Contoh Entri Segmen 'Indahnya kata- kata'

okey, ni adalah contoh entri untuk segmen 'Indahnya Kata- kata'..


  everybody wants happiness, nobody wants pain
but you can't have a rainbow without a little rain 

Kenapa saya pilih quote ni ? Kenapa ? Kenapa ? Yeah, ada magnet yang membuatkan saya terlekat dengan quote ni.. Quote ni memberikan makna yang besar dalam kehidupan saya dan membuatkan saya kuat untuk bertahan hidup...

Ok, meh saya terangkan sikit kat awak, awak dan awak tentang quote ni.. Quote ni merupakan satu analogi.. Happiness aka kebahagiaan melakonkan watak rainbow aka pelangi.. manakala pain aka derita/ kepayahan/ ujian/ dugaan dan yang sama waktu dengannya melakonkan watak sebagai rain aka hujan..*bukan rain yang artis tu yerk* Macammana pelangi boleh terbentuk ? Cepat jawab !! Yeah, pandai adik- adik.. Pelangi terbentuk apabila hujan turun...

Samalah jugak dengan kebahagiaan.. Kebahagiaan akan muncul apabila wujud penderitaan.. Kita mesti yakin bahawa setiap yang berlaku tu pasti ada hikmah yang terselit di sebaliknya.. Maybe kita tak nampak di mana adanya kebahagiaan dalam penderitaan tu tapi kalau kita kaji balik, kebahagiaan tu mesti ada.. walaupun sedikit.. Dan yang paling penting, kita mesti yakin bahawa Allah dah tetapkan kebahagiaan bagi setiap hambaNya.. Ala.. macam dalam drama endon tu la.. Lepas terseksa sikit, mesti pengakhirannnya happy ending.. Cuma, apa yang perlu kita lakukan ialah bersabar dan tunggu kebahagiaan tu datang pada kita...

ok.. done !it's simple.. Kalau tak nak terangkan panjang-panjang pon takpe.. Just go short.. Tapi pastikan entri anda penuh lemak dan krim dan sedap untuk dimakan.. hik hik..

# Selamat mencuba 



~dah abis dah~



0 conteng-conteng: