18 March 2015

entri yang pointless~

Image result for quote tumblr

As my sister was busy preparing for her majlis tunang, I take the chance to update this blog. Haish,, makin lama makin susah pulak nak dapat chance untuk update blog ni. Maaf  ye untuk incik tuan dan incik puan plusss incik boss yang setia tercongok menunggu bilalah blog usang ni nak diupdate.. Huhu. Pardon me.. *sambil buat muka comel*

*Pernah tak korang rasa stres pluss tak tenteram tapi tak tau apa sebab musababnya?*
or..
*Pernah tak korang rase nak hentak- hentak je kepala korang kat dinding sambil tersengih-sengih macam kerang busuk? *
that's what i feel right now.. *fuhh*

kbye.. abaikan..
hanya sekadar luahan hati yang meminta simpati..


Jadi, disebabkan kemarau melanda otak,, I decided to tell you ollz a story..
A story on how I started fell in love...

*Pergh pergh pergh.. Puteri fell in love kot..
Ini cerita hangat lagi panas ni.. Boleh buat front page Bh kot*...




Okey, sila buang persepsi negatif wa penuh kontroversi uolls uolls semua..
Ini bukan cerita macammana Puteri fell in love dengan datuk mahupun mana- mana putera raja.
Tapi, ini cerita tentang macammana puteri boleh jatuh cinta dengan blogging..
Mohon patah hati sekarang.
Muahaha *evil laugh*

*Kata ganti nama 'aku' digunakan untuk membuatkan story ni lebih lemak berkrim dan umpph*

Aku start berminat dengan dunia penulisan ni since aku sekolah rendah rasanya. Time tu, aku ngan kawan- kawan aku semuanya hingus masih meleleh-leleh lagi ditambah dengan keriangan bak kanak- kanak ribenanya ditambah dengan tudung sememehnya. Pergh, complete ciri-ciri kanak2 sejati. Mantap! Tapi, aku ni kanak-kanak hingusan versi yang dah diupgrade. Time budak budak lagi, aku dah berfikir untuk menulis. Berwawasan jauh kan aku? Muahahaha *riak pluss bajet disitu*. Tapi, disebabkan time tu aku kolot IT sikit *sikit je la* ditambah lagi dengan ketiadaan laptopnya, maka aku pun selalu menulis kat kertas, tapi disebabkan tangan aku ni cepat lenguh, hasrat menulis aku terbantut tumbesarannya.


*Aku suka menulis, tapi aku paling benci menulis karangan. weirdo kan ?*

So, waktu aku darjah 5 tak silap, kakak aku pon beli laptop. Rasa yippie di situ.. Haha. Aku pon start buat facebook. And, aku ingat lagi waktu aku buat facebook pastu add kawan2 sekolah rendah aku, satu kelas terkejut cipanzi. *fuyoo, puteri dah maju.. Ada facebook*. Waktu tu, I feel like gigit gigit diorang. Nasib baik gigi aku rongak je time tu. Fuh.. Dah menyimpang jauh dari tajuk dah ni.

One of my junior, *junior kesayangan aku time sekolah rendah*, tunjuk kat aku blog dia rasanya. Time tu, aku fikir 'oh, ada yerk benda alah cenggini? ' Then, aku pon start belajar dengan dia, cara nak edit blog semua.. And, sampailah satu saat, aku dah pandai godek- godek kod sendiri, edit blog sendiri. Muahaha *bajet bajet*. Tapi, kalau takde junior aku yang baek hati tu, mungkin aku takkan ada menaip di sini. Makaseh adek ! Jasamu ku kenang.. Sebelum aku memberanakkan blog ni, aku ada lagi tujuh lagi blog, tapi semuanya telah ku bunuh tanpa sedikitpun perikemanusiaan.. muahaha.. kejam tak kejam..

Aku ingat lagi first entri aku.. *klik kalau nak baca* Serious rasa nak gelak tujuh hari tujuh malam je. Sepuluh baris pon tak sampai you know. Biasalah, zaman kekanak riang kan. Tudung selebeh, muka pon seposen je time tu.. *evem tudung sekarang masih lagi tak terurus* Sekarang ni dah nampak sikit kemajuan dalam entri aku, ye dok ? Sampai naik juling korang tengok skrin yang penuh dengan tulisan *riak lagi dan lagi*

And yang paling tak boleh belanya, dulu, aku selalu nyorok-nyorok time nak update entri. Tak nak kakak kakak aku ni tau. Jatuh la imej aku kalau depa baca blog ni. At last,, sepandai- pandai tikus mondok melompat, akhirnya jatuh masuk hospital jugak.. *err, awat tikus mondok pulak ni*.. Aku terkantoi dan terkandas akhirnya. Nak cover malu punya pasal, aku pon ajak la kakak kakak aku berblog secara berjemaah. Maka, berbondong- bondonglah kakak kakak aku mengimarahkan laman blog ni.. Haha, lawak je. And, endingnya, aku sorang je yang masih bertahan hidup bersama blog..

Aku ingat lagi zaman ketidakmatangan aku.Aku berblog sebab nak famous, nak followers beribu raban. Nak entri dikomen. Haha, aku pernah nangis kot sebab takde orang nak komen entri- entri aku, sampai tahap nak delete blog pulak tu.. And, sekarang aku terfikir, buat apa la aku kejar sangat populariti yang takkan bertahan tu? So, aku ubah mindset aku. Aku berblog sekarang adalah sebab aku nak share sesuatu dengan orang lain. *Harapnya korang dapat something la yerk*. And, aku hepi dengan life aku sekarang. Even tak banyak pon orang baca, and followers pon kekal sikit cenggitu je, aku hepi. At least, aku bawa manfaat kepada ummah. Even sikit..


Thanks kepada yang support aku. Dari aku setahun jagung sampailah aku sepuluh tahun ubi kayu..
*haha*. 
Jasa kalian sangat sangat ku kenang...



*wandering*
Agaknya, sampai bila yer blog ni akan bertahan? 

Image result for quote tumblr happiness



|sayonara~:) |
maaf, entri ni agak pointless sikit :)



15 March 2015

si blazer hitam ? (part 2)



entri ni adalah sambungan entri semalam. jadi sila baca entri ni untuk rasa lebih lemak berkrim dan umphh.


And.. guess what happen?


One of the teacher kat dalam bilik tu tanya "Nak jadi pengawas tak?" dengan penuh gaya psikonya. *hehe.maaf cikgu.siyes saya takut ngan cikgu time tu*.. And.. I feel like......... Urgh. Susah nak dijelaskan. Terdiam seblas saat. Siyes. Saya kira kot berapa saat saya terdiam. Takut punya pasai la. Pastu, saya pon mengangguk dengan lemah. Antara angguk atau tak je waktu tu. Rasa macam terpukau. Terpukau dengan kehenseman cikgu agaknya. Ups. Pastu cikgu pon cakap "tak yakin!"Huwaa, memang rasa nak pengsan time tu.. And apa yang membuatkan saya rasa nak hantuk je kepala ni kat dinding ialah orang lepas lepas saya tu semuanya mengangguk dengan yakinnya. I feel like nak gigitgigit je deme sorang- sorang. Cis.

Keluar je dari bilik 'puaka' itu, semua orang pandang. Ceh, rasa femes jap. And, me.. Tak tau nak bagi ekspression cammana. Jadi, me pon macam biasa buat muka sengih kerang yang tak berapa nak wangi tu. And dalam hati ni dah menyumpah-nyumpah, *Konfem. Konfem sangat tak dapat* Rasa nak nangis sangat time tu. Tapi, air mata ni degil.Tak nak keluar.Fuh.



Fuh. *tarik napas jap*
Bila nak klimaks ni?


Ni, klimaksnya. Hari jumaat time nak balik tu, saya really bertungkus lumus buat homework. Khonon khonon nak rilek kat rumah. Out of the blue *ceh, mantap tak bi cek* ada sorang mamat ni masuk sambil pegang satu kertas. And he wrote some name on the whiteboard, starting from 'afiq nazri, hafiz rushdi' * nama kawan-kawan kelas saya* dan diikuti nama- nama bebudak perempuan yang ayu lagi cun yang lain. Kawan depan saya tanya, "benda apa tu?" Saya pon jawab "prefect tu" dengan acuh tak acuhnya padahal dalam hati dah nyanyi lagu rock dah..

And tak lama lepas tu, nama 'ain izzatie' was written on the whiteboard. Kawan depan saya pon cakap, "put, nama hang mesti ada". And..... *ting*, memang ada pon. My name was written as Put3 Afiqah on the board. Dengan tak diduganya, satu kelas gelak bhahaha... Saya ni pelik bin hairan bin ajaib, sejak bila nama 'put3' tu jadi bahan gelak? Selama ni aku tulis kat mana- mana, elok je.. Adomak aii..


