10 June 2012

titipan khas untuk korang...

Puteri Nur Afiqah bt. Megat Abdul Samat
                      Princess Diary,
Jalan New Post,
Taman Dashboard,
00000, Blogger,
Perak Darul Ridzuan.

10 JUN 2012.

     Menemui sahabat2 bloggerku yang dikasihi sekalian... Apa khabar semua? Semoga korang semua sihat2 sejahtera disamping blog2 korang yang tersayang. Saya di sini pun sihat sejahtera disamping 'princess diary' yang tercinta.

Blogger2 yang comel2 sekalian,
    Tujuan saya menulis surat ini adalah utuk mengucapkan terima kasih kepada korang semua kerana telah sudi memeriahkan cuti sekolah ini. Terima kasih kepada korang sebab sudi membaca dan mengomen entry2 saya yang kadang2 merapu dan merepek tu. Terima kasih juga saya ucapkan kepada korang yang sudi menjerit terlalak2 dekat shoutbox saya tu. Terima kasih juga kerana telah sudi memenuhkan dashboard saya dengan entry2 korang yang meletup sampai habis dashboard saya hangus.Teima kasih juga kepada semua yang sudi meng'follow' saya.. Kenapa tiba2 saya rasa macam artis yang bagi ucapan sebab menang anugerah bintang paling popular ni? huhu.. Kesimpulannya, bertrillion2 terima kasih saya ucapkan kepada korang semua.jasamu dikenang..

    Mesti korang semua tertanya2 kenapa tiba2 saya menulis se'syahdu' ini kan? Rasanya mungkin ramai yang dah tahu bahawa cuti sekolah sudah sampai ke penghujungnya.. Dan bila cuti sekolah dah habis, mestilah saya kena balik I-Gop yang tercinta tu. huwaa... Tak sanggup rasanya nak tinggalkan princess diary ni... namun, apakan daya saya... huhuhuhu

Blogger2 yang baik hati sekalian,
    Saya dengan rasa rendah dirinya ingin memohon ihsan dan bantuan blogger2 sekalian untuk menjaga princess diary ni sepanjang 6 minggu saya tiada di rumah. Pastikan korang berikan makanan yang secukupnya pada princess diary ini dan menu yang mesti ada ialah kentang goreng ya... nyum2.... Janganlah korang jemu2 untuk singgah di blog saya walaupun hanya ada habuk yang boleh ditatap. Kalau boleh tolong bersihkan habuk tu ya...

    Akhir kata, saya ingin menyusun 20 jari tangan dan kaki andai ada kesilapan dan kesalahan sepanjang 2 minggu saya menulis entry. Selamat bersekolah, selamat ber'universiti' dan selamat bekerja saya ucapkan untuk korang semua..

Sahabatmu,
Karam Singh Walia     Puteri Nur Afiqah.


~dah abis dah~
i mean today~




06 June 2012

wordless ~3


Allah did not promise that the way would be easy
but He did promise that
He would be with you
every single step of your life 
as long as you want Him to...

bila kita ditimpa kesusahan, janganlah kita selalu mengeluh.... kerana setiap yang berlaku itu pasti ada hikmahnya... apa yang perlu kita lakukan adalah bertawakkal dan berdoa kepada Allah supaya Allah sentiasa bersama kita dan memudahkan perjalanan hidup kita.....

~dah abis dah~
is this wordless??



04 June 2012

ketawa= kebaikan dan keburukan

hari ni saya nak share pasal kelebihan dan keburukan ketawa....jom kita tengok dulu kelebihan ketawa....

KELEBIHAN KETAWA.....
hilangkan rasa sakit
semasa ketawa, jaringan saraf di otak memberikan rangsangan kimia pada otak dan bahagian2 lain pada badan dan seterusnya memberikan kesan sensitif pada tubuh...
meningkatkan daya tahan tubuh
tertawa juga memulihkan kesihatan. apabila dilakukan sekali dalam sehari dapat menjauhkan kita daripada penyakit.
mencegah pentengkaran 
membuat orang lebih kreatif dan inovatif
tertawa boleh membuatkan orang bersemangat dan berada dalam keadaan mood yang baik. kegembiraan dapat mempengaruhi kerja otak seseorang hingga mampu mengatasi masalah yang memerlukan daya fikir dan inovasi. orang yang gembira dapata menerima informasi dengan lebih baik dan lebih kreatif dalam bekerja...
 meningkatkan minat belajar
humor mampu digunakan sebagai alat untuk meningkatkan minat belajar
 vitamin anti tekanan
humor dalam psikoterapi berguna untuk mengatais kecemasan dan kemarahan, memperkuatkan keperibadian dan meningkatkan motivasi. ketawa juga merupakan senjata paling ampuh untuk mengurangkan tekanan..
sumber: fokus SPM bil 91

namun, ketawa secara berlebihan jugak mempunyai banyak keburukan.. antaranya....

KEBURUKAN KETAWA....
membawa kepada beku dan hati mati
mengurangkan rasa takut kepada Allah, maka kuranglah taatnya
melalaikan daripada mengingati mati
sumber: sini

so, kesimpulannya kat sini.. kita boleh ketawa tapi jangan berlebihan.... sabda rasulullah....


sebaiknya, kita ketawalah mengikut cara rasulullah....



~dah abis dah~
p/s: tengah pening memikirkan folio sivik yang tak siap2 lagi...
ada sesiapa boleh tolong bagi tau definisi khidmat masyarakat
dan contoh khidmat masyarakat selain bergotong royong??




