20 March 2017

.

Image result for heart tumblr photography

hati.
pernah terfikir ,
" betul ke hati bentuk love ? kenapa hati bentuk love ? kenapa bukan bulat, petak ataupun bintang? "
" kenapa hati kaler merah, kenapa bukan kaler hijau "
" ataupun biru "
" atau hitam mungkin."

k, abaikan.


rindu. 
bila jauh, hati mula rindu, terkenang kenang. terbayang bayang. terigau igau. kau mula rindu. rindu existence seseorang. rindu memori. bila rindu, semua jadi tak kena. makan tak basah, mandi tak kenyang. tidur masih lena hahaha. bila rindu, kau susah nak tafsir what is exactly you are feeling. hati akan rasa something feeling kosong, feeling yang entahlah susah nak cakap, dia kena rasa sendiri. kalau kau tulis perkataan rindu besar besar atas kertas dan kau padam, rindu tu masih takkan hilang. kau tengok gambar puaspuas sekalipun, rindu tu masih taknak ganjak ke kiri atau kanan. satu je yang boleh buat rasa rindu tu hilang. existence of that person depan mata kau atau putar balik masa dan duduk di situ, di saat dan tempat yang kau rindu tu sampai bilabila.

sayang.
bila sebut rindu, mesti akan relate dengan sayang. sebab apa? sebab kita akan rindu pada orang yang kita sayang, yang dah jejak masuk dalam hati. emm, tapi boleh jadi jugak kita rindu kat orang yang kita benci mungkin. rindu nak gaduh, pijak kasut, tarik tudung, jeling menjeling. tapi mostly, bila kita rindu, mesti sebab kita dah mula sayang, kan?emm macammana boleh wujud rasa sayang? haha, ni masing masing takkan mampu jawab. kita tak pilih siapa yang kita sayang. kita tak pilih untuk sayang orang yang muka dia bujur sirih, kurus macam lidi, tinggi macam galah. tak. kita tak pilih untuk sayang pada orang yang hanya belanja kita cheesecake hari hari. rasa sayang tu akan wujud bila Allah campak, tanpa bagi signal. it is never predictable dan expectable. 

jatuh hati. 
akan wujud satu masa, hati kau terjatuh. dush. lain orang lain cara hatinya terjatuh. ada orang jatuh hati bila ada pangeran datang selamatkan time tengah terjatuh basikal kat taman permainan di petang redup. ada orang jatuh bila terlanggar someone, kertas assignment bertaburan dan time tu jugak hati gedik gedik nak terjatuh. mungkin kau jatuh hati pada rupanya yang tenang mata memandang.mungkin juga pada akhlaknya yang pijak semut tak mati. atau mungkin pada suaranya time jadi imam solat maghrib, mendayu dayu sampai boleh buat kau lena. fefeeling jatuh hati ni indah, ibarat kau makan gulagula kapas, baru suap masuk mulut dah rasa manis, kunyahkunyah dalam mulut pun manis, dah sampai kerongkong pun masih rasa manis. tapi bila makan banyak boleh kencing manis haha, k perumpamaan tak logik ni haha pedulikan.



k, dah. hentikan segala mimpi mimpi indah anda. mohon balik ke realiti.

rindu, sayang, jatuh hati. semua benda ni relate ngan hati. semuanya soal hati. dan soal hati ni, memang rumit. rumit untuk dibahas. mungkin lebih rumit dari soalan f(x)=0, cari x. mungkin juga lagi rumit dari soalan kira momentum arnab dan kurakura yang sedang berlumba lari, tanpa bagi formula 'momentum= berat x velocity'. lebih rumit dari addmath yang anda fikirkan.

dalam biologi ada belajar, hati ni banyak fungsi. salah satunya detoxification. 
ye, racun, toksik semua akan bersarang dalam hati. and hati jugak tempat berkumpulnya segala macam jenis bahan kumuh. eww, it seems disguisting sebab segala macam moyang tok nenek toksik berkampung kat situ but it does such a noble and great job, kan ? cuba bayang kalau kita takde hati, agak agak kita boleh survive tak?

