28 January 2013

Ish, jangan sombong !

moshi2 semua...


Yeah, ini adalah entri yang terakhir sebelum saya balik asrama.. Cepat, lambai tangan kat saya sekarang !! Babai !

Siapa kat sini sombong, angkat tangan !! *krik krik*.. Bunyi cengkerik di situ.. That means yang korang semua ni tak sombong.. Alhamdulillah~

Korang kenal tak siapa sombong ni sebenarnya ? Tak kenal ? Hurm, takpe- takpe.. Jangan pening pening dan jangan wujudkan bintang- bintang halimunan tu di kepala korang.. Hari ni kita akan kenal dan beramah mesra dengan Incik Sombong ni...

Apa itu sombong ?
Sombong adalah gejala emosi yang merasa diri lebih daripada orang lain, kerana seseorang itu merasa lebih cantik, lebih kaya, lebih berpangkat dan lain- lain. Kalau sombong itu sudah sampai ke tingkat yang lebih tinggi maka sombong itu akan menjadi takbur..

'.... Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang yang sombong dan membanggakan diri..'
( Surah An- Nisaa'- ayat 36 )
Tanda tanda orang yang sombong ? 
 Cepat melahirkan rasa marah
 Suka memotong percakapan orang lain
 Suka bertegang leher
 Nampak di mukanya rasa tidak senang jika orang lain lebih daripadanya
 Bercakap meninggikan suara
 Pantang ditegur
 Tidak ada tanda- tanda kesal di atas kesalahan

Panduan Imam Al- Ghazali supaya tidak bersifat sombong, angkuh, takabbur dan buruk sangka 
 Jika berjumpa dengan kanak- kanak, anggaplah kanak- kanak itu lebih mulia daripada kita kerana kanak- kanak belum banyak melakukan dosa
 Apabila bertemu dengan orang tua, anggaplah dia lebih mulia daripada kita kerana dia sudah lama beribadat kepada Allah berbanding diri kita sendiri
 Jika bertemu dengan orang alim, anggaplah dia lebih mulia daripada kita kerana dia lebih banyak ilmu yang dipelajari dan lebih banyak mengetahui berbanding kita
 Apabila bertemu dengan orang jahil, anggaplah mereka lebih mulia daripada kita kerana mereka melakukan dosa dalam kejahilan sedangkan kita melakukan dosa dalam keadaan mengetahui
 Jika kita melihat orang jahat, jangan anggap kita lebih mulia daripada mereka kerana mungkin di satu hari nanti mereka akan insaf dan bertaubat atas kesalahan yang dilakukan
 Apabila bertemu dengan orang kafir, katakanlah di dalam hati bahawa mungkin suatu hari nanti mereka akan diberi hidayah oleh Allah dan akan memeluk Islam, maka segala dosa mereka akan diampunkan oleh Allah

So, the conclusion is tak payah jadi sombong sebab kita ni pun hanyalah manusia yang jauh daripada sifat kesempurnaan... Ye dok ?

A cup of coffee is given to them:
 Satu
 Dua
 Tiga

Thanks for the info...

nota hati 
' Semulia- mulia manusia ialah orang yang mempunyai adab yang merendah diri ketika berkedudukan tinggi, memaaf ketika berdaya membalas dan bersikap adil ketika kuat..'
Khalifah Abdul Malik Marwan



~dah abis dah~ 



27 January 2013

Dunia 2013.... :)

moshi2 semua



Hai korang ! Rindu saya tak ? Mestilah rindu kan. Maklumlah selama ni asyik robot je yang tolong publishkan entri saya kan ? Takpe takpe, hari ni korang tengoklah wajah saya ni puas puas sebab esok saya dah nak balik asrama dah.. hikhik *gelak tak rela sebenarnya*

..................lama dah tak merepek............................

Sedar tak sedar bulan Januari dah nak habis dah kan ? Ish ish, cepat betul masa berlalu kan.. Pejam celik pejam celik, dah nak masuk bulan Februari.. *Januari, kenapalah lari laju sangat ha ? *

Disebabkan hari ni mentol idea saya masih lagi giat menghasilkan tahi mata, so harini saya bercerita je lah ye.. but, sebelum tu sila tadahkan telinga korang besar besar untuk mendengar bebelan saya yang agak panjang ni..

