26 June 2015

Down keteramatan.



* Crying is the only way your eyes speak when your mouth can't explain 
how things made your heart broken * 

Being home after having a week full of sadness. A week full of disappointment. 
Fuh.

Result ppt dah keluar. Hmm, bila sebut je pasai exam. result. Semua orang berharap untuk dapat result kaler terbang. Semua orang harap untuk dapat result ohsem daebak mantap tiptop dengan harapan dapat majukan diri keluarga sekolah bangsa negara bla bla bla so on. And, alhamdulillah. Result ppt aku masih mampu buat aku tersenyum even sikit. Lebih better daripada exam yang sebelum ni.

Tapi, time aku tengah gembira tetiba Allah datangkan aku satu ujian yang membuatkan aku jatuh tergolek lagi tersembam dush gedebuk adush sakit. Bayangkan korang tengah riang rianya bermain di hari yang panas, tetiba. tetiba je hujan ribut taufan angin monsun kilat guruh petir datang. Boleh bayang tak feeling dia cammana. Down. Down keteramatan.

Add math.
Ye add math. kata lainnya matematik tambahan.
The thing yang jadi worst nightmare budak sekolah menengah.
The thing yang orang dok gelar as killer subject.
Indeed, its true. Add math dah membunuh kegembiraan aku.

Time tengok result tu, aku tergamam. Ehh, ni markah aku ke? Aku tengok lagi sekali. Haha. Betullah tu aku. Add math D. Aku terus pergi bilik persalinan. Tak tahan. Air mata ni rasa tengah maraton nak keluar. Keluar je bilik persalinan, mata aku merah. Bukan sebab nangis, tapi sebab tahan nangis.
Time kelas bio lagi haru. Zaman tu pulak la air mata ni keluar. Sampai cikgu bio pun pandang pelik.

 And guess what. Aku dah plan nak nangis bila sampai dorm petang nanti.
Tahu apa jadi ? Aku tak nangis.
Siyes tak nangis. Amatlah pelik bin hairan bila puteri tak menangis sebab result exam dia teruk.
teringat pulak time form 2, aku nangis teruk sangat amat sebab dapat sejarah B.
Tapi, sekarang perghpergh tak sangka aku kuat. Allah kuatkan aku.

After that day, aku selalu rasa down. Kawan2 aku semua cakap
" Lek arr. Kamu banyak A pluss"
" Ala, ni baru permulaan. Chill."
Macam macam la. Memang takkan habis kalau disenarai. Tapi, to be honest, aku sikit pun tak makan dengan nasihat pujuk rayu diorang. Tapi, this one day, aku terima satu sentapan super extra luar biasa. Bukan satu tapi dua.Sentapan that makes me motivated untuk teruskan perjuangan ni.

Time tu kelas Quran sunnah. Ustaz tanya, apa ujian paling berat yang korang dah alami? Ceh, semua orang yakin je jawab 'fail Add math'. haha padu je suara. And ustaz pun jawab. 'Imam Ahmad bin hanbal ni lagi berat ujiannya. Kena penjara kena sebat.' Lebih kurang cenggitulah ayatnya. Zapp. Aku betulbetul sentap. Ye tak ye, apalah sangat fail add math tu. 

And on the same day jugak time tadarus ikut dorm. Time tu ahli dorm aku tengah baca. Tetiba je aku terdetik untuk tengok tafsir kat sebelah. And, zapp. ada satu ayat tu betulbetul buat aku tersentap sesentap sentapnya. *tak ingat ayat apa* Tepat kena batang hidung sendiri.

Time tu betulbetul rasa nak nangis.
Sebab aku pertikaikan planning Allah.
Sebab aku tak bersyukur dengan apa yang aku dapat.
Sebab aku mengeluh dan mengeluh dan mengeluh.
Sebab Allah tegur aku directly macam tu. Feeling terharu tu tetiba masuk dalam hati. Terharu sebab Allah bagi ujian ni. Terharu sebab Allah sayang aku.

Since then, aku get motivated. Even aku masih dihantui rasa bersalah kat cikgu sebab add math aku D, aku jadikan rasa bersalah tu satu pendorong untuk memotivasikan diri aku. And, yang paling aku bersyukur, mak aku tak marah dengan result aku even aku tahu dia sedih. And now, aku mampu tersenyum macam selalu dan belajar add math dengan penuh semangat :)

Found this kat asefem.


Dapat D add math buat aku terfikir yang kejayaan tu takkan cukup manis bila kita tak rasa kegagalan.
Huhu.

Image result for quote tentang ujian

Senyum. :)
Dan percaya.
Perancangan Allah itu yang terbaik.



14 June 2015

Balik. balik. balik.


Image result for tumblr inspirational quotes

Pejamcelik pejamcelik cuti dah habis.
Igop melambai rumah dah membabai.
Err, boleh tak taknak balik sekolah ? Konfom tak kan.
Fuh *mengeluh*
Hidup ni mesti diteruskan. Takleh suka hati je nak play atau pause. *eheh, merapu apa aku ni*
Fuh *mengeluh lagi*

Eh, jangan mengeluh.
Tak baik.

Mohon doa kalian.
Doakan ramadhan kite tahun ni ramadhan yang terbaik. 
*Terkilan tak dapat sambut first ramadhan kat rumah*
Doakan exam result saya kaler terbang *dupdap cuak cuak*
Doakan saya diberi hati yang kuat untuk hadapi segala ujian mendatang.



Lastly.
Senyum *ching*
dan jom balik Igop !



13 June 2015

Ramadhan tiba~



Ramadhan tiba . Ramadhan tiba . Ramadhan tiba .
Marhaban ya ramadhan~~

*tetiba rasa feeling nak nyanyi semerdu opick. lalala*

Pejam celik pejam celik, bulan ramadhan betulbetul hampir tiba. Dashboard blog dah makin penuh dengan entri2 tentang ramadhan. Pakcik facebook pun tak nak ketinggalan zaman, tak nak digelar kuno wa kolot wa kalat *err*, maka penuhlah post tentang ramadhan di dinding2 muka buku.

" Yea! Puasa dah nak dekat ! *smile emoticon*"
" Macammana ni, puasa dah nak dekat. Tak habis ganti lagi. Adumakaii~ *masam emoticon*"
"Esok balik Igop. Tak nak balik. *Emoticon annoying + description 'feeling annoyed'*

kbai. abaikan. saja nak kasitau esok balik igop.

See ? even media sosial pun begitu meriah dan excited, punya nak sambut ramadhan punya pasai. Kita ? Takkan tak excited kot.
"Ehh, mesti la excited. Ada bazaaarrr. Murtabak maggi, kuih koci, karipap pusing, karipap tergolek. Yummy!"
" Excited. Kalau puasa penuh, mak bagi duit raya lebih."
" Lepas puasa kan raya. Boleh melaram puas- puas."
" Entah. Aku pun tak tau. Orang lain excited, aku pun excited la."

Okey. Mahaluk yang last ni cam aneh sikit. So, bila ditanya soalan 'excited tak nak puasa', maka berbondong- bondonglah orang dengan yakinnya menjawab 'ehh, konfom' dengan macam-macam asbab yang menjadikan dia excited nak puasa. Tapi, kenapa sebenar-benarnya kita kena excited nak jumpa ramadhan ni. Buat biasabiasa macam kita sambut bulan februari mac, april je tak boleh ke.

Puasa tu hadiah daripada Allah. *highlight hadiah tu dan save dalam ingatan.
Anafora ups analoginya begini. Cer bayangkan korang dapat hadiah, hadiah apa-apa jelah, yang korang teramat- amatlah idamkan sampai mandi tak kenyang makan tak basah. Tup tup je hadiah tu ada depan mata. Apa korang rasa ?  Mesti rasa excited gegila tahap petala kelapan dengan elektron valensnya seratus lapan *eheh, tetiba chemist pulak* sampai rasa nak loncat- loncat terjun bangunan okey dah over sangat tu.

Macam tulah sepatutnya kita rasa excitednya kita nak sambut Ramadhan. Malah lebih dari itu patutnya kita excited. Hadiah kot. Bukan dari orang biasa-biasa. Dari pencipta kita. Ulang. Pencipta. Patut malu kalau kita masih excited sebab bazar ramadhan. Allah sayang kat kita. Dah macam- macam hadiah yang Allah bagi kat kita selama ni, pastu Allah tambah lagi dengan hadiah yang special lagi osem daebak gempak pak pak kebum kebum. Kita memang harus excited. Siyes talk.

Sabda Rasulullah s.a.w :“(Allah s.w.t berfirman) : Sesungguhnya dia (hamba) meninggalkan makan dan minum serta syahwatnya kerana-KU. Puasa (yang dia kerjakan adalah) kerana-KU. Puasa adalah untuk-KU. Sedangkan, AKU memberi balasan setiap kebaikan itu dengan sepuluh kali ganda sehingga 700 kali ganda kecuali ibadah puasa. Ini kerana, ia (puasa) adalah untuk-KU dan (sudah tentu) AKU sendiri yang akan memberi balasannya”(Diriwayatkan oleh Imam Malik dalam al-Muwaththa’Kitab al-Shiyam – no: 603)
Bulan puasa je ada solat terawih, lailatul qadar, pahala amalan berganda-ganda, Tak ke special tu?
 So, tajdid (perbaharui) niat excited puasa anda sekarang. Done. Okey, good job. Next.. Nak jadikan puasa kita benar benar mantopp, mestilah kita kena tahu dengan sedalam- sedalamnya tentang puasa ni ye dok. Bak kata orang, tak kenal maka taaruf. Jadi ayuh kita bertaaruf dan merisik apa itu puasa.

Maksud puasa
Puasa dari segi bahasa ialah menahan diri.
Puasa dari segi istilah bermaksud menahan diri daripada melakukan perkara yang membatalkan puasa bermula dari terbit fajar hingga terbenam matahri dan disertai niat.
Note: Puasa ni bukan hanya tak makan dan minum. Puasa ni tahan diri. Tahan diri daripada mengumpat. Tahan diri daripada marah. Tahan tahan dan tahan diri daripada melakukan perkara maksiat. Barulah puasa kita mantap.

Pensyariatan puasa.
"(Masa yang diwajibkan kamu berpuasa itu ialah) bulan Ramadhan yang padanya diturunkan Al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia, dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk dan (menjelaskan) perbezaan antara yang benar dengan yang salah. Oleh itu, sesiapa dari antara kamu yang menyaksikan anak bulan Ramadan (atau mengetahuinya), maka hendaklah ia berpuasa bulan itu...." Al-Baqarah: 185
Ada 2 sebab ayat ni diturunkan. Saya bagi satu je yerk. *ekceli, tak ingat lagi satu*
Apabila turunnya ayat ke 184 surah Al-baqarah, *boleh rujuk terjemahan* ada sebahagian yang memilih untuk berpuasa dan ada sebahagian lagi yang memilih untuk berbuka dan hanya bayar fidyah. Maka Allah turunkan ayat di atas bagi mewajibkan umat Islam berpuasa dan memansuhkan ayat sebelumnya.

*Yea, saya tak tidur time kelas syariah. Clap clap*

Lastly, sekadar peringatan, perbanyakkanlah amalan kita di bulan ramadhan yang mulia ni. Bukan sebab pahala yang berganda- ganda, tapi sebagai tanda terima kasih kita pada Allah atas hadiah yang teramat- amat special ni. Tanda cinta kita pada Allah.

Barangsiapa yang berpuasa dalam bulan Ramadhan dengan penuh keimanan dan pengharapan, akan diampunkan dosanya yang telah lalu. (Hr bukhari muslim)
Wahai orang-orang yang beriman, diwajibkan kepada kalian berpuasa sebagaimana diwajibkan kepada orang-orang sebelum kalian agar kalian bertakwa (Al-Baqarah: 183)


Moga- moga pengakhiran puasa kita adalah takwa.
InsyaAllah.