tapi kan, despite that hati jasmani yang penuh dengan segala toksik, Allah bagi kita satu lagi hati. wah, sounds great kan? hati ni lah namanya hati ruhaniyyah ataupun qalbun. k, belajar vocab arab di situ. hati ni lah yang Allah sebut dalam Al-Quran.kat sini kita boleh belajar, how adil dan penyayangnya Allah kat kita. Allah cipta hati yang penuh sisa toksik plus bahan kumuh, dan Allah ganti dengan satu lagi existence hati, hati yang cukup indah. hati tempat startnya segala fefeeling sayang dan rindu dan kita rasa.



jadi kenapa, kenapa perlu cemari hati dengan segala rasa benci, rasa dengki. kenapa perlu bersungguh nak jadikan hati ruhani kita yang asalnya tempat bermulanya segala fefeeling indah ni, penuh dengan toksik dengki dan racun iri hati. doesn't that seems like you, i mean we, are not feeling granted with all those blessings, with the existence of our pure hearts?

come on kakak. come on abang,
stop all these hatred. bukan ke kita ada rasa sayang dan rindu yang jauh lagi indah?




rasa rindu, sayang, jatuh hati. nothing wrong with all those feelings. cuma yang salah, cara kita letak semua rasa tu.
tak salah, rindu kat kawan kawan yang banyak spend time ngan kita, main masak masak, belajar sama sama, kutuk pakcik dm sama sama ups.
tak salah. rindu kat classmates yang banyak buat kerja gila sama sama, membahan sama sama.
tak salah. jatuh hati pada someone yang dah terketuk pintu hati kita. its just fitrah, normal kan?
cuma, it's where those feelings are supposed to be. 
sebab tu Allah cipta doa. sebab doa tu penghubung. penghubung dua hati yang saling rindu, yang saling sayang dan yang saling jatuh hati. salurkan feeling indah tu ke tempat yang indah, and it will be super indah.

nak rasa rindu yang dibalas? sayang yang dibalas? jatuh hati yang dibalas?
rindu lah pada yang mencipta rindu. sayang lah pada yang mencipta rasa sayang. dan jatuh hatilah pada yang mencipta feeling jatuh hati.
kita belajar, k.



salam rindu dari saya. untuk yang rindu saya, saya juga rindu anda. untuk yang tak rindu, jangan risau saya masih rindu anda.
maaf, saya sukar move on dari kalian.



"Dia mengetahui apa yang ada di langit dan di bumi dan mengetahui segala apa yang kamu rahsiakan dan yang kamu nyatakan. Dan Allah Maha Mengetahui segala isi hati."
[ At-Taghaabun:4 ]


14 January 2017

Teacher and teaching.

Line yang akhir-akhir ni menyiput. ku gagahkan jugak menaip. heh.


Throwback zaman dulu dulu, paling tak suka bila dapat soalan 'cita cita nak jadi apa?' aigoo macam takde soalan lain dalam dunia ni. sebabnya, i'm not the one yang bercita cita dan berwawasan 2020 eheh. and so, nak selamat, my answer would always be 'cikgu' haha definitely. sebab time kecik kecik dulu tak pernah pergi pelantar minyak tengok engineer korek minyak, tak pernah jugak pergi hospital tengok doktor rawat patient. so, jawapan paling selamat adalah nak jadi cikgu, konon nak didik anak bangsa. yeah.

bila dah makin besar, makin nampak sinar masa depan, my ambition keep on changing. nak buat bakery, nak jadi penulis novel lah paling parah nak jadi pesyen designer. haha, ingat lagi dulu dulu ada satu buku special untuk rekaan baju baju, baju kerja lah baju dinner, baju jalan jalan. omoo, sumpah kanak kanak semua tu. makin besar, tetiba rasa macam nak jadi doktor. dengan adanya buku diagnosis dan drama korea descendants of the sun sebagai perangsang, my azam nak jadi doktor makin lama makin kuat. and being a teacher was never on the list.

