30 December 2013

Last entry :)

moshi2 semua.. 


Alolo, sedih je tengok kucing tu.. huhu.. Cik meow, nampaknya awak memahami perasaan saya yang galau lagi malau ni.. huhu.. Okey, sedar tak sedar hari ni dah 30 haribulan.. Tiket flight dah ditempah.. dan nampaknya 2013 akan terbang jauh, sejauh-jauhnya meninggalkan kita yang masih terpinga-pinga di alam khayalan..

Imam Ghazali: Apa yang paling jauh dari kita di dunia ini?
Murid 1: Negeri China
Murid 2: Bulan
Murid 3: Matahari
Imam Ghazali: Semua jawapan itu adalah benar., tapi yang paling benar adalah masa lalu. Bagaimanapun kita, apapun kita, tetap kita tidak akan dapat kembali ke masa lalu .Oleh itu, kita perlu menjaga hari ni, hari esok, dan hari- hari yang akan datang dengan perbuatan yang sesuai dengan ajaran agama..
Hmm.. Barang- barang semuanya dah siap dipacking.. Yang tak siap lagi ni ialah membangunkan sang puteri dari tidur yang lena dengan mimpi dan menyedarkan diri bahawa sekolah akan dibuka pada 1 januari.. Haish, Puteri, bangun! Okey, ntah kenapa waktu menaip entri yang ke 180 ni, tangan saya dok ketar- ketar. Nervous dia rasa macam nak jawab soalan SPM..

Bila sebut tahun baru.. Ting! Muncullah azam.. Bila sebut je azam, menyeboklah si tahun baru.. Macam pinang dibelah dua.. So, ni ialah azam saya tahun ni.. Haha, rasa nak gelakgelak golekgolek je.. jom kita recap sikit..


 Dalam list kat atas ni, rasanya 3 je kot yang dah tercapai.. Haha *blushing malu2*.. Azam tahun depan apa yerk ?
 Nak jadi manusia yang lebih baik daripada sebelum ni..
Same like azam sebelum ni, dan mungkin ini akan jadi azam saya untuk selama-lamanya..
 Strive toward excellent..
Okey, disebabkan next year saya dah form 3, saya tak nak main- main.. PMR, ke, PBSMR ke, saya selaku bahan ujikaji sudah bersedia dengan apa-apa jua kemungkinan.. I will do the best so that my result will be the best.. *abaikan grammatical error*.. And,saya nak try study kat dorm sekejap malam2 before tidur.. *harap bukan angan2 mat jenin*
 Nak khatam Al- Quran at least 2 kali
Okey, disebabkan tahun ni tak berjaya, tahun depan saya akan berusaha bertungkus lumus.. And, I will also try untuk hafal surah- surah Al-Quran and baca tafsir.. InsyaAllah, pray for me..
 Nak update blog selalu kalau cuti..
Jujur saya katakan, tahun ni saya rarely update blog bila cuti pendek.. haha.. Takpe2, let bygones be bygones. Tahun depan saya akan update puas2.. Er, tapi tahun depan kan exam year.. Camne erk?
 Jalankan semua amanah yang diberikan
So, amanah apa pon yang diberi sama ada dalam kepimpinan, homework ataupun tugas2 lain, saya akan cuba jalankan dengan sebaik2nya..

Dahlatu, macam terpanjang sangat pulak. So, lastly saya nak mintak maaf jika sepanjang saya menulis entry2 dari 1 hinggalah yang ke 180 ni, saya ada mengguris perasan blogger2 sekalian, jarang blogwalking.. Saya jugak nak mintak maaf kalau entry saya ni terlebih riang macam kanak2 ribena sehingga membuatkan korang naik pening bila baca entri saya *saya kan budak2 so, entri pon kenalah budak2*.. Mintak maaf jugak kalau entri saya terover dos gedik.. Mintak maaf jugak kalau........ apa2 jelah yang salah.. Thanks for reading this blog yang sangat serba kekurangan.. Pray the best for me..

 Semua orang nak barang2 baru,
tetapi tidak semua orang sanggup berusaha menjadikan imannya sesuatu yang baru..
Baru dalam azamnya, baru dalam amalnya, baru dalam taqwanya... 
Dush, gedebuk ! Okey, kena tepat kat batang hidung sendiri....