Lastly, senyum. :)
Dan Selamat berpuasa. *ching* 



09 June 2015

Aduh ! Berat sungguh~


Image result for tumblr inspirational quotes

Tetiba tangan ni rasa gatai nak menaip. Haha.

*****
Campak balik.
29 Mei 2015.
Its sambutan Hari Guru. 
Seluruh warga Igop semuanya busy. Busy for the preparation bagi memastikan sambutan tersebut gilang lagi gemilang lagi ohsemdaebakmantap arr. As for our batch Tenji, *tenji ni bukan menatang otromen or kamenrider bagai. Tenji ni shortform for ten generation.*
Tenji diamanahkan untuk menghias tiga tempat which is bilik guru 1, bilik guru 2 and bilik kaunseling. And as for my class, bilik kaunseling. 

Kerjasama yang sangat padu jelas lagi izharnya dapat dilihat. Memang mantap arr. Sampai sanggup skip bacaan yasin semata- mata untuk sambutan hari guru. *Err*. Start pukul 8 malam sampai 11 malam. Tu pun aku balik awal. Tak tau la yang the rest balik pukul berapa. Tapi, hasilnya.. Terbaik.

Nak dijadikan cerita, pagi sambutan tu, me and my friend pon pergi la bilik guru, nak mintak modul arab. *Pergh, nampak tak rajinnya di situ.* Pluss boleh cuci2 mata melihat hasil tangan budak batch sendiri. Tapi, sampai je kat depan bilik guru *err, konpius tu bilik guru 1 ke 2* terlopong kitorang duaratusnamploh saat. There was a like pintu gerbang yang dibuat daripada kertas ditampal kat tepi pintu bilik guru tu tapi malangnya semua dah tercabut. And yang buat kitorang lagi terlopong, dalam tu ada cikgu. 

Huwaa, malu.
Serious malu.
Mesti dalam hati cikgu 'Ish, apa la budak2 ni. Buat tak sungguhsungguh.
So, aku dan kawan aku pun tolong la tampalkan balik, disaksikan oleh cikgu- cikgu kat dalam tu.
Tapi, malangnya, ketinggian kitorang berdua yang macam kanakkanak tadika ni membuatkan kitorang tak mampu nak tampal balik. Kitorang pun went to the class yang in charge untuk hias bilik guru tu, suruh diorang betulkan balik apa yang patut. And guess what. Kitorang pulak kena marah dan diorang kata taknak betulkan. Noktah. Takde koma.

And I was like....
Masuk je kelas terus je hempashempas buku. Ya Allah, takleh imagine muka aku waktu tu. Maybe macam gorilla tercekik pisang kot. Out of the blue, sorang kawan aku masuk dan berkata 'Wei, hiasan kat bilik kaunseling dah tercabut'. Me and my friend yang tengah buat muka ketat tu pun serentak lagi sepadu berkata 'Jom !'

Satu kelas pandang.
Okey, hiperbola tu.
A few budak perempuan tengok kitorang dengan muka "Seriously?"
"Korang serious ke nak hias balik?"
"Serious la..." dengan harapan diorang tak macam budak2 kelas lagi satu tu.
Tapi, malangnya respon yang diterima adalah muka malas, muka menyampah, muka kagum pun ada. Haha.
Makanya, hanya kitorang bertiga je yang menghias semula bilik tu berbantukan beberapa orang bebudak lelaki yang sudi membantu *siyes terharu* dan sekali lagi bersaksikan para cikgu-cikgu yang sedang bersiap- siap ke dewan.
Serious.
Malu dengan cikgucikgu sebab tak berjaya buat yang terbaik.