sampailah tiba tiba, mood seorang pelajar lepasan spm ni terganggu bila mak tiba tiba bagitau aku dapat part time job jadi cikgu. and i be like WHAT? AKU? CIKGU?


haha, chances datang bergolek golek. i got an offer. not really AN offer, but two offers. jadi ustazah ganti kat sekolah agama tempat aku belajar dulu for about three days dan jugak jadi cikgu tuisyen hari sabtu ngan ahad. huh.

i got the chance mengajar dalam dua tempat yang surroundingnya sangatlah beza.
hari first kat sekolah agama tu, tak masuk kelas pun cuma uruskan pendaftaran bla bla bla and so on. malas nak cerita panjang. and the second day, kena mengajar. fuh, tarik nafas panjang. first class that i enter, kelas darjah dua. masuk masuk, Allahu. Ramai betul budak, dalam dekat 50 orang. Cammana nak handle ni. Hampir setengah jam i take time nak ambik kehadiran. Dengan bisingnya masyaAllah. only Allah knows.

' ustazah, kenapa suara ustazah perlahan sangat?'
" ustazah sakit tekak lah hari ni. uhuk." sumpah ayat coverline padahal memang suara perlahan.

' ustazah, ada orang kata ustazah cantik.' okey, yang ni aku senyum lebar. haha.

' ustazah, muka ustazah macam budak budak lah.' heh.

' ustazah, ustazah dah kahwin ke?' okey, ni paling win. muka ni ada macam muka bini orang ke. haih, nasib lah budak budak.
and it was such a relieve, sebab aku cuma mengajar selama tiga hari.



masuk hari ni, dah kira dua minggu aku mengajar kat tempat tuisyen. it was not that bad at all. suasana kondusif, budak budak pun tak berapa nak ramai, sesuai lah dengan jiwa nurani dan suara yang hidup segan mati tak mahu ni. haha. challenges? memang banyak. sebab first, dah lama tinggalkan syllabus kanak kanak darjah dua tiga, terpaksa selak balik dictionary bergambar, nak tengok vocab yang sesuai dengan level diorang. nak revise balik kata nama am, khas, proper noun common noun. even nampak macam such a simple thing ajar bahasa melayu ngan english kanak kanak ni, tapi to me yang baru 18 tahun hidup kat bumi ni, satu task yang sangat challenging bagi aku.

"okey, korang tahu tak apa maksud 'like'?"
'tak tahu.'

"maksud girl?"
'tak tahu.'

"apani takkan semua tak tahu kot?"
'tak tau~~'

haha sabar je layan budak budak ni. but to me, its okay kalau diorang tak tahu baca, tak tahu nak menulis membaca sekalipun, as long as mereka masih hormat seorang cikgu, dan paling penting as long as they have the urge untuk belajar benda benda baru, i will be really happy untuk ajar diorang.

dan ekceli, banyak sangat benda yang aku dapat belajar daripada kanak kanak ni. especially yang nakal nakal tu. diorang ni tak nakal pun sebenarnya. diorang just need some attentions dari kita tu je. bila kita acah acah merajuk tak nak layan dengan budak budak nakal ni, automatik, diorang akan jadi baik srs. sebab hati kecik diorang yang lembut tu sangat mudah tersentuh.
and those kids, diorang cuma kain putih. kita yang buat jadi hitam, kelabu dan pelangi. sebab they tend to follow us, yang dah besar tua bangka ni. so we, its us yang should be a qudwah, a good example to them.

and buat yang bergelar cikgu, saya sungguh respect kalian yang sungguh tabah sebab seorang guru bukan hanya mengajar, tapi mendidik. teruskan usaha, ganjaran yang besar buat kalian yang ikhlas.
tapi srs, i wont be a teacher, sebab tanggungjawab tu, berat.

