19 March 2016

Expectation .



Malam malam buta tetiba mood update datang. mungkin sebab esok dah nak balik hostel balik. haha. melankolik sungguh. 

..............

Seorang doktor bergegas masuk ke ruangan bedah. tanpa semena mena, seorang lelaki, ayah kepada pesakit yang bakal dibedah datang menghampiri. " kenapa lama sangat baru doktor sampai. doktor tahu tak, nyawa anak saya dalam bahaya kalau pembedahan ni lambat dijalankan " herdik si ayah. 
herdikan tersebut dibalas dengan senyuman, lantas doktor tersebut menjawab, dengan penuh sabar, "maaf. saya takde kat hospital tadi. waktu pihak hospital telefon saya tadi, saya cepat cepat datang ke sini." doktor tersebut terus berlalu, masuk ke dalam ruang bedah.

Setelah beberapa jam, doktor tersebut keluar dari ruang bedah dengan senyuman dan menemui si ayah. "Alhamdulillah, anak encik selamat, dan keadaan anak encik stabil." Tanpa menunggu jawapan si ayah, doktor tersebut menyambung, "kalau encik perlukan apa apa, encik boleh jumpa jururawat saya." lalu doktor tersebut pergi meninggalkan si ayah yang masih terpinga pinga.

Si ayah, dengan rasa yang tidak puas hati, bertanya kepada jururawat dengan nada yang cukup tinggi, jelas menzahirkan kemarahan. "kenapa doktor tu sombong sangat ha. dia sepatutnya memberikan penjelasan tentang keadaan anak saya." dengan air mata berlinangan, jururawat tersebut menjelaskan "anak doktor tersebut baru sahaja meninggal semasa, dia sedang mengebumikan anaknya sewaktu kami menelefonnya tadi. sekarang anda sedang gembira kerana anak anda sudah selamat, sedangkan dia sedang bersedih atas kematian anaknya ."

Si ayah terdiam.

................ 


Sangka baik tu penting, kawan. belajar. belajarlah untuk selalu bersangka baik dengan orang sekeliling. sebab sangka baik tu cara terbaik untuk hidup.

contohlah kita tanam pokok, pastu dalam hati kita asyik fikir, 'ala pokok ni takkan hidup' 'takyah tunggu lama, esok pun dah mati'. agak agak pokok tu nak hidup tak. heh. takkan. trust me.

hari tu ada baca satu buku, and i found this word dalam buku tu
' Sangka baik yang salah itu lebih baik daripada sangka buruk yang betul.'

see. sangka baik wins, even sangka baik at a certain time yang salah. nampak tak betapa besarnya sangka baik tu.

manusia yang baik, yang dalam hati penuh dengan sangka baik, campak je kat mana mana, ke lautan hindi yang ombak bila bila masa je boleh datang telan hatta ke gurun sahara yang panas terik boleh mati sebab takde air, he will still be able to survive. manusia yang baik, yang penuh sangka baik, dia akan selalu nampak benda benda yang baik. fikir yang baik. cakap yang baik. tapi beza dengan orang yang tak baik. apa yang dia akan nampak, semuanya yang buruk, yang jahat, yang jelek, yang busuk. sebab apa? kita melihat dengan mata hati dan orang yang baik akan pandang sesuatu dengan mata hati yang bersih.

sangka baik, especially dengan Allah. try to accept semua yang Allah bagi dengan penuh sangka baik. Allah campak ujian banyak banyak tanda Allah sayang kat kita. rindu seinfinitan nak dengar kita menangis manja, nak tengok kita sujud panjang lama lama. In every situation yang kita lalui, berjayanya kita dalam exam, susahnya kita nak buat kerja add math, sangka baiklah dengan Allah.

Sebab Allah itu adalah atas sangkaan hamba hambaNya.
And indeed Allah is the best planner. :)


Do pray for me. My peperiksaan awal tahun. My espiem.
All the trials and hardships that i'll be facing for my entire life.
Moga Allah permudahkan dan moga dapat tempuh dengan penuh sangka baik.

200316
1252 hours.
Rumahku syurgaku.






13 March 2016

Sayang .



Tadi buat karangan bm. Tajuk dia cara menyayangi sekolah. Tetiba je rasa nak menulis. Betullah kata orang, ilham tu kadang kadang datang in an unexpected ways.


Sayang .

teringat satu kata kata seorang ustazah kat sekolah time form three.

"sayang mak ayah belajar sungguh sungguh"

and she ask us to wrote that short little quote on a piece of paper .

haha, sounds funny tapi meaning dia actually besar.
from that short quote, i started to know the importance of showing our love.
towards the one we love.


Sayang tu tak cukup dengan sekadar kata sayang. Sayang tu perlu dengan pembuktian.

Kalau kita sayang mak ayah, kita belajar sungguh sungguh. Semata mata untuk buat mereka tersenyum bahagia.

Sayang kawan, kita care pada kawan bila dia sakit, bila dia ada masalah. dan kita tegur dia in case dia buat salah. sebab kita masih nak bertepuk tampar dengan dia nanti. kat syurga yang maha luas.

Sayang pada alam sekitar, kita tak buang sampah rata rata, tak buang segala sulfur dan bahan toksik kejadah bagai dalam sungai. sebab apa? sebab sayang.

Sayang pada sekolah, kita jaga harta benda sekolah,  patuh peraturan sekolah dan berusaha untuk naikkan nama sekolah. Haha, ni point karangan, k. mohon jangan kecam.

Sayang kucing, kita jaga dia, kita bagi makan, bagi tempat tinggal yang selesa. kita share story kita dengan dia. sembang hati ke hati bersama dia.

See. indahnya sayang yang disertai bukti.


And out of all kasih sayang yang ada atas muka bumi ni , kasih sayang yang paling besar ialah kasih sayang Allah kat kita.

" kasih sayang Allah itu umpama cahaya yang mana tanpanya, kita umpama berada dalam lautan kegelapan." -ibn qayyim

sayang Allah pada kita, Allah bagi kita oksigen untuk kita hirup dengan percuma. yang mana dengan oksigen yang kita hirup tulah kita gunakan untuk bermaksiat tanpa segan dan silu.

sayang Allah pada kita, Allah bagi seribu dugaan pada kita, sebab Allah nak dengar kita mengadu manja dengan Dia. tapi kita yang tak sedar. kita dengan angkuhnya berkata Allah tu tak adil,

banyak lagi tanda sayang Allah kat kita. sampai jari dan keyboard tak mampu nak taipkan.

Tak ke kita patut rasa malu pada Allah?
Kita kata kita sayang Allah, tapi mana buktinya?

Andai kita sayang pada Allah, maka buktikan. dengan patuh perintah Allah, dengan tinggalkan apa yang Allah larang. itu baru namanya kasih sayang yang sebenar.
Though rasa sayang kita kat Allah takkan mampu nak balas rasa sayang Allah pada kita.
Sebab apa? sebab kita masuk syurga bukan dengan amal kita. tapi dengan kasih sayang dan rahmat Allah. 




Kita tercipta atas muka bumi ni dengan rasa sayang. jadi tak salah andai kita sebarkan rasa sayang kat atas bumi ni. yang penting dengan cara yang Allah reda. sebab apa? sebab rasa sayang tu dari Allah, dan ia harus kembali pada Allah. *mukasenyum*


Jangan salahkan cinta dan sayang dengan menuduh mereka itu buta. 

walhal yang buta itu kita. 

yang tak tahu nak nilai betapa sucinya sebuah rasa cinta dan sayang.



Sebab cinta dan sayang.
tu semua rasa yang indah.