*****
Okey. Cukup. Takmau cerita panjang2.
Saja meluahkan. Tiada dendam mahupun sengketa.

Jadi, pengajaran daripada cerita tadi ialah....
"Pergh baiknya budak tiga orang tu." *clapclap*
"Boleh buat menantu"
Err, bukan tu point yang nak disampaikan daripada cerita tu. tak berniat pun nak tunjuk baik mahupun hasad wattoma' wattakabbur wa riyak *insya Arab*
Cerita ni pasal amanah.
Ye.
Amanah. *Serious mood*


Amanah. Tak tau since when aku ada special relationship dengan amanah ni.
Mungkin since masuk igop.
Aku mula berkenalan. bertegur sapa. bersenyum kerang. bercuit-cuit, bergelak tawa dengan Incik Amanah ni.
And. Dari apa yang aku nampak..
Sangat ramai bukan berjutan tapi berinfinitan orang berebut- rebut nak kenal dengan amanah.
Tanpa tahu yang amanah ni teramat amat amat amat amatlah berat.
Lagi berat dari ahli sumo yang paling berat.

“Sesungguhnya Kami telah mengemukakan amanat kepada langit, bumi dan gunung-gunung, maka semuanya enggan untuk memikul amanat itu dan mereka khawatir akan mengkhianatinya, dan dipikullah amanat itu oleh manusia. Sesungguhnya manusia itu amat zalim dan amat bodoh.” (QS. Al-Ahzab: 72)
See ? Gunung yang tough sado qawiyyun wa matinun pun tak mampu. Manusia ? Dah lah lembik, kurus kering macam lidi terhegeh- hegeh bajet tough nak pikul amanah. *kena batang hidung sendiri*

Pegang jawatan prefect ni buat aku sedar yang amanah tu siyes berat. 
"Ceh, prefect je pon. Dulu kau penolong ketua prefect kat sekolah rendah takde pon sembang kencang cenggini."
Itu dulu. Time jahiliyah aku.
Teringat pulak zaman dulukala, berbaju biru bervest hitam, dengan selamba badaknya jalan mendabik dada sambil kata 'aku penolong ketua pengawas' dengan bajetnya.
Rasa malang pulak bila tak kenal amanah tu apa waktu tu. Kalau tak, konfom aku menangis tujuh telaga tujuhpluhempat hari tujuhpluhempat malam tak henti-henti sebab dapat title tu. 

"Eleh hias bilik kaunseling je pon. Chillax la."
"Bro, kalau dah namanya amanah, tetap amanah."

Sekecil- kecil apapun amanah tu, namanya tetap amanah. Tak boleh dibuang huruf jadi aman mahupun ditambah huruf jadi amanahiah. *okey, lawak hambar*
And.. amanah ni bukan hanya untuk prefect, pemimpin je. Amanah ni, semua orang ada.  Kita manusia je yang selalu lupa yang kita ada amanah. Amanah sebagai khalifah. Larilah ke lubang cacing sekalipun, that amanah will still kejar kita. Dan takkan lupa kat kita.

"Atau siapakah yang memperkenankan permohonan orang-orang yang ditimpa susah apabila menyeru kepadaNya? Dan yang menghilangkan ke susahan ?Dan yang menjadikan kamu Khalifah-khalifah di bumi ?Adakah Tuhan lain beserta Allah ? Sedikit kamu yang ingat. "(an-Naml : 62).

Err. Clueless speechless wordless nak cakap apa. --"
Konkelusionnya, amanah ni bukan benda main- main. Bukan boleh main- main macam playdough, masak- masak jadi kek. Tak.Sebab apa ? Amanah ni la yang akan dipersoalkan kat akhirat nanti. 
And, buat yang memegang jawatan pulak, jangan risau. Jangan gentar. Jangan kecut perut. Jangan ketar lutut. Allah bagi amanah tu sebab Allah percayakan kita. Allah tahu kita mampu. *Ching.*


"Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu mengkhianati (amanah) Allah dan RasulNya dan (janganlah) kamu mengkhianati amanah-amanah kamu, sedang kamu mengetahui (salahnya)." (Al-Anfal : 27)

Image result for tumblr inspirational quotes

Kita manusia. Tak perfect. Tak lari dari silap.
Tapi, cubalah. Cuba untuk tunaikan amanah walaupun berat.
Cuba untuk jadi yang lebih baik.
Bukankah itu yang lebih baik ? *Wink*

