27 November 2015

Destination.



Bila kau rasa nak menulis, tapi dan dan tu la otak kau sumpah kosong sekosongkosongnya,
it'll be like kau rasa nak hempas je buku add math.
Ehh, jangan hempas.
Ilmu tu, k.

---------------------

Pernah tak kau rasa down yang teramat sangat sampai kau rasa nak tutup je saluran oksigen pernafasan kau.

Pernah tak kau rasa buat apa kau belajar add math padahal bukannya guna simultaneous equation bagai nak hidup bila besar nanti.

Pernah tak kau rasa lelah, lelah yang teramat dengan hidup sampai kau taknak buat apa apa langsung. Kau cuma nak duduk termenung sepanjang hari sepanjang masa.

Pernah tak kau rasa kau seolah olah takde destinasi, takde hala tuju, takde tujuan hidup.

Jika kau pernah, kita sama.

Aku pernah rasa.

Kesemuanya.



Korang nak tahu,, aku rasa dalam banyakbanyak manusia yang pernah aku jumpa selama hidup ni, akulah manusia paling pelik yang pernah aku kenal. Korang tahu kenapa?
Aku rasa. Aku selalu sangat rasa. Yang aku ni tak hidup. Yang aku ni cuma bayangan dan halusinasi diri aku.
Aku yang hidup belajar bergembira kat sekolah tu, cuma bayangan diri aku.
Aku yang sedang menaip ni cuma halusinasi yang aku cipta dalam otak aku.
Aku tak minta rasa ni datang. Tapi rasa tu, datang sendiri.
Sebab tu, aku bukan jenis manusia yang boleh duduk sorangsorang. Aku perlu sentiasa bersama orang lain. Supaya rasa tu tak datang mengganggu ketenteraman hidup.
Aku tak pernah nafikan kewujudan Allah, tapi aku selalu nafikan kewujudan diri aku.
Pelik, k. Aku tak nafikan.
And sampai satu tahap. Aku akan nangis semahu mahunya.


Dan aku pernah ditanya satu soalan,, 'Apa perancangan masa depan awak ?'
And I was like masyaAllah. Terlopong dua ratus enam poloh lima saat.
Haha, aku takde perancangan masa depan. Harap maklum.

*K, hentikan promote diri sendiri sekarang.*

So adik adik kakak kakak sekalian, hidup ni biar ada tujuan. Sebab apa? Sebab kalau takde satu, kau akan cepat rasa down, futur, tergelincir, tergolek, tersembam koma dan terus innalillah.

Ada satu quote cakap. "Life is not about destination. Its about the journey".

Aku kurang setuju.

Pada aku, hidup ni kena ada destination, barulah journey kau ada destination. Susah untuk tersasar.

Bila kau aimkan something, maka usaha kau akan bergerak ke arah apa yang kau aim.

Contoh, bila kau aim nak kenyang, kau akan makan banyakbanyak.

Bila kau aim nak lulus addmath dengan A pluss, maka kau akan hadiri kelas add math walaupun waktu cuti sekolah. Ehh.

Bila kau aim kau nak berjaya, kau akan struggle sehabis baik sebab kau nak berjaya.

That's it.


And kalau nak aim something,, biarlah kita aim pada something yang kekal.
Kenapa?
Contohnya begini. Bila kau aim nak berjaya, kau akan belajar sungguhsungguh. Tapi bila kau dah berjaya, belajar ke laut bersungguh sungguh ke langit.
Padahal belajar tu wajib,, kan?


Contoh bila kita aim syurga Allah.

Bila kita aim syurga Allah, kita tak akan berhenti belajar untuk penuhi kewajipan kau sebagai seorang muslim.

Bila kita aim syurga Allah, maka amal kita akan seiring menuju syurga Allah.

Percayalah.

Itu yang lebih bernilai.






Maka solusinya apa?
Kau duduk sebentar.
Pejamkan mata.
Fikirkan semula tujuan hidup kau.
:) 






Entri yang pendek.
Melalut sikit mungkin.
Harap take something walaupun sikit.







