27 March 2013

Jom makan vitamin !

moshi2 semua :)

Wah.. dah lama betul yerk saya tak mengupdate kan ? Dah bersawang- sawang dah blog ni.. huhu.. Kejap ea.. nak buat kerja- kerja pembersihan sikit..
-
-
-

Loading.. Please don't turn off the server..

-
-
-
Okey, dah selesaipun.. Semua habuk dah dimusnahkan.. Bukan sengaja tak nak mengupdate, tapi lately ni saya agak sibuk menyelesaikan homework geografi sampai sel- sel otak saya dah hampir nak terputus.. Sebab tu la tak de idea nak menaip..

Okey, saya nak tanya korang satu soalan.. Err.. Bukan satu.. Banyak sebenarnya.. Okey, now get ready with your pen and paper.. *err.. main2 jer* Soalannya berbunyi begini..Korang ada rasa sakit hati tak ? Rasa hati tak tenang ke ? Rasa jealous, iri hati dan yang sama waktu dengannya? Ha ! Jawab cepat !

Yeah ! mesti semua orang pernah rasa kan ? Okey, jangan risau.. Hari ni Doktor puteri nak bagi korang ubat atau dalam erti kata lain vitamin.. Vitamin ni free of charge.. Tak payah bayar.. Rasanya pun tak pahit.. Sweet2 gitu.. Nak tahu apa vitaminnya ? Tadaaaaa.....


Ubat bagi hati yang berpenyakit. (Sumber : Ubat Hati - OPICK )

Inilah vitaminnya ! Nanti kalau korang rasa hati korang rosak atau terluka atau terkena elektrik shock, cepat- cepatlah 'makan' vitamin ni.. Awalnya maybe akan rasa susah dan akan rasa 'pahit' nya vitamin ni, tapi bila hari-hari kita 'makan' ubat ni.. insyaAllah lama- lama akan terasa betapa manisnya ubat ni.. *note for myself*

nota hati...



Allah sentiasa bersama kita.. Ingat, kalau kita rasa susah, mengadulah pada Allah.. Kalau Allah tak bagi apa yang kita nak, jangan mengeluh ! Maybe Allah nak bagi yang lebih baik untuk kita...

Photo: Allah always loves us more, kan? :D

sorry for this short entry.. Idea masih belum muncul lagi.. InsyaAllah, saya akan kembali lagi dengan entri- entri lain.. 




17 March 2013

Manusia = layang- layang

moshi2 semua...


youwill-makeitthrough:

this could possibly be my favourite text photo on tumblr

Tujuan saya menaip entri hari ni bukan untuk merepek atau membebel atau merapu tapi untuk beranafora.. Eh ! Anafora tu kan pengulangan perkataan di awal baris.. Hihi.. silap gaya bahasa la pulak.. Terima kasih nenek gooooogle... Ekceli hari ni saya nak beranalogi..
Analogi ialah kenyataan yang dicipta daripada perbandingan antara satu perkara dengan perkara yang lain berdasarkan ciri- ciri persamaan dan perbezaan untuk menyatakan maksud tertentu.. *belajar BM pulak kita hari ni..
Analogi saya hari ni ialah tentang manusia.. Apa yang korang faham tentang manusia ? Hmm.. ada 7 huruf dan 4 suku kata.. Yeah ! bagus.. Tapi,korang kenal tak siapa manusia ? Manusia ni adalah orang dan orang ni adalah kite :)

Analogi saya hari ni ialah 'manusia umpama layang- layang' Eh ! Kenapa bukan wau ? Maybe sebab faktor kecomelan layang- layang ni lebih sikit kot daripada wau.. -_-" Okey, lupakan.. Tengok ni..


Apa yang korang nampak ? Seorang manusia sedang bermain layang- layang bersama angin yang menderu dan jugak sebatang pokok.. Yang tu baru yang tersurat.. Yang tersirat pulak ? Meh sini saya terangkan..

Budak comel ibarat nafsu kita.. Kenapa nafsu ? Okey, situasinya begini.. Kalau budak tu pandai main layang, mestilah layang layang tu akan 'selamat' daripada tersangkut pada pokok, right ? Macamtu jugak dengan nafsu.. Nafsu kita kan terbahagi kepada dua (baik dan jahat).. Kalau nafsu kita ni lebih kepada kebaikan, insyaAllah kita akan selamat :)

Layang- layang ibarat diri kita.. Kenapa pulak ? Adakah kita ni petak seperti layang- layang ? Bukan macamtu.. Ekceli, kita ni macam layang- layang sebab kita ni sentiasa terumbang- ambing tanpa tujuan.. Sama la jugak macam layang- layang, sentiasa 'terbang' tanpa tujuan.. Tapi ada satu je benda yang boleh buat 'layang- layang' ni terbang jauh daripada landasan yang sebenar

Tali/ benang Yeah ! the most important thing of layang- layang.. Tali ni sangat penting untuk layang- layang kan ? kan ? Kalau tali ni kuat, insyaAllah layang- layang ni takkan putus. Macamtu la jugak dalam hidup kita, tali ni diumpamakan kebergantungan kita kepada Allah.. Semakin banyak kita bergantung kepada Allah, selagi itulah kita tidak akan tersasar.. Alllah berfirman dalam surah Ar- Ra'd: "Hanya dengan mengingati Allah, hati kita akan menjadi tenang".. Yeah, Allah sentiasa bersama dengan kita.. sweet kan :)

Angin And here comes the last thing.. Angin yang menderu datang tidak menentu.. Lalala... *eh nyanyi pulak.. Dalam hidup seorang layang-layang ni, angin boleh menjadikan layang- layang terbang semakin tinggi ataupun tersangkut pada pokok kan ? Samalah jugak dalam hidup kita ni :) cuba teka angin ni ibarat apa ? Yup! ujian ! Kalau kita ambil ujian ni sebagai sesuatu yang positif, kita akan 'terbang' lebih tinggi.. Tapi kalau kita anggap ujian ni benda yang negatf lagi busuk lagi berkulat, kita akan sentiasa terus berada di takuk yang lama.. Ingat ! Ujian yang Allah beri adalah untuk mematangkan kita dan untuk meningkatkan darjat kita disisinya..


Sekadar coretan untuk saya, awak, dia, mereka dan kita renung bersama....

With love. 
Novelist-to-be.. InsyaAllah...



~dah abis dah~



15 March 2013

Allah is great :)

moshi2 semua :)


lama tak jumpa kan ? kan ? rindu sangat2 kat korang dengan blog ni.. *ayat yang sama tiap2 kali baru balik dari asrama *...

ekceli, tak tahu nak taip apa sebenarnya.. idea semua dah dibawa pergi bersama angin yang menderu..*eh eh.. kenapa ayat jadi sastera ni*.. untuk mengelakkan blog ni daripada dimasuki semut dan sepupu sepapatnya seperti lebah, cengkerik, harimau dan lain2, so saya pun membuat keputusan untuk menaip entri...

sempena hari jumaat hari mulia ni, jom sama- sama kita renungkan kata-kata ni...

Allah doesn't have a blackberry, an anroid, an i- phone or any other type of phone but he is my favourite contact...
He doesn't have a facebook but He is my best friend...
He doesn't have twitter but I follow Him..
He doesn't have an internet but i'm always connected to Him...
and even He has a great communication service, His customer service never puts me on hold..

Allah tu hebat, kan (:




~dah abis dah ~