22 September 2015

Lying. Liar.



So gais, ai baru ada kekuatan untuk menaip kat blog usang ni. 
Fuhhh.
Okay, tarik nafas panjang.

Currently, aku tengah addicted tengok cerita jepun. Perghh, entah sejak bila pulak aku tukar angin dari cerita korea ke cerita jepun. Tapi serious talk, cerita fiction jepun memang best teramat. Sampai aku rasa macam tengah baca novel Ramlee Awang Murshid gitu. And ada satu cerita jepun ni yang really caught my attention.

.Liar game.

An honest college student, Kanzaki Nao, receives a hundred million yen one day, along with a card saying she has been chosen to take part in the "Liar Game". The aim of the game is to trick the other players out of their hundred million dollars. At the end, the winner gets the hundred million and the loser is a hundred million yen in debt. The next day, she receives notification that her opponent is her former teacher, Fujisawa Kazuo. She goes to him, seeking help, but ends up getting tricked into handing her money over. Desperate, she approaches the police for help, but they are unable to do anything. However, she is told of a mastermind swindler, Akiyama Shinichi, who is to be released from jail the next day. Desperate, she goes to him for help. 

K. Tak mau cerita panjang2. Tak surprise gitu. 
Tapi, endingnya kejujuran mengatasi segalanya.

Jujur.

Jujur. One main point yang this Liar Game cuba sampaikan. 
Jujur. A short word dengan 5 huruf tapi nak jadi jujur ni pergh memang susah tahap infiniti.

Yela, cuba bayangkan kalau kita tak siap homework sebab kita malas sangat nak buat. Lagi-lagi bila cikgu yang mengajar tu pulak ada misai tebal bersama tahi lalat kat hujung misai dan memegang rotan sebesar 2 inci. Konfom, lying is the best way. 
' Cikgu, buku saya tertinggal kat sekolah.'
' Cikgu, semalam saya balik kampung. Nenek saya sakit'
' Cikgu, kucing kat rumah jiran saya punya mak mertua punya atuk sakit'

Err. abaikan.

Yeah, tu jalan terbaik untuk selamatkan diri. Korang rasa korang dahh selamat, tapi trust me hidup korang takkan tenang lepas tu. Sentiasa diburu rasa bersalah yang teramat amat. I've experienced it.


Pernah satu ketika dulu, malam sabtu. Aku rasa lapar. So, I make my decision untuk turun ke mesin gedegang. Mesin yang ada jual macam2 jenis keropok cekedis segala bagai tu. Tapi tetiba je aku rasa dahaga. So, aku pun pergi la kat mesin air. Nak dijadikan cerita, dalam mesin tu ada 2 ringgit. Aku pandang sekeliling. Pergh, line clear. Aku curi ke? Tak aku tak curi. Aku ingat mesin tu rosak, telan duit orang tapi air tak keluar, so aku pun tutup la suis dia. Bila aku pasang balik.. Dengan lafaz bismillah aku pun masukkan duit aku. Tuptup keluarlah setin air hundred pluss.

Dengan gembiranya aku pun naik atas. Baru sembilan anak tangga aku pijak, tetiba ada senior form 5 tegur aku.
' Puteri, ada nampak tak 2 ringgit dalam mesin ni waktu kamu beli air tadi?'
"Ehh, takde pon kak." *Gulp muka cuak telan air liur*
'Serious takde. La, takkan mesin ni telan duit kot' *muka raguragu*
" Serious takde." *dalan hati, Ya Allah, janganlah akak ni fikir aku ni mencuri. aku tak curi*

Aku tak tau setan mana yang rasuk aku waktu tu. Mungkin big boss dia kot. Memang kuat betul hasutannya. Sampai je dorm, aku pun terus sambung study sebab ada 3 paper lagi yang aku tak buat. Tapi sepanjang aku baca tu, serious memang tak masuk. Aku dilanda rasa bersalah. 
Sampai la aku make a decision untuk face to face dgn akak tu and ganti balik duit dia. And guess what, aku memang takde duit waktu tu. Aku pon kumpulkanlah segala duit syiling tu. 

Waktu aku terus terang kat akak tu, aku nampak muka dia cam terkejut nampak hantu pocong. Tapi, aku fikir biarlah apa pandangan dia kat aku yang penting aku jujur.



And guess what?
I pass the exam with flying colour and aku dgn akak senior tu masih cam dulu. Bersembang macam takde apa yang jadi.
Yeah, happy ending untuk orang yang berlaku jujur.



Tapi, kalau kita bohong sunat untuk jaga hati orang?

Aku tak tahu wujud ke tak istilah bohong sunat ni sebenarnya *mohon rujuk yang lebih arif* tapi to me perlukah kita melakukan sesuatu yang berdosa demi untuk jaga hati orang.
Berkata benarlah walaupun pahit
Yeah. Thats it. Al-quran sendiri menuntut kita untuk bercakap benar.
Itulah yang wajib dipatuhi; dan sesiapa yang menghormati hukum-hukum Allah maka yang demikian menjadi kebaikan baginya di sisi Tuhannya. Dan dihalalkan bagi kamu binatang-binatang ternak, kecuali yang dibacakan kepada kamu (tentang haramnya), maka jauhilah kekotoran syirik yang disebabkan oleh penyembahan berhala, serta jauhilah perkataan yang dusta (Al Hajj 22:30)

So, main point is, jujurlah. Macammana? Senang je. Avoid something yang boleh buatkan kita menipu. 
Contohnya, kalau tak buat homework membuatkan kita berbohong dengan cikgu, maka buatlah homework.
Kalau meniru dalam exam mebuatkan kita berbohong, maka studylah supaya anda tak perlu meniru.
Contoh lain? Err, fikirkanlah.

Jujurlah.
Sebab akhirnya kejujuran tu yang akan menang.


I believe that there's not a single person whose heart is evil.
Salah satu ayat dalam liar game yang aku suka. Ye, takde siapa yang terlahir jahat dalam muka bumi ni. Cuma kita yang perlu pilih. Jahat ataupun baik. Hati kita ni fitrahnya semulajadinya baik. Maka pilihlah kebaikan. 

Image result for islamic quotes about honest tumblr


Stop lying.
Be sincere.

Liar game is not a game about deceiving and lying.
It's a game about cooperation and teamwork.

* Tak salah kalau kita nak tengok cerita korea mahupun jepun. 
But make sure, take ibrah ambik pengajaran.*