08 February 2016

Hypegiaphobia.





Time flies.
Kalau kita tak naik aeroplane, kita tak akan dapat mengejar masa.
Tapi kalau naik aeroplane sekalipun, belum tentu kita dapat kejar masa.


Macam tak percaya. Dah sebulan balik sekolah. Dah sebulan jadi form 5. Dah sebulan jadi senior. Dah sebulan hidup dengan vektor dan janjang geometri.
Dan dah sebulan hidup bernafas dalam dunia kesibukan that really needs me to be tough upside down luar dalam mental fizikal.

Rutin aku,  memang dah jadi benda yang sangat boleh aku hafal.
Bangun pagi, kena cepat cepat bersiap. Sebab apa? Sebab aku ajk dewan makan dan tugas aku, kosongkan dewan makan. Kadang kadang awal pagi pun aku dah start tension bila mana aku dipaksa pakai blazer dengan tudung tetiba kembung sana sini gelebeh sana gelebeh sini urgh i really hate the blazer. Pastu belajar, rehat, belajar balik, solat tengahhari. makan. prep. solat asar. Dan tiba masa yang paling aku benci. Masa riadah. Disebabkan aku ni bukanlah manusia yang ada semangat kesukanan yang tinggi menggunung everest, jadi bila dengar perkataan riadah je I be like telinga bernanah, mulut terketar ketar, hidung jadi merah. Dan aku terbersin.

Hachumm.

K, sambung balik.

Bila dah habis je riadah dan muqabalah (note: muqabalah is perjumpaan dengan adik adik form 1 sampai form 3), aku kena rushing pergi dewan makan buat announcement suruh masuk dewan makan untuk makan malam. Haha, chemical bond aku dengan dewan makan memang kuat sampai masyarakat dewan makan dari segenap lapisan umur semuanya kenal aku. Then, night after prep aku terpaksa stay up either doing homework ataupun buat keceriaan dorm ataupun isi borang kualiti makanan dewan makan. See? Dewan makan lagi. Dan hari jumaat will be kelam kabut yang teramat bila mana otak terpaksa ligat berfikir untuk aktiviti program kalamunnisa (note: kalamunnisa is program untuk pelajar muslimat when the muslimin pergi solat jumaat)

And this rutin goes on.
Berulang dan berpusing macam roda.


This year, this one short little month, terlalu banyak keluhan yang aku dah lepaskan. Terlalu banyak kali aku menangis sebab tension dan penat yang tak berkesudahan dan terlalu banyak kali jugak aku bertukar jadi raksasa hulk kaler ungu dan yang jadi mangsa keraksasaan aku adalah kawan dan adek adek dorm sekalian. Haha betul kesian mereka.

Dan aku jadi hypegiaphobia.
Haha, binatang apa tu.
Hypegiaphobia ni sejenis fear, fear of responsibility.
Ye, aku jadi takut dengan bebanan tugas. Aku jadi takut nak hadapi kepenatan dalam masa menjalankan tugas.

Dan akhirnya pada satu tahap, aku tersedar. Aku malu. Malu dengan Allah. Serius.
Malu sebab terlalu banyak merungut seolah olah aku tak bersyukur dengan segala peluang yang aku ada untuk jadi seorang pemimpin. Malu sebab segala macam jawatan yang aku pegang, aku laksanakan dengan penuh culas dan malas. Malu sangat sangat. Kalau tutup muka dengan baldi sekalipun takkan mampu menutup rasa malu ni.

Dan ada satu lagi yang aku baru tersedar.Something yang buat aku bangkit dari kelemahan yang aku cipta sendiri. 'Allah takkan bebani seseorang itu melainkan dengan kesanggupannya.' Tu Allah kata bukan aku. Haha, aku mampu je sebenarnya, aku kuat.Aku mampu laksanakan tugas, tu yang Allah bagi aku jawatan ni semua. Cuma mind set aku yang lembik ni je yang menjadikan aku lembik selembik lembiknya. Mindset yang lemah.

Kesudahannya, sejak dari tu, aku kini dah mampu untuk adapt dengan life baru sebagai seorang fivers. Haha the end.


Cehh, entri punya panjang tapi pointnya tak dapat dikesan haha. Mohon maaf ye semua orang, entri ni ditulis cuma untuk share pengalaman hidup jadi seorang form five pluss nak lepaskan rindu dalam hati yang teringin nak menaip. Harap maafkan saya atas segala pembaziran waktu yang telah anda lakukan, ye?

Nasihat buat semua, cherish every moment yang kita lalui dalam hidup. Sebab every single moment yang kita lalui ni lah yang akan jadi pengalaman yang sangat bermakna dalam hidup kita.

"Beruntunglah orang yang hari ini lebih baik dari semalam, rugilah orang yang sama keadaannyahari ini dengan semalam dan celakalah orang yang hari ini lebih teruk dari semalam."
-Saidina Ali.


Jadi senior seronok kot. Boleh buli adik adik.
Haha, gurau k. Gurau.





1 conteng-conteng:

tashira said...

kalau sy dari form 1 sampai form 6 jadi ketua/penolong kelas. ditambah lagi dgn jadi pengerusi 2 buah kelab. mmg gila ah. tapi best. enjoy je rasanya. takperlu mengeluh. lama2 nanti suka juga dgn semua tanggungjawab tu. trust me :) hehe