14 January 2017

Teacher and teaching.

Line yang akhir-akhir ni menyiput. ku gagahkan jugak menaip. heh.


Throwback zaman dulu dulu, paling tak suka bila dapat soalan 'cita cita nak jadi apa?' aigoo macam takde soalan lain dalam dunia ni. sebabnya, i'm not the one yang bercita cita dan berwawasan 2020 eheh. and so, nak selamat, my answer would always be 'cikgu' haha definitely. sebab time kecik kecik dulu tak pernah pergi pelantar minyak tengok engineer korek minyak, tak pernah jugak pergi hospital tengok doktor rawat patient. so, jawapan paling selamat adalah nak jadi cikgu, konon nak didik anak bangsa. yeah.

bila dah makin besar, makin nampak sinar masa depan, my ambition keep on changing. nak buat bakery, nak jadi penulis novel lah paling parah nak jadi pesyen designer. haha, ingat lagi dulu dulu ada satu buku special untuk rekaan baju baju, baju kerja lah baju dinner, baju jalan jalan. omoo, sumpah kanak kanak semua tu. makin besar, tetiba rasa macam nak jadi doktor. dengan adanya buku diagnosis dan drama korea descendants of the sun sebagai perangsang, my azam nak jadi doktor makin lama makin kuat. and being a teacher was never on the list.

sampailah tiba tiba, mood seorang pelajar lepasan spm ni terganggu bila mak tiba tiba bagitau aku dapat part time job jadi cikgu. and i be like WHAT? AKU? CIKGU?


haha, chances datang bergolek golek. i got an offer. not really AN offer, but two offers. jadi ustazah ganti kat sekolah agama tempat aku belajar dulu for about three days dan jugak jadi cikgu tuisyen hari sabtu ngan ahad. huh.

i got the chance mengajar dalam dua tempat yang surroundingnya sangatlah beza.
hari first kat sekolah agama tu, tak masuk kelas pun cuma uruskan pendaftaran bla bla bla and so on. malas nak cerita panjang. and the second day, kena mengajar. fuh, tarik nafas panjang. first class that i enter, kelas darjah dua. masuk masuk, Allahu. Ramai betul budak, dalam dekat 50 orang. Cammana nak handle ni. Hampir setengah jam i take time nak ambik kehadiran. Dengan bisingnya masyaAllah. only Allah knows.

' ustazah, kenapa suara ustazah perlahan sangat?'
" ustazah sakit tekak lah hari ni. uhuk." sumpah ayat coverline padahal memang suara perlahan.

' ustazah, ada orang kata ustazah cantik.' okey, yang ni aku senyum lebar. haha.

' ustazah, muka ustazah macam budak budak lah.' heh.

' ustazah, ustazah dah kahwin ke?' okey, ni paling win. muka ni ada macam muka bini orang ke. haih, nasib lah budak budak.
and it was such a relieve, sebab aku cuma mengajar selama tiga hari.



masuk hari ni, dah kira dua minggu aku mengajar kat tempat tuisyen. it was not that bad at all. suasana kondusif, budak budak pun tak berapa nak ramai, sesuai lah dengan jiwa nurani dan suara yang hidup segan mati tak mahu ni. haha. challenges? memang banyak. sebab first, dah lama tinggalkan syllabus kanak kanak darjah dua tiga, terpaksa selak balik dictionary bergambar, nak tengok vocab yang sesuai dengan level diorang. nak revise balik kata nama am, khas, proper noun common noun. even nampak macam such a simple thing ajar bahasa melayu ngan english kanak kanak ni, tapi to me yang baru 18 tahun hidup kat bumi ni, satu task yang sangat challenging bagi aku.

"okey, korang tahu tak apa maksud 'like'?"
'tak tahu.'

"maksud girl?"
'tak tahu.'

"apani takkan semua tak tahu kot?"
'tak tau~~'

haha sabar je layan budak budak ni. but to me, its okay kalau diorang tak tahu baca, tak tahu nak menulis membaca sekalipun, as long as mereka masih hormat seorang cikgu, dan paling penting as long as they have the urge untuk belajar benda benda baru, i will be really happy untuk ajar diorang.

dan ekceli, banyak sangat benda yang aku dapat belajar daripada kanak kanak ni. especially yang nakal nakal tu. diorang ni tak nakal pun sebenarnya. diorang just need some attentions dari kita tu je. bila kita acah acah merajuk tak nak layan dengan budak budak nakal ni, automatik, diorang akan jadi baik srs. sebab hati kecik diorang yang lembut tu sangat mudah tersentuh.
and those kids, diorang cuma kain putih. kita yang buat jadi hitam, kelabu dan pelangi. sebab they tend to follow us, yang dah besar tua bangka ni. so we, its us yang should be a qudwah, a good example to them.

and buat yang bergelar cikgu, saya sungguh respect kalian yang sungguh tabah sebab seorang guru bukan hanya mengajar, tapi mendidik. teruskan usaha, ganjaran yang besar buat kalian yang ikhlas.
tapi srs, i wont be a teacher, sebab tanggungjawab tu, berat.

Jika bertemu dengan kanak kanak, ingatlah bahawa kanak kanak itu lebih mulia daripada kita
kerana kanak kanak ini belum banyak melakukan dosa daripada kita.
-imam ghazali


'cikgu, cikgu taknak mengajar kat sekolah agama dah ke?'
"tak nak, korang bising. cikgu tak suka ajar bising bising. cikgu merajuk."


haha, they are just too kiut.
and i just fell in love with them. :)



1 conteng-conteng:

Izzhar Hamdan said...

fuh cikgu dia sekarangg