20 March 2017

.

Image result for heart tumblr photography

hati.
pernah terfikir ,
" betul ke hati bentuk love ? kenapa hati bentuk love ? kenapa bukan bulat, petak ataupun bintang? "
" kenapa hati kaler merah, kenapa bukan kaler hijau "
" ataupun biru "
" atau hitam mungkin."

k, abaikan.


rindu. 
bila jauh, hati mula rindu, terkenang kenang. terbayang bayang. terigau igau. kau mula rindu. rindu existence seseorang. rindu memori. bila rindu, semua jadi tak kena. makan tak basah, mandi tak kenyang. tidur masih lena hahaha. bila rindu, kau susah nak tafsir what is exactly you are feeling. hati akan rasa something feeling kosong, feeling yang entahlah susah nak cakap, dia kena rasa sendiri. kalau kau tulis perkataan rindu besar besar atas kertas dan kau padam, rindu tu masih takkan hilang. kau tengok gambar puaspuas sekalipun, rindu tu masih taknak ganjak ke kiri atau kanan. satu je yang boleh buat rasa rindu tu hilang. existence of that person depan mata kau atau putar balik masa dan duduk di situ, di saat dan tempat yang kau rindu tu sampai bilabila.

sayang.
bila sebut rindu, mesti akan relate dengan sayang. sebab apa? sebab kita akan rindu pada orang yang kita sayang, yang dah jejak masuk dalam hati. emm, tapi boleh jadi jugak kita rindu kat orang yang kita benci mungkin. rindu nak gaduh, pijak kasut, tarik tudung, jeling menjeling. tapi mostly, bila kita rindu, mesti sebab kita dah mula sayang, kan?emm macammana boleh wujud rasa sayang? haha, ni masing masing takkan mampu jawab. kita tak pilih siapa yang kita sayang. kita tak pilih untuk sayang orang yang muka dia bujur sirih, kurus macam lidi, tinggi macam galah. tak. kita tak pilih untuk sayang pada orang yang hanya belanja kita cheesecake hari hari. rasa sayang tu akan wujud bila Allah campak, tanpa bagi signal. it is never predictable dan expectable. 

jatuh hati. 
akan wujud satu masa, hati kau terjatuh. dush. lain orang lain cara hatinya terjatuh. ada orang jatuh hati bila ada pangeran datang selamatkan time tengah terjatuh basikal kat taman permainan di petang redup. ada orang jatuh bila terlanggar someone, kertas assignment bertaburan dan time tu jugak hati gedik gedik nak terjatuh. mungkin kau jatuh hati pada rupanya yang tenang mata memandang.mungkin juga pada akhlaknya yang pijak semut tak mati. atau mungkin pada suaranya time jadi imam solat maghrib, mendayu dayu sampai boleh buat kau lena. fefeeling jatuh hati ni indah, ibarat kau makan gulagula kapas, baru suap masuk mulut dah rasa manis, kunyahkunyah dalam mulut pun manis, dah sampai kerongkong pun masih rasa manis. tapi bila makan banyak boleh kencing manis haha, k perumpamaan tak logik ni haha pedulikan.



k, dah. hentikan segala mimpi mimpi indah anda. mohon balik ke realiti.

rindu, sayang, jatuh hati. semua benda ni relate ngan hati. semuanya soal hati. dan soal hati ni, memang rumit. rumit untuk dibahas. mungkin lebih rumit dari soalan f(x)=0, cari x. mungkin juga lagi rumit dari soalan kira momentum arnab dan kurakura yang sedang berlumba lari, tanpa bagi formula 'momentum= berat x velocity'. lebih rumit dari addmath yang anda fikirkan.

dalam biologi ada belajar, hati ni banyak fungsi. salah satunya detoxification. 
ye, racun, toksik semua akan bersarang dalam hati. and hati jugak tempat berkumpulnya segala macam jenis bahan kumuh. eww, it seems disguisting sebab segala macam moyang tok nenek toksik berkampung kat situ but it does such a noble and great job, kan ? cuba bayang kalau kita takde hati, agak agak kita boleh survive tak?

tapi kan, despite that hati jasmani yang penuh dengan segala toksik, Allah bagi kita satu lagi hati. wah, sounds great kan? hati ni lah namanya hati ruhaniyyah ataupun qalbun. k, belajar vocab arab di situ. hati ni lah yang Allah sebut dalam Al-Quran.kat sini kita boleh belajar, how adil dan penyayangnya Allah kat kita. Allah cipta hati yang penuh sisa toksik plus bahan kumuh, dan Allah ganti dengan satu lagi existence hati, hati yang cukup indah. hati tempat startnya segala fefeeling sayang dan rindu dan kita rasa.



jadi kenapa, kenapa perlu cemari hati dengan segala rasa benci, rasa dengki. kenapa perlu bersungguh nak jadikan hati ruhani kita yang asalnya tempat bermulanya segala fefeeling indah ni, penuh dengan toksik dengki dan racun iri hati. doesn't that seems like you, i mean we, are not feeling granted with all those blessings, with the existence of our pure hearts?

come on kakak. come on abang,
stop all these hatred. bukan ke kita ada rasa sayang dan rindu yang jauh lagi indah?




rasa rindu, sayang, jatuh hati. nothing wrong with all those feelings. cuma yang salah, cara kita letak semua rasa tu.
tak salah, rindu kat kawan kawan yang banyak spend time ngan kita, main masak masak, belajar sama sama, kutuk pakcik dm sama sama ups.
tak salah. rindu kat classmates yang banyak buat kerja gila sama sama, membahan sama sama.
tak salah. jatuh hati pada someone yang dah terketuk pintu hati kita. its just fitrah, normal kan?
cuma, it's where those feelings are supposed to be. 
sebab tu Allah cipta doa. sebab doa tu penghubung. penghubung dua hati yang saling rindu, yang saling sayang dan yang saling jatuh hati. salurkan feeling indah tu ke tempat yang indah, and it will be super indah.

nak rasa rindu yang dibalas? sayang yang dibalas? jatuh hati yang dibalas?
rindu lah pada yang mencipta rindu. sayang lah pada yang mencipta rasa sayang. dan jatuh hatilah pada yang mencipta feeling jatuh hati.
kita belajar, k.



salam rindu dari saya. untuk yang rindu saya, saya juga rindu anda. untuk yang tak rindu, jangan risau saya masih rindu anda.
maaf, saya sukar move on dari kalian.



"Dia mengetahui apa yang ada di langit dan di bumi dan mengetahui segala apa yang kamu rahsiakan dan yang kamu nyatakan. Dan Allah Maha Mengetahui segala isi hati."
[ At-Taghaabun:4 ]