31 May 2012

ais + susu = aiskrim???

hai semua... korang semua sihat??? *krik2.... * bagus2!!

hari panas macam ni kan best kalau ada aiskrim... slurpp... meleleh air liur bila tengok aiskrim.... ok2... dalam entry hari ni saya nak ceritakan serba sedikit tentang sejarah aiskrim....setelah puas mengusha2 maklumat dari mr goooooogle ni akhirnya jumpa la sejarah aiskrim ni... kat sini saya jumpa ada 2 sejarah berlainan tentang aiskrim ni, tak tahulah mana satu yang betul... korang tak sabar nak tau sejarah aiskrim?? jom, kita terjah untuk satu kepastian!! (ada gaya nas ahmad tak?? )

SEJARAH 1....
Aiskrim mula dicipta kira2 200 tahun yang lalu oleh bangsa cina. pada masaitu, mereka membuat aiskrim menggunakan salji dan campuran nasi dan susu... wah... cuba bayangkan korang tengah makan salji... Maharaja China ketika itu, Tang Shang merupakan manusia pertama yg menjadikan aiskrim sebagai santapannya. Beliau pernah mengarah 94 orang lelaki semata2 untuk membuat aiskrim untuknya... ish2...
bahan yg mereka gunakan ialah tepung, kapur barus dan campuran susu lembu...

Marco Polo, seorang pengembara Itali melihat aiskrim dihasilkan di China. dan sekembalinya dia ke Itali, dia pun memperkenalkan aiskrim kepada rakyat Itali termasuk maharaja Rom.

sumber: sini

SEJARAH 2...
Orang yang mula2 menemui cara membuat aiskrim ialah Gerald Tissain dalam tahun 1620

sumber: sini

menarik kan?? okey, sekarang ni jom kita tengok fakta2 menarik tentang aiskrim.....
 aiskrim mula dihasilkan pada tahun 1600
 makanan yang sering dihidangkan kepada golongan diraja khususnya di England
 Thomas Jefferson merupakan orang pertama yg mempunyai resepi pembuatan aiskrim vanila pada masa dahulu
 Pada tahun 1847 Nancy Johnson telah mencipta kejayaan dengan mencipta mesin pembuat aiskrim yang dikenali sebagai (Hand-Crank) namun kemudin dia menjual hasil ciptaannya yang diberi nama " Johnson Paten Ice Cream Freezer" kepada William Young.
  Pada tahun 1851 Jacob Fussell telah menjadikan penghasilan aiskrim sebagai satu industri terbesar di Amerika Syarikat.
 Pada tahun 1984 Amerika Syarikat telah mewujudkan BULAN AISKRIM KEBANGSAAN yang disambut pada bulan julai setiap tahun.
sumber: sini
hmmm... rasanya ini je kot yang saya nak share hari ni... perut ni tengah berkeroncong meminta aiskrim... tapi nak buat macammana aiskrimnya takde kat sini.... takpe2... tengok gambar pun jadilah... kepada korang yang bakal menikmati aiskrim nanti, selamat menjamu selera tau!!! sebelum menjamu selera, jom kita jamu mata dulu tengok aiskrim yg sedap2 ni.....
  
sedapnya...
 
yang mana satu pilihan anda???
 
 
sedapnya.....

~dah abis dah~












30 May 2012

wordless ~2

disebabkan hari ni saya rasa bosan, saya punambil keputusan untuk main game papa's pancakeria ni... jom tengok saya main...



teringin pulak nak jadi pengusaha kedai pancake... hihi...



siapa2 yg rasa nak main game ni, bolehla klik link kat atas tu yerk!!

~dah abis dah~





29 May 2012

segmen 2: 6 perkara tentang saya...

hari ni saya nak join satu segmen oleh cik kina... nak tau apa segmennya??? jeng... jeng....
segmen 6 perkara tentang anda!!!

tengok banner pun dah excited kan??? belum lagi tengok syarat2 nye.... jom tengok!!!
kalau nak lagi jelas tengok kat blog cik kina tau!!

okey, jom kita mulakan.....

