22 February 2015

a goodbye post~


Image result for cute bicycle wallpaper
teringin nak balik gopeng naik basikal.. haha :)

Pejamcelikpejamcelikpejamcelik, hari ni nak balik sekolah dah.. Siyes, Tak nak balik igop. Noktah. Homesick melanda. Huwaaa... Ni kalau adek2 junior form 1 baca ni, mau kena gelak enamploh hari lapanploh malam tak henti- henti. Menjatuhkan imej senior je. 


Cuti kali ni adalah cuti yang betul- betul menguji kesabaran. Cuti yang penuh dugaan. Dugaan apa? Dugaan nak siapkan homework. Add math especially. Dengan bunyi mercun dentam dentum yang tak berperikemanusiaan langsung.. Fuhh..Biarkan,, raya diorang kan ? Haha, And guess what, saya berjaya mengatasi dugaan tersebut tanpa bantuan boboiboy kuasa tiga pon. Nampak tak kehebatannya di situ ? Sila puji saya sekarang.


Kbye.



Saya nak ucapkan bertrillion- trillion terima kasih kat korang semua.
Terima kasih sebab sudi mencemarkan kaki korang untuk singgah ke blog ni walaupun tuan rumah tak hidangkan makanan..
Terima kasih sebab sudi layan mood sedih mengenangkan ustad syariah yang dah pergi sambung belajar.
Terima kasih sebab sudi layan mood tension mengenangkan homework add math yang boleh buat saya rasa nak drive pergi tanjung rambutan.
Terima kasih sudi menceriakan cuti tahun baru cina saya.
Jasa kalian akan ku kenang.... sampai esok je la. Muahaha. *evil laugh*


Kbye.
*Lawak hambar*


So.. 
Hari rabu ni, tenji *tu nama batch saya. bukan nama otromen. Harap maklum.* akan dapat ahli baru. Form 4 baru. Haha. cuak kot. Doakan agar ukhwah kami kuat tergam dengan gam uhu plus gam gajah plus gam 3 second.

4 mac nanti ada pertandingan kawad. Doakan saya tough dan sado untuk menjalani latihan kawad kaki tiap2 petang. and doakan puteri islam menang. Baru dapat jadi wakil sekolah. haha. nanti uoll boleh tengok i kawad kat youtube. femes gitu. haha.

9 mac nanti ada exam. Doakan saya dapat menawan add math sama macam saya tawan itu gunung kinabalu. dan doakan saya dapat result yang gempak. a lurus plus plus. amin.



Nantikan kepulangan saya lagi tiga minggu ye.. Bawak rombongan meminang sekali.
Haha

Life is like riding a bicycle.
In order to keep your balance, you must keep moving
Hidup mesti diteruskan. Phew.



Hari ni kena balik igop awal.
Takut jem.
Jem apa?
Jem peanut butter.
Haha.
Kbye.



| sayonara~ :) |



20 February 2015

dear add math,, be nice please~

Image result for dear add math letter

Dear add math, please grow up and solve your own problems.
I won't help you find your X and don't ask Y
muahaha *evil laugh* 
Dear add math,,
Jujur kukatakan, sepanjang perkenalan aku dengan dirimu, aku merasakan diriku semakin tidak berfungsi. kau yang tidak berfungsi menjadikan diriku semakin tidak berfungsi.. sedarkah dirimu apakah fungsi dirimu yang sebenar ? ku sangkakan fungsimu adalah untuk menggembirakan diriku.. tapi, sebaliknya yang berlaku.. Jadi, my dear add math, sila muhasabah diri anda dan jadikan diri anda seorang *erk* yang berfungsi
with love, student add math yang menyayangimu.

*maaf, sila abaikan. hanya berniat untuk highlight perkataan fungsi*


fuhhh... *tarik nafas lega*.. Alhamdulillah, finally homework add math ku dah siap! hahaha... feeling dah siap add math ni dah macam feeling dapat stret A plusplus espiyem.. siyes cakap.. even kertas add math tu dah macam kawah je ku tengok... banyak kawah.. berlompang sana sini... *sigh*

So,, add math had been a disaster.. especially bagi bebudak form 4 yang masih lagi berhingus meleleh- leleh dalam dunia upper form ni.. Apesal add math ni susah sangat yerk ? haha.. Even add math ni susah tahap nak meninggal, tapi jujur saya cakap, saya suka gilaa ngan subjek add math. *bukan nak bajet tapi realiti* ditambah lagi ngan cikgu add mathnye yang sangat semangad,, *saya respect gilaa itu cikgu* lagi la spirit of the add math ni makin membuak- buak..

Ingat lagi waktu first2 saya belajar add math.. Fuhh,, rasa down, fed up, rasa nak hantuk kepala ni kat dinding, bila dah putus,, flush kepala ni kat toilet.. *sadis kan*.. Pastu,, saya try and try and try and try sampai lenguh satu badan ni.. Try ape ? ubah mindset. mindset add math tu senang. and akhirnya.. *ting!!* senanglah dia.. haha

tapi...



benda tu hanya kekal sampai la saya balik rumah.. Cikgu bekalkan kitorang ngan homework add math.. Ya Allah, cuma Allah je yang tau kesengsaraan saya..


Meh saya story...


Saya start buat add math hari... rabu kot.. tajuk Fungsi.. tengok je soalan, pergh.. berbinar kepala otak.. banyak sangat soalan level tinggi bak gunung everest.. *generasi kbat la katakan* so, bila daku tak reti nak jawab, daku pon tanye la kakak- kakakku.. tapi....... *hampa*.... kakak2 ku pon tak reti nak jawab. huwaa. endingnya, kakakku dimarahi. padahal bukan diorang tak tolong, tapi diorang tak reti wa tak ingat. sobsob. saya nangis. nangis sebab add math. lawaknye..

