31 May 2013

this is life (part 6)

Moshi2 semua dan salam jumaat :)

Take a breakfast with a cup of love...

Apa khabar iman korang hari ni ? *Iman di dada ! Alhamdulillah !* Bagi yang imannya kurang sihat , demam ke, batuk ke, selesema ke.. pergi bawak kat klinik cepat.. Nanti melarat pulak..


Before korang baca entri ni, apa kata korang baca entri2 kat atas  ni dulu.. Yang dah baca tu, baca lagi sekali.. Manalah tau.. lepas korang baca entri kat atas tu, iman korang boleh jadi sihat sikit dan korang lagi bersemangat untuk baca entri hari ni..

Untuk entri hari ni, saya nak jadi penglipurlara kejap.. Tajuk cerita ni ialah 'Paku-paku di tiang'.. Kenapa ada paku kat tiang tu ? Nak tau .. Jom baca..

A very good morning to the honorable judges, teachers and friends.. Today, I would like to tell a story entitled 'paku- paku di tiang'... *heh.. eksyen kejap*


Beberapa ketika yang silam, ada seorang lelaki yang mempunyai seorang anak bernama Mat. Mat membesar menjadi seorang yang lalai menunaikan suruhan agama. Meskipun telah berbuih ajakan dan nasihat, suruhan dan perintah dariayahnya agar Mat bersembahyang, puasa dan lain- lain, namun Mat tetap meninggalkannya. Sebaliknya amal kejahatan pula menjadi kebiasaannya.

Suatu hari, lelaki tadi memanggil anaknya dan berkata, "Mat, kau ni terlalu sangat lalai dan berbuat kemungkaran. Mulai hari ni, aku akan pacakkan satu tiang di tengah halaman rumah kita. Setiap kali kau berbuat satu kejahatan, maka aku akan benamkan satu paku ke tiang ni. Dan setiap kali kau berbuat satu kebajikan, sebatang paku akan ku cabut keluar dari tiang ini."

Bapanya berbuat sebagaimana yang dijanjikan, dan setiap hari dia kan memukul beberapa batang paku ke tiang tersebut. Kadang- kadang sampai berpuluh paku dalam satu hari. Jarang benar dia mencabut paku dari tiang tersebut. Tahun demi tahun beredar lepas. Tiang yang berdiri megah kini telah dipenuhi tusukan paku- paku dari atas sampai bawah. Ada yang berkarat dek kerana hujan dan panas.

Setelah melihat keadaan tiang yang bertusukan paku yang menjijikkan pandangan mata, timbul rasa malu dan keinsafan dalam diri Mat kerana selama ini bergelumang dengan dosa dan noda. Maka dia pun berazamlah untuk membaiki dirinya. Mulai detik itu, Mat mula sembahyang. Hari itu saja lima butir paku dicabut ayahnya dari tiang.

Besoknya sembahyang lagi ditambah dengan sunat- sunatnya. Lebih banyak lagi paku dicabut. Hari berikutnya Mat tinggalkan sisa- sisa maksiat yang melekat. Maka semakin banyaklah tercabut paku- paku itu. Hari demihari, semakin banyak kebaikan yang Mat lakukan dan semakin banyak maksiat yang ditinggal, hingga akhirnya hanya tinggal sebatang paku yang tinggal melekat di tiang.

Maka ayahpun memanggil anaknya dan berkata, "Lihatlah anakku. Ini paku terakhir, dan aku akan cabutnya keluar sekarang. Tidakkah kamu berasa gembira ?"

Mat merenung pada tiang tersebut, tapi disebalik melahirkan rasa gembira seperti yang disangkakan oleh bapanya, dia mula menangis teresak- esak.

"Kenapa anakku?" tanya ayahnya.. "Aku menyangkakan tentunya kau gembira kerana semua paku itu telah tiada".

Dalam nada yang sayu Mat mengeluh, "Wahai ayahku, sungguh benar katamu, paku- paku itu telah tiada, tapi aku bersedih kerana parut- parut lubang dari paku itu tetap kekal di tiang bersama dengan karatnya..