Yeah ! Being a form 2 student is not as easy as a bee..*cehh, speaking pulak.. walhal ayat tu memanglah tersangat tunggang langgang*.. Serious, tahun ni saya memang sangat memerlukan kekuatan fizikal dan mental yang kuat.. Guest what, baru je masuk, dah dapat homework yang bertimbuntimbun.. *Fuh !* Saya cuba untuk tak merungut tentang PBS ni tapi kadang kadang perkataan 'ish' 'adush' dan yang seangkatan dengannya terlepas jugak dari mulut comel saya ni.. *Nampaknya azam saya tak berjaya...*

Hurm.. result PBS saya tahun lepas tak seperti yang saya impikan.. Nilah akibatnya bila asyik merungut sambil memuncungkan mulut sepanjang 15 cm.. Saya akui memang salah saya.. Tahun lepas saya asyik  dok loncat loncat je sebab takde PMR.. hoho.. Tapi takpe, let bygones be bygones.. Lepas ni saya tak nak main main dah.. Ini serious ! *ala-ala wonderpet*

Yang bestnya tahun ni ialah saya tak tidur dalam kelas lagi ! Ulang pengumuman... TAK TIDUR ! Alhamdulillah tercapai jugak misi saya untuk tak tidur dalam kelas.. Mengantuk tu memang ada tapi saya  berjaya untuk mengontrol diri saya supaya tidak tersengguk dengan ayunya... Hope saya berjaya untuk tak tidur dalam kelas sampai la akhir tahun.. Yeah ! Strive toward excellent.. !

Hurm, saya ditempatkan di kelas 2 Kindi yang sangat hap'pening' dengan kawan sekelas saya tahun lepas.. Yeah ! Kami buddyz.Takkan terpisah.. Alhamdulillah, taun ni diorang takde la bising sangat macam dulu.. Hoho, tenang sikit nak belajar.. Dan tahun ni diorang sangat bersemangat nak hias kelas cantik- cantik.. Maklumlah, kitorang dapat guru kelas yang bersemangat !


Ekceli, banyak lagi nak membebel ni, tapi nanti penat pulak korang nak membacanya.. huhu.. Sebelum saya berhenti menaip, jom renungkan ayat ni...

Dunia ini ibarat lautan yang luas. Kita adalah kapal yang berlayar di lautan.. Telah ramai yang karam di dalamnya..Andai muatan kita adalah iman dan layarnya adalah takwa, nescaya kita akan selamat dari tersesat di lautan hidup ini.. 
p/s : doakan saya untuk merentas desa minggu depan.. huhu :)


~dah abis dah~



18 January 2013

One step older..

Moshi2 semua.. *hatiku berbunga bunga*



Wah, berbunga- bunga saya hari ni.. Kenapa ? Tekalah ! Tekalah !  *eksited*.. Okeyla, malas nak berteka teki teka tekuk dengan korang.. Meh saya bagitau kenapa saya berbunga- bunga segala bagai...


 Happy birthday to me..
Happy birthday to me...
Happy birthday to me...
Happy birthday to me.... 

 Allah selamatkan saya...
Allah selamatkan saya...
Allah selamatkan Puteri Nur Afiqah...
Allah selamatkan saya... 
*takde orang nak nyanyi untuk saya.. biarlah saya nyanyi untuk diri sendiri...

Alhamdulillah, pada tanggal 18 Januari 2013 bersamaan dengan 6 Rabiulawal 1434 genaplah umur saya 14 tahun *muda lagi tau*.. Alhamdulillah saya masih diberi peluang untuk bernafas di bumi yang indah ni.. 

Hurm.. dah 14 tahun rupanya saya.. Kalau dulu cuma boleh merangkak dan bertatih, sekarang dan boleh berjalan dan berlari dengan lajunya.. *abaikan perkataan lajunya tu*..Tak sangka pulak rasanya.. Rasanya baru semalam saya menguwekk uwekk kat katil hospital besar Ipoh tu.. 