6 PERKARA TENTANG DIRI SAYA!!!
sangat suka dgn warna purple
purple adalah warna yg sgt2 saya suka... tak taulah kenapa... kalau boleh saya nak semua barang2 saya warna purple... baru la comel....

 seorang yg sangat suka makan
jangan ingat saya ni kecik saya tak kuat makan.... tapi hakikatya, saya sgt kuat makan.. tapi saya pun tak faham kenapa badan saya ni tak nak gemuk2 jugak... agaknya dah terlampau banyak cacing kot kat dalam badan ni....

suka tengok bintang
jujur saya akui yg saya sgt2 suka tengok bintang... kadang2 kat asrama tu dlm perjalanan nak pergi surau, saya suka tengok bintang... bintang boleh buat saya tenang...

gila novel
orang lain mungkin gila bola, tapi saya pulak gila novel... kalau sehari takde novel memang tak sah... kalau takde novel makan pun jadi tak basah, mandi pun tak kenyang... tapi yg peliknya, bila baca uku sejarah, sekejap je dah lentok... ish2.....

pelat....
okey, ni adalah kelemahan saya... saya pelat 'S'.. hihi... tapi tak kesah la org kata apa... saya bangga sbb saya pelat S sbb kekurangan saya ni la yg menjadikan saya ni unik dan...... comel mungkin... hihi

 sangat mudah tersenyum dan sangat mudah menangis...
saya memang sangat2 suka senyum.... senyum tu kan sedekah.... tapi saya akan jadi cepat marah bila ada orang kacau saya buat kerja dan saya juga akan turut menangis bila tengok orang menangis...huhu

apapun, saya adalah saya.... kekal menjadi saya dan takkan boleh jadi orang lain.... kita cuma boleh jadikan  orang lain sebagai contoh untuk menjadi yang lebih baik... just be yourself okay??? selamat berkenalan...

~dah abis dah~









28 May 2012

cuti2 malaysia!!!!

hello and assalamualaikum semua.... lamanya dah tak menaip ni kan??? sampai2 jari ni pun bergetar2 nak menaip ni.... huhu....

anyway, memandangkan semua org sekarang tengah berada dlm mood cuti2 Malaysia, saya ingin ucapkan selamat bercuti ya!!! dan bagi semua yang nak balik ke kampung atau bercuti2 Malaysia, ingatlah pesanan free of charge ni...
PANDU CERMAT JIWA SELAMAT... INGATLAH ORANG YANG TERSAYANG..
ANDA MAMPU MENGUBAHNYA....
saya, karam di laut asam di darat melaporkan bagi pihak TV99...

melalut di tengah malam2 buta ni.....

korang tanya saya bercuti kat mana cuti ni?? hoho, satu soalan yang sgt bagus... semestinya saya akan berhoneymoon puas2 dgn homework yg bertimbun2 ni.... huhu... baru ingat nak cuti rehat ni, tengok2 kerja sekolah menimbun2.. kalah ketinggian gunung everest tau tak???
   VS    

tengok.... kan saya dah cakap... gunung everest yg tinggi tu pun kalah dgn ketinggian homework saya tu...
tapi kan dalam banyak2 homework tu, takde satu pun yg berjaya menambat hati saya sbb yg sekarang di tgh bertakhta di hati saya ialah..... laptop ni dan.....

 
novel hijab sang pencinta dan cinta sufi....

mereka ni lah yg membuatkan mandi saya tak kenyang.. makan pun tak basah.... huhu... sampai termasuk dalam mimpi2 lagi semalam.....

okeylah, kesimpulannya di sini, saya nak ucapkan selamat bercuti2 malaysia untuk korang kat luar sana.... thanks byk2 ye sbb sudi mendengar bebelan dan lalutan saya malam2 buta ni...

~dah abis dah~