23 August 2012

nak berblogging kena ada....

entry pendek ini tidak ada kena mengena dgn yg hidup mahupun yg telah meninggal dunia...

orang kata....
kalau nak berblogging kena ada mentol idea yg tak pernah malap... supaya 24 jam ada je entry kita...

orang kata...
kalau nak berblogging kenalah pandai buat karangan meleret- leret... supaya org yg baca entry kita tak bosan + rasa nak baca lagi entry yg kita tulis...

orang kata.....
nak berblogging kena ada ramai followers... barulah famous sikit...

orang kata....
nak berblogging kena pandai hias blog... biar orang tak berkelip2 tengok blog kita...

orang kata lagi....
nak berblogging kena ada photoshop... nanti nak edit2 kan senang....

saya pulak kata...
kalau nak berblogging kena ada hati yg ikhlas...
bila kita ikhlas, idea menulis akan dtg sendiri... yg selalu fail tulis karangan pun akan jadi pandai menulis....
bila kita ikhlas, mungkin followers tu akan dtg sendiri... tapi, kalau tak ramai followers pun takpe... lebih baik kita ada seorang pembaca setia drpd followers berjuta- jutan...
tak payah hias blog segala bagai... sebab blog simple yg lahir dari hati yg ikhlas akan nmpk cantik di mata org lain..
and tak perlu risau kalau kita takde photoshop, photoscape dgn gimp pun boleh edit gmbr kan??

saya harap saya sudah cukup ikhlas untuk berblogging :)

comelnya die!!!



~dah abis dah~



18 August 2012

tubuh badan kita milik kita??

hai semua... hari ni saya nak sharekan sedikit apa yg saya baca dlm novel 'Syahadah Gadis Ateis' ni... nak tahu tak?? jom baca....

ceritanya begini... ada seorang gadis bernama Rini.. Rini ni seorang gadis Islam tapi dia tak percayakan tuhan... ala, bak kata Rini 'Islam pada nama + IC' je... nak dijadikan cerita, dia ni nak balik kampung kot.. waktu dlm perjalanan balik ke kampung menaiki kereta api atau dlm bahasa omputehnya 'train' dia berjumpalah dgn seorang lelaki yg bernama Nizam...

setelah lama brsmbg dgn Nizam ni, Rini pun tanyalah dekat Nizam ni.... lebih kurang mcm ni lah dialognya...
Rini: kenapa kita perlu menyembah tuhan? sedangkan tubuh badan kita ni semuanya milik kita..

maybe mcm tulah ayatnya... and saya tertarik dgn apa jwpn Nizam... nak tau??

Nizam: cuba awak pejamkan mata awak dan buka balik berulang kali.. boleh tak??
Rini: boleh....
Nizam: cuba awak genggamkan tangan awak dan bukak balik.. boleh??
Rini: mestilah boleh...
Nizam: sekarang, cuba awak hentikan degupan jantung awak selama 10 saat.. boleh tak??
Rini: awak gila ke?? mestilah tak boleh!!
Nizam: maksudnya kat sini, bukan semua tubuh badan kita adalah milik kita... kalau semua tubuh badan kita ni milik kita, dah tentu kita boleh hentikan degupan jantung kita kan? semua organ dlm badan kita ni Allah yg ciptakan.. dan kita pun tak pernah ambil tahu pun bagaimana organ2 ni berfungsi...
Rini: *wordless

Sorry di atas perbezaan ayat saya dgn novel + sorry sebab tiada unsur
sastera dalam dialog di atas...

so, apa yg saya nak ckp kat sini ialah kita tak akan dpt melakukan sesuatu tnpa bantuan Allah.. bertawakkallah kpd Allah selepas kita melakukan sesuatu.... jgn ingat semua yg kita miliki ni adalah milik kita sdn. bhd.

okey, lastly... nak keluar topik jap yerk! memandangkan hari ni mungkin hari yg terakhir untuk kita berpuasa.. so, perbanyakkanlah beramal yerk... 



~dah abis dah~




16 August 2012

raya dah nak tiba~

fuhh... dah lama betul saya tak menaip entri..... kesian blog ni dah berhabuk dan bersawang dah... sebenarnya, dah lama sgt nak taip entry tapi mmndgkan mentol idea ni tak nak keluar2 jugak, terbntutla hasrat saya... huhu...

hari ni dah 28 Ramadhan... hurm.... cepat betul masa berlalu kan?? pejamcelik-pejamcelik tak lama lai Ramadhan akan pergi tinggalkan kite... hope Ramadhan korang tahun ni lebih baik drpd tahun sebelumnya...

cuba korang tengok kat korang punya dashboard dan wall fb, mesti byk sgt org yg wish 'selamat hari raya' kan?? memandangkan ramai yg dah wish, saya pun nak nyebok nak wish jugak lah.... di kesempatan ini, saya nak ucapkan selamat menyambut hari raya aidilfitri dan 'selamat makan ketupat dan kuih segala bagai' tu...  bila makan kuih raya tu, ingat saya tau... hihi... kalau ada lebih jgn lupa post tau.... huhu, main2 jer... mkn tu jgn banyak2 sgt, nnti terkolestrol karang, sape yg susah??

lastly, saya nak minta maaf dari hujun kulit kepala smpai ke hujung ibu jari kaki kalau saya byk buat salah sepanjang saya menulis entri dalam blog ni... mungkin entri2 merapu saya ni ada yg mengguris perasaan korang... maafkan yerk... okeylah, sampai sini dulu yerk.. tata-titi-tutu-toto...


ISNIN cari SELASA
nak tanya nampak tak RABU
agar ingatkan KHAMIS
beritahu JUMAAT
supaya tak lupa ingatkan SABTU
yang AHAD dah raya....

~dah abis dah~