~dah abis dah~



28 December 2013

a story of ourself~

moshi2 semua :)


Entah kenapa, hari ni saya takde mood nak membebel bebel panjangpanjang.. huhu.. Maybe mood sekolah dah nak bukak sudah mula merasuk dalam badan saya kot.. So, straight to the point.. Untuk entri hari ni, saya nak ber'analogi' Bagi yang masih blurrblurr blinkblink tentang apa itu analogi, meh sini cek kasi tau..

 Analogi ialah kenyataan yang dicipta daripada perbandingan antara satu perkara dengan perkara yang lain berdasarkan ciri- ciri persamaan dan perbezaan untuk menyatakan maksud tertentu..
Bagi yang mengikuti perkembangan blog saya sejak dari dulu lagi *cehh, ayat tak boleh bla* mesti korang pernah baca kan tentang entri saya pasal analogi dulu.. *yang belum baca klik  sini* analogi tu saya buat sendiri tau.. *cehh, bangga kejap.. padahal, punyalah merapu*... Tapi, disebabkan idea2 saya semuanya tentang prepare untuk menghadam subjek sejarah tahun depan, so, hari ni saya cilok analogi orang lain tapi menggunakan gaya bahasa sendiri.. Huhu..thanks kepada cik punya analogi ni..


Satu hari yang indah lagi ceria, seorang manusia sedang berjalan- jalan di hutan rimba.. Tiba- tiba...
au cak !

Dia tersempak dengan seekor harimau.. Dia terpaku limaploh saat sambil berkata dalam hati.. 'macam comel je harimau ni'.. Sesudah dia habis terpaku, dia berfikir bahawa dia perlu melarikan diri supaya tidak dimakan oleh harimau itu..

Dia pun lari dan lari dan harimau tu pun tanpa putus asa kejar dan terus kejar.. Akhirnya, manusia tu pun penat.. Ehh, tak hais lagi.. Tiba- tiba.. CINGG! 
'Ini mesti perigi ajaib yang dapat menyelematkan aku daripada sang harimau tu.' monolog manusia dalam hati.. Manusia tu pun masuk ke dalam perigi dengan menggunakan seutas tali.

 Tapi, rupa- rupanya.. Ada kejutan lebih besar menanti di dalam perigi..
Tadaa...
Ada seekor buaya sedang menunggu mangsa di situ.. Hmm, macammana ni.. Kat atas ada harimau.. Kat bawah ada buaya.. Manusia tu pun terus berpegang pada tali tersebut... Tanpa diduga-duga, datanglah dua ekor tikus.. Satu hitam, satu putih.. 

Apa diorang buat ? Yaa, diorang secara perlahan lahan menggigit tali tersebut secara bergilir- gilir.. Kesian betul manusia tadi.. Tiba- tiba *aishh, tiba2 lagi* datang seekor lebah membawa madu.. Dan secara tidak sengaja madu itu tumpah di mulut manusia itu..
Manusia itu terus terlupa dengan situasi panik yang dialami.. Apa yang difikirkan hanyalah lazatnya madu yang menitis di dalam mulutnya.. Sedangkan bahaya yang menanti, langsung tidak difikirkannya..


Ish, cepat betul manusia tadi lupa.. So, analoginya di sini ialah
 Manusia tu diri kita sendiri
 Harimau ibarat malaikat maut yang tidak pernah jemu menjenguk kita setiap hari
 Tali ibarat umur yang dikurniakan Allah
 Tikus hitam dan putih ibarat siang dan malam yang silih berganti
 buaya ibarat munkar dan nakir yang menunggu kita apabila masuknya kita ke alam barzakh
 lebah dan madu ibarat nikmat dunia

So, apa yang cuba disampaikan ialah manusia tidak akan dapat lari daripada hakikat kematian yang pasti.. dan manusia ini begitu mudah tertipu dengan nikmat dunia padahal nikmat dunia terlalu sedikit jika dibandingkan dengan nikmat akhirat..

Lastly, let's take a look at this quote..

 Life is like a yoyo.. No matter up or down, you know that you will always end up in the hands of Almighty Allah 



~dah abis dah~



26 December 2013

lalala... bahagianya~

Moshi2 semua..
hai cik adik, nak ngorat boleh?