Situasi kat atas ni sama jugak dengan hati  kita.. Setiap kali kita melakukan kejahatan, satu titik hitam akan tumbuh di hati kita.. Semakin banyak kita melakukan kejahatan, semakin gelaplah hati kita.. Lama- lama hati kita akan jadi hitam, gelap, berlubang, berkulat, berdaki, dan 'ber' yang sama waktu dengannya.. Ha, kan dah tak cantik dah hati kita.. Kalau luaran je yang cantik, tak guna... Kita kenalah cantik dalaman jugak ! Barulah ohsem ! So, macammana nak putihkan balik hati kita yang gelap tu ? Bertaubatlah  dan mohon ampun pada Allah.. Allah tu Maha Penerima Taubat..

Syarat- syarat taubat
 Berazam dan bertekad untuk meninggalkan perbuatan dosa yang telah dilakukan
 Menyesali dan berduka di dalam hati terhadap dosa yang dibuat
 Bersegera meninggalkan dosa yang telah dibuat semata- mata kerana Allah

Cara- cara bertaubat
 Menyesali besarnya dosa yang dilakukan sehingga menyesalinya dan menggeruni balasannya yang akan tertimpa diakhirat kelak jika dia tidak bertaubat
 Berniat serta berusaha sedaya upaya menjauhi dan meninggalkan dosa ayng dilakukan dan bertekad tidak mengulanginya lagi
 Meninggalkan apa yang dibenci dan diharamkan oleh Allah zahir dan batin lantas beralih kepada yang dicintai dan diredhaiNya
 Bertaubat dengan taubat nasuha sebagaimana firman Allah
Wahai orang- orang yang beriman! bertaubatlah kamu kepada Allah dengan Taubat Nasuha, mudah-mudahan Tuhan kamu akan menghapuskan kesalahan- kesalahan kamu dan memasukkan kamu ke dalam syurga yang mengalir dibawahnya beberapa sungai.
(Surah At- Tahrim: ayat 8)

Lastly, renung- renungkan ayat ini..
 Hiasilah diri dengan bunga- bunga keimanan
Sulamilah hidup dengan daun- daun keikhlasan
Sinarilah wajah dengan cahaya ketaqwaan
Semburilah tingkah laku dengan wangian keISLAMan 



~dah abis dah~



30 May 2013

a word to share~

moshi2 semua..

Just a short entry today... Hari ni saya nak sharekan satu quote dengan korang semua..

 The moment when you think about giving up,
think of the reason why you held so long... 

Apa maksud quote ni yer ? Maksudnya, bila kita rasa nak putus asa.. Cuba kita fikir balik kenapa selama ni kita mampu bertahan.. Ye, dalam hidup ni tak semua benda yang kita buat senang.. Mesti ada rasa susah, payah, difficult, dan yang sama waktu dengannya.. Kalau tak, tak adventure la hidup ni kan.. And bila lama- lama benda susah yang kita buat tu masih tak jadi senang, mesti kita rasa putus asa kan ? So, kalau kita terasa nak putus asa, fikirkan balik.. dah berapa lama kita cuba untuk bertahan.. Sia- sia je kan masa yang kita dah bazirkan untuk bertahan tu kalau kita putus asa...

Remember this 

Finally, setelah hampir- hampir berputus asa, akhirnya.. berjaya jugak saya buat doodle dalam quote kat atas sekali tu.. Memang tak cantik macam korang punya.. tapi at least saya try..

 Practice makes perfect ! 

Manalah tau lepas ni saya boleh jadi pendoodle terkenal ke.. huhu *angan-angan*

 Angan-angan - Usaha = Sia-sia
Angan-angan + Usaha = Berjaya 

p/s: Ups.. sori.. terpanjangla pulak entri ni :)



~dah abis dah~



29 May 2013

wonderfulnya jari kita :)

moshi2 semua..