And, nak tau apa saya rasa time tu ? I feel like... big question mark jatuh gedebuk menimpa kepala sampai keluar bintang- bintang kat atas kepala. And peribahasa that suits me well time tu bukanlah sudah jatuh ditimpa tangga, tapi sudah jatuh ditimpa ekskalator. Tak tau la time bila jatuhnya dan time bila ditimpa tangganya, tup tup dah ditimpa ekskalator. *sigh*

Pastu, saya ngan kawan depan saya pon pergi la usha- usha kelas sebelah, tengok nama siapa yang tertulis kat whiteboard. And that time. I feel like... sudah jatuh ditimpa lif pulak. Ya Allah, semuanya layak layak. Takut.Siyesly.

Balik kelas, mood nak buat homework terus bersepai sepai dibawa angin monsun timur laut. And, tanpa diduga- duga, datang pulak orang berbondong- bondong ucap tahniah. And macam biasa, sengih kerang busuk menyinari wajah. Hati dah bermonolog ' boleh tak aku nak lempang muka korang laju- laju'. Huwaa... Maap. Siyes tak berniat.




Tula hang, nak sangat pakai blazer hitam. See, dia dah datang sendiri kat hang. Haha. Say padan muka kat diri sendiri. 

Takut. Takut sangat. Takut orang pertikaikan 
"Puteri? Puteri yang low self esteem tu jadi perfect ?"
"Puteri yang tak reti cakap kat depan tu jadi prefect ?"
"Puteri yang shaking tahap gaban bila kat depan ni jadi prefect?"
"Puteri yang comel tu jadi prefect?" *err, yang ni mungkin tak*
Fuhh, aigoo...

 Amanah dengan erti kata lain ialah tanggungjawab yang diterima oloh seseorang yang kepadanya diberikan kepercayaan bahawa ia dapat melaksanakannya sebagaimana yang dituntut, tanpa mengabaikannya.
Siyes. Rasa amanah jadi prefect ni besar sangat. Lagi besar daripada amanah yang pernah saya terima sebelum ni. Maklumlah, nak jaga sekolah. Sekolah tu besar kot.


Bukan besar ni je.. ni lagi...

Image result for sbpi gopeng

*Nampak tak betapa besarnya di situ*
Apapon, bak kata orang tetua, terlajak perahu boleh diundur, terlajak jadi prefect, takleh nak jadi murid biasa dah wei.. So, i take the challange and berusaha jalankan amanah ni sebaik yang mungkin demi menyumbang kepada igop.. *mohon doa kalian*


“Sesungguhnya Kami telah mengemukakan amanat kepada langit, bumi dan gunung-gunung, maka semuanya enggan untuk memikul amanat itu dan mereka khawatir akan mengkhianatinya, dan dipikullah amanat itu oleh manusia. Sesungguhnya manusia itu amat zalim dan amat bodoh.” (QS. Al-Ahzab: 72)

See, gunung yang besar pon tak mampu. Manusia ?

“Dan orang-orang yang memelihara amanat-amanat (yang dipikulnya) dan janjinya.” (QS. Al-Mukminun
Orang yang memelihara amanah = Orang yang beriman
*Senyum :)*

Doakan saya berjaya jalankan amanah ini.
Doakan saya dapat jadi prefect yang baik.
Doakan saya jadi prefect dengan niat yang betul.
Doakan semuanya :) *peace*


Image result for quote tumblr inspiration


*tammat :)*



| sayonara~ :)|



14 March 2015

si blazer hitam ?

Image result for cute images for facebook profile with heart touching quotes

Sedar tak sedar, dah ada kat rumah dah saya sekarang ye. Rasa tak percaya pulak. Cepat betul masa berlalu kan. Baru pejam sesaat, tengoktengok dah celik sepuluh saat. *erk abaikan.*

So sekarang, i'm alone kat rumah.Diulang. ALONE. Haha, ghase tak caya pulak. Kakak2 saya semuanya gi shopping. Shopping untuk barang tunang my kakak sulung. Saya? Haha, Maleh nak ikut. Saya ni bukanlah kaki shopping yang tahan dok berejam-rejam lamanya dalam shopping mall. Siyesli, Rasa nak pitam. Tambah tambah lagi nak cari barang tunang. Berganda ganda jamnya, berganda ganda lagi pitamnya. So, i'm ALONE.