Esoknya, saya pon bukak buku add math dengan semangat untuk membalas dendam kesumat yang menjadi lemak tepu dalam hati.. cehh, tapi semangat tu masih tak cukup untuk defeat add math tu.. resultnya lagi sekali,, hampa. Cis, saya geram. Geram lalu membuka laptop dengan niat nak lepas tension. haha.. bukak la game Candy crush soda saga. bukak bukak je.. arghhh, i feel like screaming !
main point dia, save the bear.. menatang apa pulak nak save the bear ni.. mana la aku nak tau. aish., saya betul2 tak faham macammana la orang boleh addict sangat dengan game ni.. game ni makin buat orang tension adelah.. saya pon main jelah game ni tanpa ade perasaan. nyawa habis, bearnya tak tersave lagi.. fuhhh.. *maaf pencipta candy crush, anda gagal memikat hati saya. mohon jangan terasa*


*ish, ni ngutuk add math ke ngutuk candy crush? *

maka saya pon tension lalu menutup laptop beserta mata saya.... *zzz*


So, apa motif entri ni sebenarnya ? Haha, siyes takde motif.. sia- sia je kan korang bace entri ni.. *sila lempang saya laju- laju* Konklusinya, nak buat add math ni perlukan kesabaran yang tinggi and secondly,, jangan pernah bazirkan air mata anda hanya untuk add math. jangan. titik. noktah. so, mulai detik ini, saya berazam untuk mencintai add math dengan sepenuh hati saya.. Jadi add math, cintailah saya~

*Siapa yang terer add math tu cer ngaku sikit.. wa tabik sama lu..*


http://cikdoodle94.blogspot.com/
nak share sikit. ni blog kawan saya.. singgah2 la yerk.


Lastly,, cuma nak pesan untuk diri sendiri
" Allah is bigger than your problems "


*dush. gedebuk. tettt...* pengsan



kakak saya ada tanya golgi appparatus dalam bm apa. saya jawab dengan bangganya 'jasad golgi'
hahahaha *gelak*
lawak kan?
cakaplah lawak.
yes.



| sayonara~ :)|




17 February 2015

Bila ada depan mata... hurm~

Image result for cute images

Assalamualaikum.. hello.. moshi2.. bonjour.. ahlan wasahlan.. annyeonghaseyo..
Hihi :D

Punyalah banyak bahasa dah ku taip... tapi,,, masih. still. Tak dak idea nak taip intro.. Haha.. Fenomena biasa bagi seorang puteri.. *okey, perasan* Ekceli, ini fenomena biasa bagi orang yang gatai tangan nak update padahal tak tahu nak taip apa. Haha.Sadis.

Maka disebabkan otak ni dah senget limaratustujuhpuluhtiga darjah, kita stret to the point je la yek. Basically, saya nak bagitau yang saya dah balik. fuh. *tarik nafas jap* Setelah penat bertungkus lumus menahan perasaan nak balik yang membuak-buak tahap infinity time kelas kimia semalam, akhirnya i'm here, duduk kat atas sofa gebu yang jauh benor bezanya dengan kerusi kayu plus keras plusplus kat sekolah tu. *Maaf cikgu chemistku. Jujur saya tak pokus*. Mana taknya,time cikgu tengah semangat gilaa ajar persamaan kimia dalam kelas, saya dah sampai kat rumah dah. Yang kat kelas tu hanya jasad. Jasad semata-semata. Time tu semangat belajar memang dah luntur, tak ubah macam disagat-sagat dengan klorok. Haip! Lepas ni saya akan sentiasa fokus time cikgu ngajar. Pinky promise, cikgu! :)



Semalam, one of the sad day in my life. One of my best teacher merangkap ustad syariah saya dah pindah. *sambung belajar lebih tepat* Huwaa.. Siyes rasa hilang. Hilang sesuatu. Teringat pulak pesan ustad tu dalam ucapan lastnya :

Setiap yang bernyawa pasti akan mati, setiap yang bertemu pasti akan berpisah,
setiap yang awal pasti ada akhirnya.


Bukan perihal ustad atau ucapannya yang ingin saya cerita. Tapi saya nak cerita pasal manusia. Ye.. saya. awak. diorang. mereka. kita 



hurm.



Manusia. Bila ada depan mata, tak hargai.
Bila dah takdak, baru nak cari
Nilah manusia. Bukan korang je. saya sekali. kita semua. Biasalah manusia, yang ada depan mata selalu tak hargai. nama pun manusia. Manusia. Lupa

Bila dah penat, sibuk, baru nak hargai masa lapang yang pernah kita ada. bila dah sakit mata, baru nak hargai nikmat mata yang terang lagi jelas. Bila ustad syariah dah nak sambung belajar, baru nak hargai betapa bestnya subjek syariah tu.


*sigh*


Jadi.. Persoalannya.. *acewah.bahas gitu*. Lagu mana kita nak atasi rasa tak menghargai ni ? Dengan je satu perkataan je. Syukur. Nampak senang, sebut senang, nak buat.. senang ke ? Huish, kalau senang,, mesti dah tak wujud lagi insan2 yang tak menghargai ni. Kan ?

Susah. Memang susah. Tapi susah tu tak mustahil kan ? yang susah tu la reward dia berjuta jutan kali besarnya. Yang penting.. cuba. Macammana ? Haha, Takmo ulas panjang-panjang. Anda lebih tahu bagaimana :)


*abaikan happy birthday tu.. cuma nak cakap benda ni comel :)*



Enjoy the little things in life..
For one day you will look back and realise
they were big things



Entri bersambung. muahaha *evil laugh*



| sayonara ~ :) |