Gambar di atas hanyalah hiasan semata- mata ye.. So, yeah.. I'm back here.. Kesiannya blog ni, ditinggalkan selama 6 hari.. Alo bucuk2 tomei2.. Jangan sedih2 yer.. *Err.. abaikan* ...Ekceli, ketiadaan saya selama 6 hari ni di dunia blog ni adalah disebabkan semua idea2 saya pergi bercuti di Jepun *yela, dah nak bukak sekolah* + ke'addicted'tan saya menonton cerita Rooftop Prince.. *aish, entah sejak bila la saya suka tengok cite korea ni.. huhu*

Jadi, disebabkan saya tak nak biarkan segala jenis bakteria dan kuman membiak dalam blog ni.. saya pun gagahkan diri untuk menaip entri ni meskipun otak ni tengah ting tong ting tong sekarang.. *Ehh, kenapa intro saya makin panjang dan merapu2 ni*.. Hmm, so hari ni saya nak taip pasal apa yerk ? *Eh, kenapa pulak saya tanya korang ni*.. Hmm, pasal AZAM ? Oh, tidakkkk ! Masih awal untuk semua itu.. Hmmm... Fikir! Fikir! Fikir! *ala2 jimmy neutron cuma saya versi kepala yang kecik punya*.Ting ! Mentol idea berkelip.. So, hari ni saya nak cakap pasal...

 BAHAGIA 

Apa benda bahagia ni sebenarnya ? Adakah bahagia itu apabila kita dapat bershopping sakan menghabiskan duit di shopping mall ? Adakah bahagia itu apabila kita mendapat result yang cemerlang ? Adakah bahagia itu apabila menjawab soalan2 PBS *dush.. kepala terhantuk kejap* Adakah bahagia itu apabila kita berada dalam hospital bahagia? Adakah.. okey, banyak sangat adakah di situ..

 Menurut kamus dewan bahasa edisi ketiga, bahagia bermaksud suasana senang dan aman, aman damai serta gembira.. Kebahagiaan dalam islam secara mudahnya ialah memiliki hati yang tenang dalam menhadapi ujian dalam kehidupan... 
Nampak tak perkataan yang saya gariskan tu? Yes, 'hati'.. So, that means kebahagiaan ni bukan datang dari harta, kesenangan (benda2 luaran) tapi dari hati (dalaman)..

'Macammana nak bahagia?' Ha, bagus sesiapa yang bertanya.. triple wow untuk korang.. So, hari ni saya nak sharekan kaedah- kaedah memperoleh bahagia menurut Al-Quran dan  As-sunnah..
 Beriman dan beramal soleh
 Banyak mengingati Allah
 Bersandar/ bergantung kepada Allah
 Sentiasa mencari peluang untuk berbuat baik
 Tidak panjang angan2 tentang masa depan dan tidak meratapi masa silam
 Melihat kelebihan bukan kekurangan diri
 Jangan mengharapkan ucapan terima kasih dari manusia

kredit goes to  here

Saya harap apa yang saya share ni dapat memberi manfaat untuk diri saya dan korang semua yer.. Lastly, a quote for you..

 Adakalanya kita perlu menangis agar kita tahu hidup ini bukan sekadar ketawa
dan adakalanya kita perlu ketawa supaya agar kita tahu mahalnya nilai air mata 



~dah abis dah~



20 December 2013

Ingat tak.... ?

moshi2 semua and salam jumaat..

semoga hati dan iman kita sentiasa sihat dan awet muda :)

Yea ! I,m back again.. Alhamdulillah, setelah berstrugle habis- habisan, akhirnya siap jugak homework yang bertimbun- timbun bak gunung everest tu..Perasan tak tajuk ni agak misterious sikit ? *krik krik* Tak perasan erk ? *dush.. saya sorang je lah yang perasan ni.. huhu* okay, stop it puteri..So, sebelum saya membebel lebih panjang berhasta- hasta, jom kita terus ke main point kita...