2 minggu yang lepas, kitorang tenji *ini nama batch saya, bukan nama otromen* dapat kawan baru. 37 orang form four baru menjadi ahli tenji pluss. Haha, sikit je kan? Batch kami memang pelik. And guess what, sedara angkat saya tak datang. Sobsob betul. And, i'm still trying to adapt myself with this new situation. Masih dalam fasa senyumsenyum kerang busuk dan diikuti teguran hai dan dibalas hai pastu terus blah camtu je. Haha. Permulaan. Lama-lama nanti takdelah akward sangat kot. Yeah. Pasti.


Minggu lepas, ada ujian selaras satu. Alhamdulillah, lega sangat bila dah habis. Siyes, rasa stresspecahotak yang teramat dahsyatnya time exam flu itu. Haha. Lepas cuti ni rasanya lagi stress agaknya menerima result exam. Hopefully, saya berjaya melepasi exam ni dengan warna yang terbang. Fuh.cuak.cuak.




Si blazer hitam. Erk, sapa tu? Itulah pengawas. Atau nama gelemornya prefect. Fuh *sigh*


Sape yang tak nak jadi prefect, cer angkat tangan sikit? Yeah, terserlah kekrikkrikkan nya di situ. Saya konfem pasti wa sure, jadi pengawas ni adalah impian terbesar bagi kanak kanak ribena sekolah rendah mahupun sekolah menengah . kan? kan? ngaku jelah. Ekceli, saya pon memang ada menaruh harapan nak jadi pengawas sekolah. Nak femes sebab jadi mc time perhimpunan. Nak jadi cun pakai
kain hitam pluss blazer hitam. Pergh. Mantap! Nak jerit "aspuri, kosongkan asrama sekarang!" walaupun hanya akan dibalas dengan jelingan maut oleh bebudak aspuri. Haha.

Nak dijadikan cerita, waktu kat sekolah haritu, ada interview untuk jadi prefect. Siyes dalam hati asyik dok menghitung nak ke tak, nak ke tak je. Hitung punya hitung, akhirnya saya sadokan diri jugak untuk pergi interview tu. Bak kata kawan " Ayuhlah bersama- sama kita menaikkan nama rumah zamrud". Sampai je kat depan bilik kaunseling, Fulamak. Ramai. Ramai sangat. Macam kat shopping mall yang tengah ada sale 2 singgit je. *Nampak tak betapa ahli ahli tenji ni berkepimpinan di situ.* Haha.  Time tu, cuak berdouble double. Memang nekad sangat waktu tu nak balik kelas buat homework, tapi dan dan pulak kaki tu tergam kat situ. Fuh. Haru betul.

Nak dijadikan cerita lagi, saya pon masuk jela bilik interview tu bersama 5 orang yang lain. Dah la yang lagi 5 orang tu semuanya femes emes. Terasa kerdil jap kat situ. Time masuk tu, semua orang muka macam ayam tercekik kapur, tapi bila keluar. pergh muka berseri seri. macam pakai fair and lobeli. Siyes, that interview tu tak macam interview langsung. Kitorang dok gelak gelak buat lawak je kat situ. Adomak aiii.. And, antara soalan yang ditanya adalah, 'kenapa kamu nak jadi prefect ?' saya dengan bangganya menjawab,, sebab saya nak menyumbang sesuatu kat sekolah ni. Ye. itu mungkin betul. Sebab sejujurnya saya dah start sayang kat sekolah ni. Tapi, kalau nak lagi jujurnya, time tu niat saya nak jadi prefect adalah lebih kepada jawatan tu sendiri, kefemesan blazer hitam tu. Huhu, jahat je kan?


Fuh.
*tarik napas jap*


Lepas tu, memang dah tak fikir dah. Kalau dapat, dapatlah. Tak dapat pon takpe. *walaupun di hati masih mengharap blazer hitam tu jadi milik saya*. So, nak dijadikan cerita lagi dan lagi, lepas dah habis exam, saya pon tolong cikgu buat board kokurikulum. Nampak tak ciri2 pengawas yang rajin di situ ? *riak jap*. Buat punya buat, tetiba saya nampak ramai tenjiyunn yang merayau- rayau kat area bilik kaunseling. Dalam hati saya dok cakap *dah kenapa ?*. Pastu kawan saya pun datang. Dia cakap "put, pergi bilik kaunseling, nama kamu kena panggil". Dipendekkan cerita yang teramatlah panjang, saya pon masuk la dengan beberapa orang yang lain...




And.. guess what happen?




Bersambung...
*penat dah nak menaip*



| sayonara~ :) |