Korang semua dah makan nasi lemak + kopi o pagi ni ? Ha, yang belum makan tu, pergi beli nasi lemak kat warung mak cik Bedah kat sebelah rumah korang tu cepat.. Nanti habis pulak.. hee...

Eh eh ! Kenapa hari ni saya tulis pasal nasi lemak ni ? Ekceli entri hari ni berkait dengan nasi lemak.. Bukan nasi lemak, tapi makanan.. Eh ! Bukan jugak pasal makan tapi pasal cara kita makan.. Before I proceed my babbling.. let us read a story...

Once upon a time........*eh ! salah bahasa pulak..ehem..ehem.. ceritanya begini..


Di sebuah restoran mahal.. Seorang gadis bertudung makan seorang diri.. Tiba- tiba datang sekumpulan remaja duduk di meja sebelah.. Seorang gadis dari kumpulan itu berkata, " Gadis kampung mana pulak datang restoran mahal camni pastu makan guna tangan pulak tu.. Ni mesti tak reti nak pakai sudu dan garfu kan.."

Seorang anak muda menyampuk, "Ish, muka cantik.. Tapi makan sampai licin pinggan.. Malu dowhkalau aku jadi bf dia.. Kalau awek aku makan tak sampai separuh pinggan.. Diet katakan.. Nak jaga badan.." Seorang lagi berkata, " Euww.. tengok tu.. Sampai menjilat jari.. Geli aku.. Pengotor rupanya awek ni.." Kemudian datang seorang lelaki yang tak dikenali ke arah kumpulan remaja itu.. Lelaki itu berkata " Gadis bertudung tu makan guna tangan kerana ikut sunnah Rasulullah, bukan kerana dia gadis kampung.. Gadis bertudung itu makan sampai licin kerana dia tidak ikut nafsu untuk membazir, bukan kerana dia tidak malu.. Gadis bertudung itu makan sampai menjilat jari kerana ikut sunnah Rasulullah, bukan kerana dia pengotor.."


Dapat point daripada cerita tadi ? Bagus ! So,hari ni saya nak share pasal....  menjilat jari selepas makan.. Nak tau tak.. menjilat jari ni merupakan salah satu daripada sunnah rasulullah.. 
Daripada Kaab bin Malik R.A berkata:

  Aku telah melihat Rasulullah S.A.W sedang makan dengan tiga jari, maka apabila selesai, Rasulullah menjilat jarinya. " 
Maybe certain daripada kita akan cakap.. "Euww, gelinya.. Takde class langsung.." tapi sebenarnya menjilat jarini ada kelebihannya.. Tengok! Setiap yang Allah jadikan itu pasti ada hikmahnya.. Nak tau apa kelebihan jilat jari ni, meh saya bagitau..

Rasulullah bersabda:
  Apabila seseorang daripada kalian makan, maka jilatlah jari- jarinya kerana dia tidak tahu di bahagian jari manakah keberkatan itu berada 
Setiap makanan yang kita makan mengandungi barakah.. Tapi kita tak tahu kat mana letaknya barakah tu sama ada kita dah makan ataupun masih terlekat di jari kita.. So, kita kenalah jilat jari kita sebab manalah tau barakah tu ada pada sisa makanan yang terlekat di jari kita..

Setiap jari kita yang comel ni mengandungi enzim dan asid yang boleh membantu menghadam makanan.. Jari kita jugak mempunyai asid dan enzim serta sejenis cecair yang memudahkan proses pembuangan dan menyembuhkan penyakit sembelit.. Hebatkan jari kita ? Tapi, hebat lagi Allah yang mencipta jari kita !

Nak tau tak kenapa kita tak digalakkan untuk mengambil makanan menggunakan tangan ? Sebab makanan akan cepat basi akibat tindak balas asid dan enzim kat jari kita.. Sebab tu lah kita kena guna sudu..

Macam ni jugaklah proses pencernaan berlaku di perut kita kalau kita mengamalkan sunnah yang diamalkan oleh Rasulullah..