"Orang- orang yang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingat Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingat Allah-lah hati menjadi tenteram.. " (Ar-ra'd: 28)

Petikan salah satu ayat dari surat cinta yang dikirim special untuk kita semua, khalifah di muka bumi Allah.. So, our main point today is mengingat Allah. So, saya nak tanya soalan cepu perak kat korang.. Kenapa kita kena ingat kat Allah ? Ye,pandai korang semua.. Sebab Allah yang cipta kita.. Kalau Allah tak ciptakan kita, tak mungkin kita ada kat bumi ni sekarang.. Korang tak mungkin baca entri ni dan saya tak mungkin dapat taip entri ni kan.. Da kita kenalah ingat Allah sebab dah macam- macam nikmat kat kita..

Cara mengingati Allah

 Zikrullah (zikir kepada Allah)
menurut buku teks pendidikan islam form 3 zikir bermaksud mengingati Allah sama ada dengan hati, lidah dan perbuatan.. Tengok! Zikir tu sendiri maksudnya mengingati Allah.. So, macam mana nak berzikir? Zikir dapat dilakukan dengan mengucapkan kalimah2 toyyibah (subhanallah, alhamdulillah, laa ilaa ha illallah, allahu akbar, astaghfirullah dan lain- lain lagi) secara lisan ataupun didalam hati secara berulang- ulang, sebanyak mana yang kita mampu.. Best dan mudah kan ?

 Solat
Solat ni rukun Islam yang ke-5.. that means solat tu wajib.. nak taknak kena buat jugak! Solat ni adalah cara untuk kita berkomunikasi dengan Allah. so, kalau kita rasa 5 waktu tu masih tak cukup untuk luahkan perasaan cinta kita kat Allah, buat solat sunat..

 membaca, mempelajari dan mengamalkan Al-Quran.
Tengok, Allah pun ingat kat kita tau.. Dia siap tulis 'surat cinta' yang khas untuk kita.. Takkan kita nak sia2kan kot.. Takkan kita tak boleh luangkan 5 minit je daripada 1440 minit yang kita ada untuk baca surat cinta tu.. *dush, terkena batang hidung sendiri*.. biar sekejap pun.. yang penting istiqamah..

 Bersyukur
Banyakkan nikmat yang Allah dah bagi kat kita.. so, jom kita say Alhamdulillah sama2.. 'ALHAMDULILLAH'.. ye bagus, that means kita ingat Allah..

 yakin dengan pertolongan Allah
Setiap kali kita ada masalah, yakin bahawa Allah akan tolong kita selesaikan masalah kita sebab Allah tahu apa yang terbaik untuk kita.. so, bila kita ada masalah, jangan tension2 okay? keep smiling..

 merenung tanda- tanda kebesaran Allah
Bumi yang Allah cipta ni memang cantik kan ? so, apa kata tengah- tengah kita melancong tu, cuba kita tengok alam yang comel ni.. tak pon, tengok bulan dan bintang yang menyinari langit tu.. Tapi, jangan pulak kita tengok sambil berangan- angan pulak.. Tengok sambil ingat tentang pencipta keindahan alam ni..

"Ingatlah kamu kepadaKu, nescaya Aku ingat (pula) kepadaMu" (Al-Baqarah: 152)

Kelebihan zikrullah

 disediakan keampunan dan pahala yang besar
 orang yang sentiasa berzikir Allah ingat padanya
 hati menjadi tenang
 memantapkan iman
 orang yang melazimkan diri dengan zikrullah termasuk dalam golongan muttaqin (orang bertaqwa)
 berada di barisan depan pada hari kiamat
 mendapat lindungan Allah pada hari kiamat
 dikerumuni oleh malaikat jika berzikir secara berjemaah
 berzikrullah dengan berlinangan air mata tidak akan diazab pada hari akhirat
 syaitan rebah dan terpukul apabila menghampiri ahli zikir..

so, that's all for today.. minta maaf kalau entri ni menyinggung mana- mana hati.. saya sendiri pun rasa terpukul, dush, gedebuk dan jatuh tergolek di saat menaip entri ni.. So, saya nak tanya, kita ingat tak Allah ? hope jawapan kita adalah ya, absolutely, of course, na'am dan hai! *jepun* dan yang sama waktu dengannya..

lastly, renungkan ayat ni..
 Hidup ini ibarat main game.. makin lama level makin susah...
nak berjaya, kena usaha.. kalau rajin, dapatlah bonus..
tapi kalau give up ?? hehe.. game overlah jawabnye 



~dah abis dah~