapi, 
sebab Allah sayang.
Dia hadiahkan air mata bersama untuk iringi setiap inch of hidup. Dia hadiahkan sahabat untuk jadi bahu tempat menangis jadi telinga tempat menadah segala curhat.
And indeed 2015 is still tahun yang indah.


2016.
So ini page yang pertama daripada tiga ratus enam puluh enam page yang akan kita lalui. 
Buang yang keruh lagi berkarat, kita ambil yang jernih.
Dan kita corakkan page hari ni dan seterusnya dengan kaler yang warna warni avoid kaler hitam jauh jauh, k.

Buat warga 4 biruni sekalian walaupun kalian tak membaca.
Tahun depan upps i mean tahun ni kita satu kelas lagi. Muahaha. *Gelak jahat.*
So jadi, moga terus bertahan menghadap muka saya ye ehh haha. Kita rakam memori indah banyak banyak sampai full memori card usb dslr laptop banyak. Tahun last ye dak ? 
Kita strive sama sama. Jatuh tergolek sama sama. Pastu lap luka each other sama sama. Pastu bangkit sama sama. Seia sekata sehati sejiwa serentak senada sepadu.
Dan kita ambik slip result espiem sebelas a pluss pluss sama sama yer?
Ha, lagi satu. Jangan ponteng kelas add math ye kawan kawan.

* jangan cari mana saya dalam gambar sebab memang takde haha *


Buat tenjiyun yang ku sayang sangat sangat dari hati. 
Ni kena taip panjang panjang walaupun tak ramai yang baca.
Tahun depan kita dahh senior k, senior. Maka jangan ingat diri tu dah besar sebab ada yang lagi besar k. Ada cikgu ada mak cik pak cik guard ada pak cik tukang kebun ramai lagi lah kalau nak disebut.
Sayang junior. Kalau mindset kita junior dicipta untuk menghormati, maka senior pulak dicipta untuk menyayangi. Dan jangan expect kita akan dihormati kalau kita sendiri tak menyayangi.
Tahun depan nak espiem. Tak boleh nak huhahuha loncat sana sini sangat. Kita serius kena sama sama be matured sikit. Haha
Bantu membantu each other lagi lagi dalam akademik. Sebab tu ada istilah sahabat. Untuk saling melengkapi kekurangan each other.
Jaga sahsiah. Kata nak dapat golden batch kan kan?
Support segala kepimpinan yang ada baik sebesar besar ketua penolong ketua umum, ketua penolng ketua bashar, ketua penolong ketua batch, ps prs koop ketua dorm ketua koko sampailah sekecik kecik ketua kumpulan time presentation assignment bagai. Sebab they need support, kekuatan. Dan kekuatan tu datang dari kita. Jangan memberontak each time ada peraturan baru sebab peraturan tulah yang buat kita jadi diri kita sekarang.
Rakam memori indah banyak banyak sama sama tau. And kalau nak bergambar, jangan lupa ajak sekali hahaha.
Lagu kita. Ikrar kita. Doa kita. Cheers kita. Hayati masuk dalam hati.
Buktikan pada semua yang kita tenji kaizen boleh dapat result kaler terbang tinggi sampai langit. Jadi batch yang complete tip top ohsem pohsem akademik sahsiah kokurikulum semua lahh.



Buat makcik pakcik dm, we will be meeting often. Haha. Selamat bekerja bersama ehh.
Buat kucing kucing dm, jangan nakal nakal duk panjat meja orang time orang tengah makan. Behave sikit tahun baru ni.


Buat bloggers dan readers sekalian. Maaf atas kesilapan penggunaan kata, kesilapan tatabahasa sepanjang saya menulis. Kalau tersombong ke ehe saya ni pemalu orangnya.
Teruskan usaha menulis.
Jadikan blog ni satu medan kita share ilmu, share pengalaman dengan orang.


Dont wait for someone to bring you flowers.

Plant your own garden and decorate your own soul.

Satu je harapan.
Moga diri ni jadi lebih baik.
Dan moga tahun ni lebih baik dari tahun tahun sebelumnya.
K, done.
Berat hati nak balik asrama esok. Hmm.




" Infiru Khifafan Wa Tsiqalan"

Berangkatlah kamu sama ada berat ataupun ringan. :)



Off to gopeng.
Adios. Assalamualaikum. 


7 conteng-conteng:

Azura Madi said...

Good luck Spm :)

Azura Madi said...

Good luck Spm :)

nabila azmi said...

Selamat tahun baru juga...moga Allah mudahkan ♥

Farhana Zukri said...

selamat tahun baru :)

cci said...

betul dear... jadikan tahun yg baru ni.. menjadikan kita sebagai manusiaa yg lbih baik dr sebelumnyaa.. inshaallah... gud luck k SPM

May said...

Visiting here...and happy new year!

Zizie Zack said...

hahaha.. semua ada sekali dengan mak cim Dm.. kekeke...