09 June 2013

it's time to go :(

moshi2 semua


entri ni bergenre jiwang + sedih.. sila sediakan tisu di sebelah...

Sedar tak sedar, cuti 2 minggu sudah melabuhkan tirainya *siap lambai- lambai lagi tu* .. Sedar tak sedar dah macam-macam entri yang saya update sepanjang cuti ni.. hoho.. And today it's time for me to go..  *Okey, sedih kejap..*

Sepanjang cuti ni, macam macam benda yang saya buat kat rumah.. Sekarang, saya dah tak merungut pasal homework lagi sebab saya berjaya siapkan homework yang bertambun bak gunung everest tu dalam masa 5 hari.. *wah, satu kemajuan yang sangat drastik tu*.. Time cuti ni jugak saya berjaya mengkhatamkan 2 biji.. Err, i mean 2 buah novel... Dan yang paling buat saya happy ialah saya berjaya buat segmen.. Yippie.. Seronoknya~ 

Okey,nampaknya semua lembaran gembira sudah semakin meninggalkan saya.. *siap booking flight nak  pergi paris lagi tu*.. Dan episod sedih duka menangis dah makin melambai ke sini.. huhu 

Sebab- sebab tak nak balik sekolah
 Tak dapat hapdet blog
 Parents, kucing, laptop, rumah dan tidur terpaksa ditingggalkan
 Terpaksa menjalani rutin yang sama setiap hari * prep, berebut shower, iron + 'after'*
 Terpaksa menghadapi kepenatan yang keterlampauan setiap hari
 PBS.. lalalala~
 Tak sanggup nak terima kertas periksa... uwaaaa...

Dan macam- macam lagi *kalau dilistkan semuanya memang takkan habis*.. Okey, nampaknya mulai sekarang saya harus belajar menerima hakikat bahawa sesungguhnya i- gop itu adalah takdir yang Allah dah tetapkan.. I-gop tu dah jatuh cinta  dengan saya so saya pun terpaksalah jatuh cinta dengan I-gop.. *err, boleh pulak begitu*

Err, kepada adik2 atau kakak2 yang masih bersekolah, sila jangan jadikan saya sebagai contoh okey ? Tak baik untuk kesihatan.. Okey, so untuk entri harini, saya nak sharekan kelebihan orang yang berilmu supaya saya sendiri akan lebih bersemangat untuk menjadi orang yang berilmu.. 

Kelebihan orang yang berilmu
 Amalnya diterima oleh Allah
 Menjadi kekasih Allah
 Menjadi pewaris nabi- nabi
 Menjadi hamba Allah yang bertakwa
 Menghampiri darjat nabi- nabi kerana nabi- nabi adalah orang yang berilmu
 Sentiasa sihat tubuh badan
 Dimudahkan rezekinya oleh Allah
 Dipanjangkan umur oleh Allah
 Mendapat 500 darjat
 Mendapat syafaat pada hari kiamat

klik here for more info

Allah berfirman dalam Surah Al- Mujadalah ayat 11
 Wahai orang- orang yang beriman! Apabila diminta kepada kamu memberi lapang daritempat duduk kamu (untuk orang lain) maka lapangkanlah seboleh-bolehnya supaya Allah melapangkan (segala halnya untuk kamu) Dan apabila diminta kamu bangun maka bangunlah, supaya Allah meninggikan darjat orang -orang yang beriman di antara kamu dan orang- orang yang diberi ilmu pengetahuan agama (dari kalangan kamu) beberapa darjat. Dan (ingatlah) Allah Maha MendalamPengetahuanNya tentang apa yang kamu lakukan 

So, salah satu cara untuk kita mendapat ilmu adalah dengan pergi ke sekolah.. Kat sekolah, kita akan di ajar dengan pelbagai ilmu pengetahuan.. Tapi sebenarnya kat mana- mana pun kita boleh dapat ilmu.. Dalam kehidupan kita nipun, kita sebenarnya dapat banyak ilmu .. Kita diajar untuk bersabar, redha atas ketentuan Allah dan macam- macam lagi.. Dan kalau kita teliti setiap ciptaan yang Allah jadikan denganmata hati kita, insyaAllah ada 'sesuatu' yang akan kita pelajari.. Sebagai contoh, semut.. Maybe bagi kita semut ni hanyalah haiwan yang kecik, tapi sebenarnya semut ni kecik- kecik cili padi tau.. Kalu nak baca tentang semut, klik sini

Conclusionnya, kepada sesiapa yang malas untuk ke sekolah, jangan malas- malas lagi tau  *note to myself*.. Dan ingat, dalam usaha kita mencari ilmu ni, pastikan ilmu yang kita perolehi itu diberkati.. Dan jangan cuma kejar ilmu dunia je..ilmu akhirat tu lagi penting..  Lastly, renung- renungkan ayat ini..
 Ilmu umpama air yang mengalir dari gunung ke lembah.
Tadahlah dengan hati yang merendah kepada Allah.. 

Yeah, puteri ! Ayuh bangkit daripada kegagalan.. Fighting ! 

p/s: will be back pada Awal Ramadhan ini.. Tak sabarnya nak puasa tahun ni...