“Dan orang-orang yang memelihara amanat-amanat (yang dipikulnya) dan janjinya.” (QS. Al-Mukminun
Orang yang memelihara amanah = Orang yang beriman.
Kan Allah dah cakap.
Ohsem kan ?
Jadi.
Senyum :)
Dan tunaikan amanah kita~




03 June 2015

Shopaholic itu bukan aku T_T


Image result for shopping quotes

As ayah I tengah sibuk mengecat rumah, I pon taknak lah just jadi tukang lihat. So, I make the decision untuk turut mengecat. Mengecat apa ? Mengecat blog I yang terchenta ni lah.. *Maap Incik Ayah, Cik Anak tak mampu nak membantu*

So, Tadaaaa.. A new look for this bloggie. Even tak berapa nak nampak perubahannya tapi thumbs up! You make a great differences. Haha. Cadangnya nak edit design blog ni, tapi bila tengok coding pelik2 ni, berpinar- pinar pulak ghasenya mata ni. Muntah pelbagai warna berlumba- lumba nak keluar dari salivary gland ni. Jadi, teruskan bermimpi untuk dapat design blog baru wahai Incik Mimpi.

*Ok. Enough dengan lalutan yang tak henti- henti.
Back to the topic.*

Sebut je pasal shopping.
Maka kedengaran jeritan para wanita2 seluruh dunia.
Perkataan 'shopping' itu sahaja sudah mampu mencetus satu fenomena super luar biasa! *okey, sebijik macam ayat intro karangan bm*

Tapi, yang pelik bin hairan bermoyangkan ajaibnya, that menjerit fenomena tak berlaku pada saya.
Jadi, persoalannya jantina apakah saya ini ?

*err, mohon diabai T_T*

Nak dijadikan cerita, semalam adalah hari shopping sedunia bersama Puan Ibu dan Cik Sistur. Ke manakah kami ?

 Image result for rtc gopeng

Mydin Gopeng @ RTC Gopeng. haha.
Higlight perkataan Gopeng dan save ketat2 dalam minda anda.
Kalau dah namanya budak sekolah gopeng, maka ke gopeng jugaklah hala tujunya.
*Takkan Gopeng hilang di dunia* 


As I was busy bukak laptop, Puan Ibu suddenly ask.
'Nak ikut tak pergi Mydin, beli baju raya. Nanti kamu dah jarang nak balik rumah dah time pose'
'Err'.
Bila disebut Mydin, sila buang mydin meru atau apa2 mydin yang terlintas di kepala anda.
*Mydin = Gopeng * Equation yang pasti.
Asalnya hati ni begitu meronta- ronta taknak pergi. *Maap, shopping tak berjaya menimbulkan keterujaan di hati.* Tapi, disebabkan anak ini anak mithali wa solehah *amin*, maka ku turutkan sahaja kehendak hati ibu terchenta. Say bye to laptop, say hi to gopeng.

Dalam kereta
" Ehh, dekat je gopeng ni. 10 minit je. Boleh la pergi sini hari2, beli ikan, sayur semua"
*Err...*

Sampai je sana, destinasi pertama kami ialah kedai emas. Pergh, satu lagi tempat yang menjadi fenomena dalam kalangan perempuan. Awalnya, teruja jugak bila tengok emas berkilau gemerlap bling bling pergh daebak arr. Tapi, bila difikir balik, Err, Propaganda semata. Lighting je ni. 
My mum said dia nak repair gelang dia yang dah pecah but that tukang emas *pergh, tukang emas kot* He said, 'Ini gelang tarak boleh lepair maaa.. Kalau lu lepair nanti picah kat tempat lain.Better yu tukar dengan gelang lain'. Fuh. Decision yang berat untuk Puan Ibu. Nak simpan that gelang yang berkhazanah tu atau tukar dengan gelang yang baru. So, my mum decided untuk tukar gelang yang baru. Hampa cik kakak yang khononnya nak mewarisi gelang tu. 