Jika bertemu dengan kanak kanak, ingatlah bahawa kanak kanak itu lebih mulia daripada kita
kerana kanak kanak ini belum banyak melakukan dosa daripada kita.
-imam ghazali


'cikgu, cikgu taknak mengajar kat sekolah agama dah ke?'
"tak nak, korang bising. cikgu tak suka ajar bising bising. cikgu merajuk."


haha, they are just too kiut.
and i just fell in love with them. :)



01 January 2017

Page one.


Free new year images 2017 and pictures to post on Facebook,whatsapp,pinterest,Instagram and Twitter to wish all your friends and family members.These happy new year 2017 images download are best for your boyfriend,girlfriend,lover,cousin and neighbors to wish a grand start and to follow the resolutions for betterment of their lives.:

Bismillah.

So this is how i start my first writing here. Hello earthlings. Eheh. So, basically here we are in the first day of another year, 2017. As for me, i just couldn't really believe that i'm currently in the new year as when I woke up from my sleep, masyaAllah it's just somehow another dull yet boring-lame-regular day. huh.

So, for this new year, i decided to change the look of my blog. tadaa. it was just a simple design- i only change the header and the background, as i don't really remember about those coding, and i'm very afraid that this old blog would go rest in peace if i stubbornly keep doing it. And i also decided to change the blog title, princess diary is a childish name and i couldn't find any other name, so i just named this blog 'A note to self' for some reasons that i couldn't figure out. haha

Honestly, my english sucks. Haha, mesti rasa pelik kan tetiba rasa 'ehh dah kenapa tetiba cakap bahasa orang putih ni haha.' Well, actually i'm not the one who just came back from overseas or whatever. Cuma, kecelaruan identity makes me take this kind of action. Sebenarnya, the thing that always lingers in my mind, adalah penggunaan kata ganti diri, what should i really bahasakan diri dalam blog. Rasa macam nak guna 'saya', tapi emm emm tak biasalah. Nak guna 'aku', rasa macam kasar sangat, nak guna 'puteri' macam ya Allah perasan apa dia ni. So, instead of having this prob, i decided to use english, as i only have to use 'i' as kata ganti diri haha, but not fully english as well, karang orang tak faham pulak pejadah yang aku cakap, duk broken sana sini. Bak kata orang tua tua, di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung dan takkan hilang melayu di dunia. K, stop babbling.

People shouldn't dwell on the past. Its enough to try your best in all that you're doing right now.
Basically takde apa pun nak tulis. Cuma nak lepas gian tulis kat blog. Haha, ekceli banyak sangat benda nak taip, but suddenly semua macam poof hilang tiba-tiba. haha, nanti mulalah nak tidur nanti segala macam tok nenek idea nak keluar, haih memang kacau orang nak tidur.

A bunch of apology to those who are reading, tapi rasa macam haih baik aku pergi tanak nasi ke, bagi ayam makan ke. Maaf yang teramat.


Jadi, buat adik adik yang start sekolah esok, selamat belajar. Jaga sekolah anda sebaiknya.

Buat spm graduaters, selamat ambik lesen, selamat bekerja sambilan, selamat menganggur goyang kaki goyang dumang dan selamat menjalani apa saja yang anda sedang lakukan.

Buat para penjawat awam ehh betul ke, para ibu bapa yang bekerja, para cikgu, doktor mekanik, engineer dan macam macam lagi, selamat bekerja. luruskan nawaitu anda, bekerja kerana Allah. Tabahkan hati, kentalkan minda. Anda sangat hebat.

Buat pemimpin negara, moga pimpin negara di jalan yang benar.

Buat siapa saja yang sedang melakukan apa sahaja, sentiasa buat yang terbaik, k.

" Dialah yang telah mentakdirkan adanya mati dan hidup (kamu) untuk menguji dan menzahirkan kamu; siapakah diantara kamu yang lebih baik amalnya; dan Ia Maha Kuasa (membalas amal kamu), lagi Maha Pengampun. [Al-Mulk :2]


Baru sedar dah lapan belas tahun. mohon jadi matang, ye.