~dah abis dah~



08 June 2013

Review time (part 2)

Moshi2 semua


Hari ni saya nak sambung balik review pemenang first segmen saya haritu dan jugak seorang blogger bertuah.. Tanpa membuang masa dan tenaga membebel- bebel tak sudah- sudah.. jom kita mulakan review kita...let's cekidaut


Blog pertama untuk direview.. Blog ni kepunyaan Kak Fatehah... Saya panggil kak Teha erk.. Kak teha ni berumur 16 tahun.. Muda lagi tu.. Mula menguwekk dengan comelnya pada tarikh 25 November.. Korang semua pi cepat tanda tarikh ni kat kalender.. nanti boleh bagi hadiah.. Kalau korang nak bagi hadiah, korang bagila novel sebab akak ni penggemar novel macam saya..Tapi saya lagi dahsyat.. saya ni penggila novel.. hoho.. *melalut sudah*
 Blog yang cantik berbackgroundkan striped pink.. Woah, saya pun suka ping jugak woo..
 Header tu cantik sangat sangat sangat sangat.. Colourful.. Matching dengan background tu.. Pastu ada manusia comel kat situ.. Comel sangat
 Loading pun okey- okey.. Ni mesti pakai Kereta mercedez ni.. Laju je..
 Cuma kalau boleh kurangkan sikit berat blog ni.. Buang widget aka 'makanan' yang berminyak, bergoreng dan lain- lain yang tak menyihatkan badan.. Err.. I mean, tak menyihatkan blog..
 Keseluruhannya okey 


Second blog to review.. Meh kita taaruf dengan empunya blog.. Si cilik manis ni bernama Hazirah.. Hazirah ni setahun lagi muda daripada saya, baru berumur 13 tahun..Tengok, kecik- kecik dah pandai buat blog.. Peminat fanatik Conan Edogawa dalam anime detective conan.. Wahh, boleh jadi penyiasat ni.. Peminat kepada novelis Kak Ain Maisarah.. samalah kita ye.. OKey, let's rebiu her blog,..
 Background blog ni kaler kelabu atau nama femesnya grey.. Cool eyes seeing.. Err, maksudnya sejuk mata memandang.. *broken english ma* kalau boleh buatlah tuto.. hee:)
 Header tu membuatkan saya terlopong seribunamratos saat.. *Adush, dah lenguh mulut saya ni* Triple wow.. Header tu kan boleh tukar- tukar gambar.. Thumbs up, my dear..
 Background kat entri tu pon cantik..
 Font yang mudah dibaca.. Tak payah nak rapatkan muka ke skrin..
 Loading pon fantastic baby.. Blog ni sangat ringan.. Mesti selalu pergi slim world ni...


Blog terakhir untuk review peserta segmen saya.. Blog izinkan ku gapai bintang ni dimiliki oleh Kak Siti Nortizah.. Saya panggil Kak Naomei la ye.. Bila saya tekan 'Profile Cik Akak' tu, ada paku singgah di kepala saya membuatkan saya 'terpaku'.. Ya, sungguh tidak daku percaya bahawa Kak Naomei ini berasal daripada Sarawak bah.. Hoho, jum kita review blog kak Naomei ni..
 Blog yang berbackgroundkan polkadot kaler purple.. wow, i like..
 Kalau ada button like untuk header tu, saya tekan like sejuta kali.. header yang cantik sangat.. Ditambah dengan muka kak Naomei yang tertempek kat header tu membuatkan blog ni berseri- seri + bersinar- sinar
 Font yang sangat jelas dan nyata mudah untuk dibaca..
 Kalau boleh,buang widget- widget yang tak perlu sebab ni boleh menambah lemak di blog ni.. Kalau tak tau nak buang apa, saya sarankan buang tik tok tik tok tu.. *just a suggestion*
 Bila blog dah berat, automatik loading pun dah tak selaju arnab yang berlumba degan kura- kura tu.. So, berat badan amat mempengaruhi loading blog kita.. So, saya galakkan akak pergi ke London weight management untuk check berat blog dan buang 'widget' yang tak bagus untuk kesihatan.. Tapi setakat ni loading okey- okey je..
 Overall, nice blog...

Okey, time to review blog bertuah.. Inilah blogger yang dah lama saya tunggu- tunggu.. Sampai termimpi- mimpi.. Here comes, followers saya ke 800 :) Alhamdulillah..


Okey, empunya blog pink ni saya panggil kak Nis.. Berumur 22 tahun.. Jom review apa yang menarik tentang blog ni..
 Blog ni mempunyai background pink + love-love kecik.. Nice background..
 Header tu sangat cantik... Kat header tu ada diselitkan satu quote yang indah.. suke2..
 Saiz font yang wonderful.. mudah untuk dibaca..
 Loading pun okey.. Tak terlalu lama menunggu habis buffering..
 Cuma kalau boleh kurangkan bilangkan entri dalam satu page sebab ini boleh menambah berat badan blog dan menjejaskan tahap kelajuan loading blog..
 Overall, okey !!

Sebagai tanda penghargaan kerana sudi follow blog saya, sudi- sudilah terima header buatan saya yang tak berapa nak menjadi ni..
size 800 x 300
sudah ditransparentkan

Sori ye kalau header ni tak berapa nak cantik.. Apapun, salam ukhwah  ye.. Teruskan mengupdate.. Happy blogging..

Lastly, saya nak minta jutaan maaf di atas kekurangan dan ketidakbetulan entri review saya ni.. Sudi- sudilah singgah ke blog yang dah direview ni dan ringankan jemari anda untuk follow  sekali..

p/s: bayangan sekolah melambai- lambai sudah menjelma... 



~dah abis dah~