Sabda Rasulullah :
 Sesiapa yang menghidupkan sunnahku, maka sesungguhnya ia telah mencintaiku, dan sesiapa yang mencintaiku, nescaya ia bersama- samaku di dalam syurga.. 
sumber   I      me

So, jom sama- sama kita amalkan sunnah Rasulullah ni.. ! 



~dah abis dah~



27 May 2013

Segmen Chomell Cuti Sekolah

Rindunya kat blog ni... Lama sungguh saya tak menaip entri baru.. Jari yang dulunya menaip selaju ulat bulu sekarang dah jadi selaju siput .. Nampak sangat kekakuannya disitu .. *mukaddimah yang biasa didengari bila dah lama tak menaip*

Okay, straight to the point.. Disebabkan saya perasan saya ni CHOMELL, saya pon dengan gaya CHOMELLnya mengisytiharkan bahawa saya join segmen CHOMELL ni.. 


Bukan saja nama segmen ni 'segmen CHOMELL', tapi banner segmennya pon CHOMELL seCHOMELL  penganjurnya yang CHOMELL yang mempunyai blog yang CHOMELL..

So, untuk memenuhi terma dan syarat yang ditetapkan, saya mesti jawab soalan- soalan CHOMELL yang diberikan.. Here comes the CHOMELL questions... 

 Ada nama timangan tak ? Yang masa kecik-kecik orang bagi ? Kalau ya, apa ?
Nama timangan saya Ikah. Tapi normally kawan- kawan kat sekolah panggil Puteri, ada jugak yang panggil saya Princess.. *terserlah kegedikan disitu*.. Tapi masa kechik- kechik, kakak saya panggil saya Bushuk.. Tapi, saya tak busuk.. Ulang suara.. saya TAK BUSUK ... Saya wangi~

 Warna paling benci ?
Saya tak berapa nak suka warna yang menCaPub.. Err, CaPub tu ape yerk ? Ekceli CaPub tu bahasa budak asrama yang dalam long formnya bermaksud Cari Publisiti.. Eh ! Warna pon cari publisiti yerk? Warna yang cari publisiti ni maksudnya warna yang striking, yang sakit mata  memandang tu...

 Lagu paling digemari ? Yang latest.
Saya suka lagu  'Kita- Forteen'.. Ala, lagu opening 'Sebenarnya Saya Isteri Dia' tu.. Saya suka lagu tu tapi tak tahu lirik.. hoho.. Bila orang suruh nyanyi, saya miming je lalalalala~ Kalau lagu yang lagi latest daripada tu saya tak tahu.. Maklumlah saya ni dah macam kodokdi bawah tempurung

 Kalau ada orang bagi baucer shopping, apa benda first terfikir nak beli ?
Novel ! Yeah, saya suka sangat baca novel ! Bukan setakat suka, tapi obses.. 

 Time bosan buat apa ?
Makan..   Makan boleh menghilangkan bosan tau.. Tapi, saya ni makan la banyak mana pon still tak gemuk2 jugak.. Banyak sangat kot cacing dalam perut ni.. Kalau takde makanan kat rumah, saya akan merungut2 minta makanan.. Kalau tak dapat jugak makanan, terpaksalah saya menjalankan proses membuat tahi mata sambil melakar peta semenanjung malaysia..

 Subjek paling pro ?
Dulu time sekolah rendah, saya pro sangat Mathematic.. Tiap kali exam je mesti dapat 100.. *riyak habis la ni*.. Tapi bila masuk sekolah menengah, time exam haritu terus dapat C *dush ! gedebuk ! * Apepon, math sentiasa di hati~

Terima kasih ye sebab sudi mendengar bebelan CHOMELL saya ni.. Lastly, saya menyeru kepada anda2 yang CHOMELL di luar sana tu untuk join segmen CHOMELL ni.. Kalau korang join segmen CHOMELL ni, korang berpeluang memenangi hadiah  CHOMELL.. Bukan tu je.. Korang jugak akan jadi bertambah CHOMELL.. huhu

* Ehh ! baru terperasan betapa banyaknya perkataan CHOMELL dalam entri ni..



~dah abis dah~