22 November 2015

Ukhuwah :)



" Cuba tengok kat langit."
" Ehh ehh ! Ada pelangi lahh."
" Cantik kan ? Macam kita. "
" Macam kita ? "
" :)"


Another ciptaan Allah yang aku teramat sangat suka tengok besides bintangbintang begemerlapan di malam hari is pelangi. Kenapa ? Sebab bila tengok je pelangi, aku teringat kita. Haha. Mohon jangan salahh paham. Ni bukan kisah cinta sanggup mati bak romeo dan juliet. Ni kisah ukhuwah. Ukhuwah kita. :)

Ukhuwah.
One short word tapi meaning dia fulamak memang besar.
Ukhuwah ni, tak ramai yang dapat rasa.
Know that, awak yang dapat rasa ukhuwah tu, memang sangatsangat infiniti beruntung.
Sebab apa?
Sebab awak diberi peluang untuk rasa nikmat kasih sayang Allah yang tak terhingga yang Allah titipkan pada orang sekeliling awak.


" Nikmat yang paling berharga selepas nikmat iman dan islam ialah memiliki SAHABAT yang soleh.
Jika kamu mendapati kewujudan kasih sayang antara kamu dengannya, maka peganglah ia bersungguh- sungguh."
-Saidina umar al khattab-
Aku takk tahu sejak bila aku merasa nikmat ukhuwah ni. Time sekolah rendah, aku berkawan sama macam orang lain. Jalan samasama. Main samasama. Crush on the same person samasama. Kbye. Kanak2 belaka semuanyaa. Pendek kata semua benda samasama lahh. Tapi time tu, ada something yang kurang dalam friendship aku. Friendship aku tanpa ukhwah. Ye, aku tak kenal lagi ukhwah waktu tu. Yang ada waktu tu hanyalah janji 'kita best friend forever'. Haha, forever walaupun tahu yang dunia ni bukannya forever. Aku sayang, sayang kat kawan kawan sekolah rendah aku.



Sampailahh..

Aku sampai ke bumi sekolah menengah.

Dunia baru. Kawan baru. Hidup baru. Crush baru
Ehh.

Kat sini, aku mula kenal satu word baru. Kakak naqibah, kakak usrah yang ajar.

UKHWAH.


Waktu form one, aku start kenal dengan terms ukhwah ni. Tapi masa tu, aku masih sorangsorang. Keliling aku takde kawan yang stand beside me bila aku lemah.  Aku masih takde kawan baik yang sudi dengar cerita aku, pujuk aku bila aku sedih. Yang ada waktu tu, teman sepermainan. Teman sepelajaran. Teman setersenggukan.
And,, aku mula belajar. Belajar guna istilah 'sahabat till jannah', 'uhibbukifillah' (saya sayang kamu kerana Allah) even waktu tu ungkapan tu memang takde rasa, cuma nak bagi umpph pada bicara. Konon nak bagi nampak islamik sikit. Haha


Tu dulu. Waktu jahiliyah aku.
3 tahun kot aku berjalan.
Cari meaning ukhwah.


4 B i r u n i

Tahun keempat aku kat sini. Tahun ni, baru kena tukar kelas. Ikut aliran yang kita pilih. Waktu tu, aku rasa gelap. Rasa hancur sekecai-kecainya. Bayangkan orang yang dah samasama tempuh hidup sukaduka manis masin masam kelat payau semua dengan kita tiga tahun lamanya, tiba tiba kena berpisah. *pisah kelas je pon*. Time tu saat tu detik tu, baru aku rasa sayang yang teramat. Sumpah tak tipuu. Aku start rasa ukhwah. Ukhwah bersama 123 kindi.


Maka, aku pon start move on. Cuma belajar untuk hargai apa yang ada depan mata.
Aku cuma hargai nikmat sahabat sementara mereka masih dekat dengan kita.
Tipuu la kalau aku kata senang. 
Memang susah lagi susah dari add math.
Adapt dengan kelas baru suasana baru orang baru perangai baru.
Alami fasa krik krik senyap takk tahu nakk sembang apa.
Ditambah lagi dengan kehadiran ahli ahli baru.
Perggh. Tarik nafas panjang aku.