03 June 2012

Segmen : Pencarian Blogger Follower Bawah 500

hari ni nak join segmen miss z... ni banner segmen ni...
miss Z berceloteh

segmen ni terbuka untuk blogger yang mempunyai followers kurang daripada 500... kalau korang rasa korang menepati syarat dan berminat nak join, picit banner kat ats tu yerk...

bilangan followers saya: 423

jom join ramai2... tarikh tutup segmen ni ialah pada 12 Jun 2012...


~dah abis dah~



02 June 2012

jom hilangkan stress!!

mesti ramai yg sekarang ni tengah rasa stress kan?? terutamanya bagi murid2 sekolah yg dibekalkan dgn homework yg bertimbun2 tu... hmmm... nak tau cara yg unik untuk menghilangkan stress??? jom.. let's check it out!!

6 CARA UNIK HILANGKAN STRESS... (kredit to fokus SPM bil 92)
menjerit...
jeritlah sekuat hati... lepaskan apa yang terbuku dalam hati... tapi pastikan korang bersendirian.. nanti tak pasal2 pulak kena marah dgn mak korang...

menyanyi...
muzik dikatakan mampu meredakan stress.. jadi, korang keluarkanlah bakat menyanyi yang ada pada korang... tak kesahlah kalau suara korang tu macam katak panggil hujan ke, janji stress korang hilang... jangan malu2 tau!!

lakukan sesuatu yg menyenangkan..
contohnya macam menjahit, melukis atau apa2 je yang korang suka buat...

cuba berkebun
cukup dengan sebiji pasu, tanam apa2 je bunga yang korang nak... menanam pokok bunga sememangnya boleh menghilangkan stress...

bermain dengan binatang peliharaan...
menurut kajian yang dibuat di New York, orang yang mempunyai binatang peliharaan jarang stress.. so, lepas ni cepat2 la korang bela binatang peliharaan tau!

saksikan bintang di langit...
yang ni memang saya suka sangat!! luasnya angkasa mampu membuatkan korang berasa takjub dan melupakan seketika stress yang korang rasa... secara tiba2 semua ini akan membuatkan korang lebih bersemangat untukmeneruskan kehidupan...

hope tips yg unik dan simple kat atas ni mampu menghilangkan stress korang... ok, sebelum saya mengundur diri, korang renungkan kata2 kat bawah ni.... jumpa lagi.... jangan stress2 tau and happy blogging....



~dah abis dah~





01 June 2012

jom contohi semut!!!


hari ni saya nak cerita pasal semut...  semut atau dalam bahasa orang putehnya disebut sebagai ant....

mungkin kita anggap makhluk kecil comel ni tak penting dalam kehidupan kita tapi sebenarnya semut menguasai hampir keseluruhan bahagian bumi... semut hanya tidak terdapat di Iceland, Greenland dan Hawaii...hebat kan semut ni?? sebenarnya banyak lagi fakta tentang semut yang kita masih tak tahu... nak tahu?? jom tengok bawah...

FAKTA TENTANG SEMUT..
 semut berasal daripada keluarga Formisidae dan juga termasuk dalam kategori lebah
 terbahagi kepada lebih daripada 12 ribu kelompok
 semut bergerak 24 jam sehari
 kecepatan berjalan semut dibandingkan dgn manusia ialah 0.5 kilometer sejam dgn volume 1/130. kecepatan semut jika dibandingkan manusia ialah 80 kilometer sejam
 semut mampu mengimbangi binatang atau serangga musuh yang bersaiz 5 kali lebih berat daripadanya kecuali lebah, labah2 dan lipan
 semut mampu mengangkat benda 10 kali ganda lebih berat daripadanya
 sarang semut ialah sepanjang 7 kilometer apabila diluruskan

CARA SEMUT BEKERJA
 mula2, mereka melicinkan jalan supaya dapat melaluinya dengan mudah
 jalan itu atau laluan ke sarang untuk membawa pecahan dedaun itu kelihatan seperti lebuh raya yg kecil
 semut peladang (attas) akan berjalan di laluan ini, berlindung di bawah pecahan daun yg besar 
 sikap semut yang saling bantu membantu terbukti apabila semut attas yang sedang melakukan kerja akan ditemani oleh pekerja2 yg lebih kecil yang akan memanjat naik ke atas daunyang dibawa oleh attas untuk memerhati keadaan sekeliling. jika berlaku serangan musuh mereka akan melindungi sahabat mereka walaupun bersaiz kecil..
 dedaun yang dibawa ke sarang akan digunakan sebagai ladang mereka iaitu untuk menanam kulat.
 semut tidak dapat memakan dedaun secara sendiri. jadi, mereka membuat satu longgokan pecahan dedaun selepas mengunyahnya dan kemudian menempatkannya di dalam bilik2 bawah tanah yang berada di dalam sarang
di dalam bilik2 ini mereka menanam kulat di atas daun dan mereka memperoleh makanan daripada pucuk2 kulat yg tumbuh...

sumber: fokus SPM bil 90

hebat kan semut... apa yang perlu kita contohi di sini ialah sikap kerjesama yang diamalkan oleh semut.. sedangkan semut yang tidak mempunyai akal pun boleh mengamalkan nilai2 murni, apatah lagi kita manusia...

so, pesanan akhir daripada cik semut....


~dah abis dah~