 Hampir sejam kitorang kat kedai emas tu. Mak dengan kakak sangat teruja tengok emas bling bling samapi incik polis kat luar duk usha kitorang pelik sambil berkata dalam hati "err, bilala diorang nak keluar ni". Haha. Feeling saya kat situ tak ubah macam feeling time jawab exam sivik PPT, solan punye susah tapi ghase fed up nak jawab plus plus rase nak tido je. Serious tak berminat. Bila dah bosan sangat, saya sesekali mencelah, 'yang ni cantik' dengan harapan boleh keluar dari sini as soon as possible. Tapi, saya tabik sama itu salesgirl. Ramah sangat. Mesra alam je. Although bukan Islam. Macam- macam jugak saya dapat kat situ. Harga 1gm emas pon saya dah hapal. Dok ulang benda tu punye pasai.

Dah habis kat situ, we move on ke dalam pasaraya mydin tu. Cari telekung pluss sejadah untuk hantaran tunang kakak saya. Then, pergi cari baju raya. And saya tertarik dengan satu baju kurung pink bermanik- manik. Cantik. Mak ngan kakak suruh cuba. Saya pon cuba. Pergh, macam cantik je, macam comel je. And yes. Saya rasa nak lompat2 sambil jerit nak beli! Nak beli! Malangnya, my sister spot a kecacatan kat baju tu. And my sis suruh cari baju jenis tu yang lain, tapi malangnya, ada je kecacatan yang tak indah. Aishh, my sis is really really pengguna yang bijak. And the conclusion, baju tu tak jadi dibeli. Tsk tsk. T_T

...........

Dipendekkan cerita yang panjang, setelah penat berjalan, kitorang pun pergi makan.Yeah, part yang paling ditunggu- tunggu dalam babak shopping.  My sis said nak beli ayam tandoori ngan roti naan. I said, "tak nak. Loya." *ceit, cerewet punya budak* Dia pun belikan bubur ayam untuk saya walaupun hati dok meronta- ronta nak makan chicken chop 12 hengget tu. And.. guess the ending.... Bubur ayam tu tak habis dimakan. Yang habis licinnya that roti naan and ayam tandoori. Kahkah. And I was like cencurut tarik mulut panjang2 bila my sis marah sebab tak habiskan bubur ayam tu.


As the conclusion, I'm not that kind of a shopaholic girl. To me, shopping was like err.. kinda buang masa kot. Haha. First, buang masa nak iron baju bagai. Kalau saya, pakai je apa yang ada. Tapi kakak2 saya usually marah saya for being selekeh. To them " awat la pergi shopping mall pakai seluar track. Tak fashionable langsung." Being criticize makes me really malas nak pergi shopping. Ah, pedulik apa aku, Janji selesa. Ye dok?

Second, shopping buat aku rasa fed up. Pasal pa? Pasal susah nak cari baju untuk bebudak2 kecik macam aku ni. Selalu takde saiz. I was like terlopong mulut je tengok my sis dok borong baju untuk dia sorang je. Cis. Sungguh kejam dan tidak adil. And, shopping juga akan jadi tak best bagi orang yang takde bajet ni. Sobsob. Almaklumlah, tak kerja lagi. Tak boleh nak shopping sakan.

The last thing is, shopping boleh membuatkan kaki anda sengal dan lenguh. Lagi2, window shopping. Datang semata2 nak tengok tingkap kedai tu je. Fuh, baik takyah gitu. Tengok tingkap rumah lagi bagus.

Image result for shopping quotes

In the nut of shell *Pergh karangan bi kot*, tak kesahlah whether you ar a shopaholic or not,
pastikan kita ukur baju di badan sendiri.
Berbelanjalah ikut keperluan, bukan ikut kemahuan napsu wa syaitonirrajim itu semata- mata.
*Ching*

Shopping is really complicated if you are a girl.
~Helen Salter

Sabtu ni katanya nak shopping lagi.
In search of baju raya.
Fuh.
*Big sigh.*

Till then.
Asslamualaikum. Adios~