Di usia yang ke 14 ni, saya harap saya dapat :

 Menjadi insan yang berbakti kepada diri sendiri, ibu bapa, masyarakat, agama dan negara...
 Berfikir dengan lebih positif dan lebih matang.. Tak nak dah jad kanak-kanak ribena loncatloncat tak tentu arah
  Menjadi orang yang berjaya di dunia dan akhirat..

Semoga apa yang saya impikan ni dapat menjadi kenyataan suatu hari nanti... Amin.. Korang jangan lupa doakan saya yerk...

Semakin bertambah usia kita, semakin hampir kita dengan kematian... *take note..



~dah abis dah~
entri ini dipublish oleh robt atau dalam erti kata lain autopublish 




14 January 2013

Kasih ibu itu percuma !!

Moshi2 semua..

 Ibu... Ibu.. Engkaulah ratu hatiku...
Bila ku berduka... Engkau hiburkan selalu.. 
Siapa kat sini sayang dekat ibu dia, kembang kuncupkan hidung ! Wa, ramainya.. Mengikut pengiraan tambah tolak darab bahagi saya, semua orang kembangkan hidung.. That means semua orang sayangkan ibu kan ? Bagus  Double thumbs up ! Sejuk perut ibu mengandung.. Err.. Bapa pulak ? Yeah, kalau dah sayang ibu, mestilah sayang bapa kan ?

Okay, hari ni saya nak sharekan cerita pasal ibu dan anak.. Kalau korang perasan la, cerita ada dalam iklan tv1 dalam bulan ramadhan.. Perasan tak ? *Err, macam mana nak perasan kalau tak tau apa ceritanya*..Okey, saya tak nak lengah lengah dah.. Jom, dengar saya bercerita .. Err, I mean baca cerita ni...

Seorang anak mendapatkan ibunya yang sedang sibuk menyediakan makan malam di dapur lalu menghulurkan sekeping kertas yang bertulis sesuatu.. Si ibu segera mengesatkan tangan di apron lalu menyambut kertas yang dihulurkan oleh si anak lalu membacanya...

Kos upah membantu ibu

 Tolong pergi kedai : RM4.00
 Tolong jaga adik: RM4.00
 Tolong buang sampah: RM1.00
 Tolong kemas bilik: RM2.00
 Tolong siram bunga: RM3.00
 Tolong sapu sampah: RM3.00
Jumlah: RM17.00

Selesai membaca, si ibu tersenyum memandang si anak sambil sesuatu berlegar-legar di mindanya. Si ibu mencapai sebatang pen dan menulis sesuatu dibelakang keratas yang sama..
 Kos mengandung kamu selama 9 bulan- Percuma
 Kos berjaga malam kerana menjagamu- percuma
 Kos air mata yang menitis keranamu- percuma
 Kos kerunsingan kerana bimbangkanmu- percuma
 Kos menyediakan makan minum, pakaian dan keperluanmu- percuma
Jumlah keseluruhan nilai kasihku- percuma

Air mata si anak berlinang setelah membacakan apa yang telah ditulis oleh si ibu, Si anak menatap wajah ibu, memeluknya lalu berkata 'Saya sayang ibu'. Kemudian si anak mengambil pen dan menulis 'Telah Dibayar' pada mukasurat yang sama ditulisnya..

Kesimpulannya, terlalu banyak jasa dan pengorbanan yang telah dilakukan oleh ibu.. Jasa mereka tidak akan dapat kita balas sekalipun dengan membayar berjuta- juta ringgi.. Hargailah segala jasa yang telah mereka lakukan...

Ingatlah, syurga di bawah telapak kaki ibu 
# saya di asrama merindui mak, ayah dan semestinya blog ni.. huhu



~dah abis dah~
entri ini dipublish oleh robot atau dalam erti kata lain autopublish



08 January 2013

wordless~

moshi2 semua..


 Without winter, there can be no spring,
Without mistakes, there can be no learning,
Without doubts, there can be no faith
Without fears, there can be no courage
My mistakes, my fears and my doubts are my path to wisdom, faith and courage.. 



~dah abis dah~
entri ini dipublish oleh robot atau dalam erti kata lain autopublish