Aku selalu fikir untuk keluar dari kelas tu. Kelas 4 biruni tu. 
Tapi bila Allah kata kun maka yakun.
Tergamlah kaki aku kat kelas tu.
Takdir Allah itu indah, Allah tahu yang tercampak kat kelas tu adalah yang terbaik buat aku.
Aku mula belajar kat situ.
Belajar jatuh bangun add math kat situ.
Belajar untuk rapatkan diri dengan orang yang selama ni kita takk pernah kenal sedalamnya.
Yang kita hanya pandang dia dari luar.
Belajar untuk adaptkan diri dengan suasana baru.
Belajar untuk cooperate. 
Belajar kenal ukhwah kat situ.
And.
It was truly a really really great experience.
Bersama mereka.
Mereka dahh macam adik beradik aku.
Aku bongsu. Haha itu pasti.


Bahagia mereka, bahagia aku.
Bahagia aku, insyaAllah bahagia mereka juga. :)

And, paling aku terharu. 
Bila mana satu hari, aku pening sangatsangat. 
Time tu, aku harap mereka care.
Tapi tak. Masingmasing buat hal sendiri. 
Aku usaha untuk husnudzon.
Mungkin diorang ada kerja masingmasing.

Sampai satu tahap, aku pengsan. Dalam kelas sendiri. Haha siyes lawak. Aku takk sedar langsung. Time aku sedar, aku dah kat tingkat bawah. Aku nangis. Bukan sebab sakit. Aku terharu. Tabahnya korang angkat aku yang berat 40kg ni. Aku nak ucap terima kasih waktu tu, tapi aku takk larat nak cakap. Aku cuma mampu cakap dalam hati je.

And for the boys, seronok dapat sekelas dgn korang. Senang nak cooperate dengan korang. And, untuk great presentations yang korang buat dalam kelas, thanks a bunch. Ia sangatsangat membantu.

Korang tahu, skill communication aku sangat teruk. Aku tak pandai nak bergaul dengan orang lain.
Ditambah pulak dengan pelat aku ni. Haha
And yet, korang terima kelemahan aku seadanya.
Terharu. :)

And, doa rabitah yang kita baca waktu nak balik igop time jamuan tu,,buat aku rasa nak nangis.
Terima kasih, sahabat :)




T e n j i

Batch kita, generasi kesepuluhh. Batch yang sumpahh aku sayang dari hati. Dari form 1 kita tempuh macammacam bersama. Sampai sekarang form 4 dengan ahli baru. Batch yang selalu jalan samasama tiaptiap pagi sabtu time nak sarapan kat dm. Haha, part tu memang aku rasa sangat suwit.
 Aku bersyukur lahir dalam batch tenji. Aku bersyukur hidup dalam batch ni eventhough result akademik kita tak sebagus batch lain. Pada aku, akademik tu kita samasama boleh usaha, tapi nak dapat satu batch yang ukhwahnya tergam padu ditambah dengan sahsiah yang jitu, tu memang susah nak cari.

Batch kita satuu, tiada duanya.



Kenapa aku buat entri pasal ukhwah?
Sebab ask fm tu penuh soalan.
Suruh describe 4biruni. Describe tenji.
Aku memang nak taip panjangpanjang nak zahirkan isi hati aku pada korang, tapi ask fm tu limited.
Dan aku ni bukan orang yang pandai untuk tunjukkan rasa sayang.
Siyes takk tipu.

Jadi entri ni aku dedikasikan untuk korang. Yang dahh jadi sebahagian dari hidup aku.
Even korang takk baca.
Korang patut tahu, yang rasa sayang aku pada korang.
Memang indescribable.



Know that,

Ukhwah tu bila korang rasa satu getaran yang kuat dalam hati bila korang jauh dengan mereka,

Ukhwah tu bila korang rasa nak selalu ada dengan mereka.

Ukhwah tu bila korang rasa sedih tengok mereka buat salah dan cuba untuk betulkan salah mereka.

Ukhwah tu bila korang rasa nak tolong dia, hulurkan bahu tadahkan telinga sematamata untuk hilangkan kesedihan dia.

Ukhwah tu bila korang nak berjaya samasama dengan dia.

Dan paling penting, ukhwah tu bila korang nak tengok mereka ada bersama korang. kat sebelah korang.

Kat syurga nanti. :)


" Kenapa pelangi tu macam kita ?"
"Sebab kita ada banyak 'kaler'. Masingmasing ada perangai sendiri. Masingmasing ada cerita sendiri.
Tapi, bila kaler yang berbeza tu digabung bersama, hasilnya cukup indah, kann?"
" :) "




Sebab saya sayang korang sangatsangat.
Dari hati :)